Friday, 28 February 2014

Amalan Zikir Harian - Zikir selepas solat

Amalan zikir membawa ketenangan hati . Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .

--baru terima parcel petang semalam--
order digital tasbih mudah untuk berzikir dlm bacaan yang banyak
kalau bacaan hanya 33x aku just guna jari sahaja
Alhamdulillah

Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”.

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat.

Rahsia amalan
Nabi Muhammad menjawab: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang.

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Jom kita smua amalkan
jangan jangan mengejar duniawi sahaja
akhirat jangan dilupakan
 


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. insyaallah akan jadi amalan =)

    ReplyDelete
  2. senang ada alat nie..kak ena bagi hari tu ada kat opis..

    ReplyDelete
  3. benda2 digital mcm ni bole mnrik mnat juga
    berdakwah jgk ni sis :)
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. fifi ade satu warne biru.. dulu selalu zikir atas moto mase nak g kerje..

    ReplyDelete
  5. Salam..berapa tasbih digital tu yer...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi