Monday, 7 July 2014

Perlu ker Tinted Kereta?

Tinted/Filem penapis haba adalah lapisan plastik yang berfungsi untuk menapis suhu panas, sinaran UV(ultravioleta) & IR(infrared) dari panahan matahari…Tinted ini kebanyakkannya digunakan pada cermin kenderaan, rumah & office.

Tinted terbahagi kepada 2 jenis :

1) Heat tint – untuk tapis panas matahari — nipis

2) Security/Safety tint – untuk keselamatan & tapis panas matahari — lebih tebal

Banyak kelebihan diperolehi jika memasang tinted seperti lebih selesa kerana suhu di dalam kenderaan lebih sejuk, seterusnya dapat menjimatkan petrol, menjaga kulit dari sinaran yang tidak sepatutnya, dapat menjaga dalaman/interior lebih tahan lama (contoh – warna kusyen & dashboard tidak cepat pudar & barang berasaskan platik tidak cepat lari shape/bengkok)…& bagus untuk keselamatan dari pencuri serta peragut jika memasang safety tinted yang mempunyai lebih ketebalan plastiknya.

Di Malaysia terdapat banyak nama nama besar yang memonopoli perniagaan tinted ini contohnya seperti Coolworld, 3M, Vkool, Tintmaster & macam macam nama…pening nak ingat!!…Untuk membuat pilihan yang tepat, tinted apa? yang macam mana? yang perlu dipasang sebenarnya bergantung pada berapa budget kita ;RM????

Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan membeli ialah ketebalan tinted itu sendiri kerana yang tebal lebih secure dari yang nipis kerana cermin akan susah pecah tetapi mesti mengikut ketebalan yang sesuai dengan kenderaan itu (terlalu tebal akan mengakibatkan tinted itu bercalar ketika cermin tingkap diturunkan).

Ke2, peratusan keupayaan tinted itu menapis (% heat rejection) kerana heat rejection yang tinggi adalah yang terbaik yang memainkan peranan berapa sejuk suhu di dalam kenderaan.

Ke3, % peratusan cahaya yang masuk mestilah mengikut standard JPJ iaitu cermin depan minimum 70%, sisi & belakang 50% supaya tidak disaman.

Ke4, adakah tingkap/window diinsurankan jika memasang security tinted kerana ada syarikat tinted yang menawarkan pakej ini..

Ciri ciri tinted yang tebal + mempunyai heat rejection tinggi(%) + tingkap/window diinsurankan memang harganya agak mahal, & boleh dikatakan yang mahal itu yang terbaik cuma kadang kadang brand yang terkenal harganya akan sedikit lebih mahal kerana brandnya yang popular…dengan makna yang lain ‘lebih rendah/murah tinted itu, lebih rendah laa kualiti yang kita dapat” atau dalam bahasa senang faham dipanggil CAP AYAM…hehehe

Untuk membuat tinted apa salahnya jika kita buat yang terbaik kerana tinted yang baik akan lebih tahan lama hayatnya (warranty 7-15yrs) & ada yang sampai kereta nak di trade in tintednya masih tiptop masih bagus.

Mungkin selepas ini ada sedikit klu untuk membuat pilihan tinted yang macamane yang sesuai untuk kenderaan anda…

Credit


apa kata survey
semalam tinted kereta di taman perwira sijangkang
3 kedai masuk dan tanya harga
pastu puas hati kedai yang tengah-tengah
lama jugak la menunggu untuk siap
2 jam lebih
memang berjanggut tunggu nak abisnya
yang kesian umairah dan umar lah
penat menunggu

kami ambil tinted yang sejuk 
dana warranty 3 tahun
kena charge RM680.00
mahal skit tapi puas hati

--tengah siap dipakaikan baju hehehehe--
lega bila cermin dah kena tinted
panas skang nie kan
nampak cerah jea bila dduduk dalam kereta

lepas nie boleh cari untuk seat cover laks
seram selagi tak balut seat tu
takut ada kesan susu atas seat
huhuhuhuhu sayang jea nanti

--umairah dan mr.hubby--
masing-masing dah ngantuk sebenarnya
tak larat nak menunggu
dah lah paginya tak minum esp dan performance drink
lupa nak bawak balik umah mertua nie
letih jea badan bila tak ambil
rasa sangat perbezaan ambil dengan tak ambil

--umar terus tidor--
lena jea walaupun bunyi bising disekitarnya
tak kesah la tidor kat mana asalkan dapat tidor
kesian anak ibu nie

korang tinted kereta ambil yang jenis apa?
ena tak kesah
asalkan sejuk..dalam kereta redup
dah kira ok lah....


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 5 July 2014

Bersendirian atau Berteman ke HQ Shaklee

urgent
terpaksa lah kena jugak pergi ke HQ shaklee di subang jaya
selalunya pergi ke HQ shaklee bersama dengan mr.hubby
nak pergi sorang-sorang macam tak best jea
ajak umairah taknak ikut laks
ajak umar si mamat korea nie
nasib baiklah si kecik nie nak follow ibunya ke sini
kalau tak sesorang jea lah ena ke sana
emmm tak suka lah keluar jalan sorang-sorang
rasa lain kan..macam ada jea orang perhatikan apa yang kita buat
hahahahaha mesti korang cakap
ala tu apa yang akak rasa jea..tak betul pun ;p

sampai di HQ pukul 12 lebih
ikut jalan subang jem gila jalannya
hampeh betul lah
kalau tahu baik guna hiway huhuhuhuhu
nasib baiklah umar tak bosan
layan dia bercerita jea lah

--nasib baik orang tak ramai--
no giliran selang 1 no jea
belum sempat tulis apa-apa dalam form no ena dah kena panggil
hahahahahha punyalah pantas
tulis di kaunter jea 
nasib baiklah duit memang dah kuar ngam ngam
selamat
tapi kalau nak bayar secara debit card atau kredit card boleh jea
takder masalah pun

--with my bodyguard--
umar zariff
tapi kena upah tau
upah dia nak keta mainan
tak kesah la apa-apa 
asalkan dapat habuannya


--kebetulan terjumpa laks my master --
upline ena dalam shaklee
master suzy merangkap kawan sekolah hehehehehe
pun datang memborong jugak

--nie lah hasil tangkapan ena di hq shaklee--
sempat lagi cod barang masa dalam perjalanan balik
perjalanan balik umar tidor dengan lena di sebelah
kesian anak ibu...

takper umar 
nanti nie semua akan menjadi kenangan manis
setelah kita berjaya nanti
susah-susah dahulu bersenang-senang kemudia
in sya Allah


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi