Friday, 14 February 2014

Set Penyusuan Shaklee Mengikut Bajet anda

Assalamualaikum dan salam ceria...
Sekejap jer masa berlalu...
Dah pun hari Jumaat hari nie kan...
Mesti ada di antara korang yang dah tak fikir nak kerja hari nie...
Almaklumlah esok dah cuti...
Hehehehehe seronoknya esok nak balik kampung mr.hubby...
tak jauh pun dekat jea..sijangkang =)

Pagi nie ena nak update tentang Set Penyusuan SHAKLEE...
Set yang ada di SHAKLEE mengikut bajet dan keperluan yang anda inginkan...
lihat pada bajet dan kewangan anda semua
badan sihat akan menghasilkan susu yang banyak kepada anak tersayang
=)

--set penyusuan untuk diri anda dan si manja anda--

1)Pakej A mengandungi Alfalfa 
= = = = = = = = = = = = = =
Berfungsi sebagai Milk Booster

Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu tapi ada juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

2)Pakej B mengandungi Alfalfa dan ESP 
= = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Berfungsi sebagai Milk Booster dan penambah tenaga

Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

3)Pakej C mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Berfungsi sebagai Milk Booster & Supplement Lengkap

Vita Lea dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vita Lea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

Vita C sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

B Complex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik) Dengan kurangnya stress dan mood sentiasa happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

4)Pakej D mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap & Kalsium
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia membantu membanyakkan susu secara tidak langsung. Jika anda perasan, ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan. Jika anda mengalami masalah ini pengambilan set ini amat digalakkan.

5)Pakej E mengandungi ESP, Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix 
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap, Kalsium & Penambah Tenaga
Pakej E merupakan pakej yang merangkumi Pakej A hingga Pakej D.


Tips Tambahan Sekiranya Mengambil Set Penyusuan SHAKLEE
1. Kerap kosongkan breast dengan pam paling kurang tiap 2 atau 3jam bila anak tiada di sisi.Direct feeding dengan anak sekerap mungkin.Sebab penyusuan ibu adalah supply versus demand. Makin kerap kita pam susu untuk kosongkan breast, makin banyak susu akan dihasilkan.

2. Rajinkan diri untuk buat power pumping. Selama 1 jam di antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

3. Minum air 3 liter sehari. Pengambilan vitamin akan memekatkan darah kita. Dengan pengambilan air 3 liter sehari dapat melancarkan peredaran darah.

4. Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar niat untuk menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun dipermudahkan. Berdoa agar ALLAH SWT memperbanyakkan susu kita.

5. Elakkan minum minuman yang berkafein dan berais.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan SHAKLEE
Boleh hubungi ena di talian 012-2449373 (sms/whatssap)
(ID SHAKLEE : 912844)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. hai ena, nak tanya.. set shaklee tak buat baby besar ke masa mengandung kalau kita minum? just nak tau jea.. tq.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplement shaklee tak memudaratkan pda ibu mengandung dan anak yg di kandung
      100% semulajadi
      bby menjadi besar memang takder
      yg sellau dgr bby berkulit putih ada hehehehee
      dan yg pasti ibu sihat dan cergas semasa preggy

      Delete
    2. o yeke.. risau kalau minum baby jadi beso.. hu3.. tapi yang penting kulit memang cantik la kan.. alahai.. ngidam lea pulak.. hu3

      Delete
  2. fifi dulu mase nyusukan ufairah pon ambik shaklee.. vita b vita c ostematric dgn alfalfa.. tapi alfalfa tak boleh makan banyak.. nnti ufairah yang CB.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak ena atas info..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi