Monday, 31 December 2012

Layan Durian Mahal

rasanya musim durian semakin sampai ke penghujungnya
sebab dah tak ramai yang menjual buah durian skang nie
yang ada pun harga mahal
memandangkan sayang nak belanja makan durian
terus ajak makan di USJ bersebelahan dengan Petronas

korang suka makan durian apa
skang nie macam-macam jenis durian ada di pasaran
pilih sahaja mana nak makan

Durian Marjerin
warna durian nie macam tak menarik jea kan
tapi bila masuk ke dalam mulut
perghhhhhhhhh memang sedap gila
aku kan suka yang rasa pahit-pahit manis
jadi durian marjerin nie memang kena dengan citarasa tekak aku
memang terbaikkkkkkkkk

Durian Musang King
pun terbaikkkkkkkk
manis-manis berlemak


aku dan umar memang penggemar durian
tapi makan 3 ulas jea aku sudah serunder
perghhhh memang tak boleh nak makan lagi
setiap ulasnya besar
memang puas makan

mak dalam kereta sudah pening
tak boleh makan sangat durian nie
pening kepala di buatnya

harga durian nie sekilo RM20.00
ambil hanya 3 bijik jea
harga kena bayar RM60.00
sekali sekala nak makan memang rasa berbaloi

nak cari cempedak laks
sedapnya kalau dapat makan cempedak goreng...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Jom Jaga Stamina

lepas pergi kenduri kahwin di Taman Medan
ajak sayang singgah ke Summit Usj
tujuannya nak beli raket
yeay kami nak ber badminton
kononnya la...ntah bila nak tepuk tampar dengan bola tangkis nie
emmmm dalam mimpi kot

beli raket di summit sebab murah skit
2 raket hanya RM159.90
dapat free pembalut raket dan string
ok la kan
beli beg raket dapat discount 20%
terus rembat

sayang tengah memilih raket mana nak di pilih
finally sayang ambil warna biru
aku pilih warna putih

tengah pilih string mana yangs esuai dengan raket
ambil warna merah dan hitam

umar memang pantang kalau nampak bola
asyik nak membeli bola jea

"babah" sambil tunjuk pada bola
tengah pujuk babahnya nak bola :p

bola kuning si bam bam nie taknak
nak jugak bola choc
hehehehhe

layannnnnnnnn
tapi tak belikan pun 
sebab bola dah banyak di rumah
tendang bila sampai kaca almari pecah
tak ganti pun lagi huhuhuhuhu
babah kena ganti sebab babah yang belikan bola.....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kenduri Di Taman Medan

ahad yang lepas 30.12.2012 singgah ke Taman Medan
menghadiri perkahwinan bersama dengan mak dan family pak long
kenduri nie lebih kepada mak la
sebab aku tak berapa nak kenal sangat
cuma teringat masa kecik-kecik dulu selalu beraya dengan anak p.cik nie
skang nie masing-masing sudah besar
terjumpa hanya senyum jea
tak reti nak bercakap apa...

taman medan dan taman dato harun sebelah menyebelah sahaja kan
kami silap masuk ke taman dato harun
nasib baik la tak malu untuk bertanya
jadi tak sesat di tengah jalan
memang ramai orang buat majlis perkahwinan di sini
kenduri sebelah menyebelah jea

kalau di area rumah mak aku nie jangan harap la boleh buat
sebab tu la adat berkampung penting
di mana oranng kampung berkumpul dan berbincang tarikh untuk berkahwin
bila adanya berkampung confirm tarikh anak berkahwin tidak akan bertembung
kiranya masih kuat lagi adat bergotong royong di kampung aku nie
di bandar lain plak ceritanya

umar yang muka monyok
baru tidor sudah kena bangun
cian anak ibu

umairah melaram dengan spec mata babahnya
pandai melaram si kakak nie

mak dan mak long
muka kerut seribu menahan kepanasan
terik plak cuaca hujung minggu yang lepas

suka dengan pelamin penganting
ringkas jea
rasanya pelamin nie kalau waktu malam lagi menarik dan cantik
sebab yang berjurai-jurai tu adalah lampu

"ibu, bila kakak boleh kawen"umairah
amboi amboi umairah nak kawen plak
belajar dulu
hehehehehhee





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Memilih Sendiri

anak-anak skang nie
memang beruntung kan
masa aku dulu-dulu
jangan harap la nak pilil memilih nie
pakai jea la apa yang ayah belikan
cantik ataupun tidak
pakai tanpa ada bunyi
terima seadanya

anak-anak skang nie beruntung 
sebab dapat memilih apa yang dorang mahukan
untungkan...

umairah pilih beg sekolahnya Barbie
serba serbi nak Barbie
jadi belikan untuk umairah
belikan sekali untuk pija

ingat nak belikan beg sahaja
tapi bantai macam-macam umairah nak
emmmm ikut kan jea la

pija yang kesukaan dapat beg Barbie
terima kasih mak long eheh

umar seperti biasa
lori memanjang
mainan di rumah penuh koleksi dengan lori

anak suka
ibu dan babah pun suka jugak
mmmuahhhh anak-anak ibu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Jom Order ~ Fresh Crepe Durian Big Size

Fresh Crepe Durian Big Size
4pcs = RM10.00

untuk order :
SMS/CALL
Ena - 012 - 244 9373

siap packing
simpan dalam fridge


kulit crepe yang gebu dan mulus


apa lagi terus la order
pasti tak menghampakan citarasa anda
makan ketika sejuk rasa macam makan ice cream
nyum nyum nyum

Ena : 012 - 244 9373
FB : Zarena Heeney
Email : zarena.guardian@gmail.com


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 29 December 2012

Perang Cream Cake

lepas dinner
lepak-lepak jap sambil berborak
aku memang tak perasan lagi helah adik-adik aku nie
ialah tak terpikir pun dorang akan buat jugak
sebab kalau di rumah memang confirm akan kena
ingat bila di luar selamat
tapi rupanya tak selamat jugak
terkena jugak den

elok jea sobri dari belakang aku
terus sapu cream cake kat muka
uwaaaaaaaaa memang terus menjerit 
uwaaaa habis muka den
uwaaaaaa habis tudung den
uwaaaaa dah tak cun la macam nie

orang sekeliling memang dah pandang-pandang 
ialah perempuan mana la yang menjerit-jerit tu kan
malu sekejap

jom layan muka aku yang sudah pakai masker cream terhebat
emmmm naik jerawat la lepas nie :p







what ever it's so fun
spend time with my family
Thank you so much my dearest family
next year aku akan balas yea
tungguuuu cream cake dari kak long korang nie :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Celebrate Dinner with My Family

surprise dinner from may family
thanks mak, auah dan adik-adik
sebab sudi menyambut birthday kakak korang yang sudah tua nie hehehehehhe

tak sangka jugak
sebab lepas ambil umairah dan umar dari nursery
sayang ajak pergi klinik sebab nak ambil ubat - batuk
mak call beritahu malam makan di luar sahaja
tempat restaurant biasa di area Hosp Sg.Buloh

sebelum pergi ke restaurant kami sempat lagi singgah ke kedai canggih
beli hadiah birthday untuk Pija
belikan kelengkapan untuk ke sekolah..beg sekolah, buku, alat tulis..
memang suka pija dengan hadiah nie
sama jea belikan untuk umairah

kami sampai di restaurant, mak, ayah dan sobri sudah sampai
tak lama kemudian nasir sampai
last sampai lini dan apis
complete one happy family

datang memang tak payah order
sebab mak sudah order semuanya
tinggal nak makan jea

makanan sampai
terus sayang keluarkan kek
laaaa memang sudah di rancang rupanya

birthday cake from my family
sedap cake ice cream

menu yang mak order
daging masak merah
kerabu sotong
udang goreng tepung

ikan kerapu 3 rasa
sayur kailan ikan masin
telor bungkus

semuanya buat 3 set
perghhhh memang penuh dengan makanan
makan pun tak habis sebab banyak sangat
tapau bawak balik
Alhamdulillah

with my lovely daughter Umairah

mr.hubby dan my lovely son Umar

one happy family

yeay kami berempat

mak dan ayah

lini dan apis

apis..nasir..sobri dan sayang

terima kasih semua dengan belanja birthday girl makan di luar
memang seronok
lepas nie kita buat untuk birthday mak plak yea
mmuahhh korang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

The Hobbit : An Unexpected Journey

siapa yang tonton filem The lord of The Ring
pasti tak sabar nak tonton filem The Hobbit laks
memang seronok
dan yang pasti ada sambungannya
emmmm tunggu tahun depan la kot

filem nie memang best
banyak unsur suspens, kelakar dan pemadangan falam filem nie memang super menakjubkan
tiba-tiba rasa nak rumah macam bilbo 
cute dan cantik sangat

poster The Hobbit
memang hebat

para pelakon yang semuanya best dan terbaikkk
tak rugi tonton filem nie di pawagam


kepada mereka yang masih teragak-agak nak tengok
apa kata layan Trailer The Hobbit nie
mana tahu terus korang teruja nak tengok


bermanja-manja di dalam panggung wayang
suka gak tengok dalam Club nie
sangat selesa


Sipnosis The Hobbit : An Unexpected Journey

The three films tell a continuous story set in Middle-earth 60 years before “The Lord of the Rings,” which Jackson and his filmmaking team brought to the big screen in the blockbuster trilogy that culminated with the Oscar®-winning “The Lord of the Rings: The Return of the King.”
The adventure follows the journey of title character Bilbo Baggins, who is swept into an epic quest to reclaim the lost Dwarf Kingdom of Erebor from the fearsome dragon Smaug. Approached out of the blue by the wizard Gandalf the Grey, Bilbo finds himself joining a company of thirteen dwarves led by the legendary warrior, Thorin Oakenshield. Their journey will take them into the Wild; through treacherous lands swarming with Goblins and Orcs, deadly Wargs and Sorcerers.
Although their goal lies to the East and the wastelands of the Lonely Mountain, first they must escape the goblin tunnels, where Bilbo meets the creature that will change his life forever…Gollum.
Here, alone with Gollum, on the shores of an underground lake, the unassuming Bilbo Baggins not only discovers depths of ingenuity and courage that surprise even him, he also gains possession of Gollum’s “precious” ring that holds unexpected and useful qualities… A simple, gold ring that is tied to the fate of all Middle-earth in ways Bilbo cannot begin to know.



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dating Day

semalam my special day
my birthday..become 31st 
yes become more older than last year huhuhuhuhu

jadi ambil cuti
keluar berdua sahaja dengan sayang
biasa la Dating Day kami berdua

pukul 11 lebih baru keluar rumah
hantar umairah dan umar ke nursery
mak gelakkan kami berdua sebab nak keluar dating hehehehehehe
memula nak pergi ke Genting
tapi bila tengok jam sudah pukul 11 lebih
terus cancell sebab takut terlepas waktu untuk ambil anak-anak dari nusery

jadi kami dcide pergi ke Sunway Pyramid jea
memandangkan sudah lama sangat tidak datang ke situ
terus decide untuk ke sana
sayang layan kan jea permintaan aku
ialah birthday girl kan
segala permintaan harus la ditunaikan :)

just both of us
like others couple

 pergi ke TGV
nak tengok wayang
kami pilih citer Hobbit
tapi sayang belanja tengok wayang di Club
tiket mahal skit
tapi memang seronok
sekali sekala takper kan

sambil nak tunggu wayang start
perut mesti la di isi dahulu
pilihan kami TGI Friday
lama sudah tak makan di sini
bukti kami makan di sini :p

menu pilihan sayang grill lamb

menu pilihan aku blck pepper ntah tak ingat nama menu nie
suka dengan cheese mash potato
sedap sangat

sayang nak panggil crew TGI Friday nyanyikan birthday song untuk aku
cepat-cepat aku cakap taknak
malu la...
kami berdua
cinta tetap terpahat di hati
love u sayang

buat card member untuk TGI Friday
bayar RM40 untuk jadi member card
dapat semula RM40 untuk voucher
boleh tersu guna voucher tersebut
ibaratnya macam kita tak bayar untuk menjadi card member
jadi member dapat rebet 10% di atas bill ~ ok la tu kan
pastu bila birhday akan dapat voucher RM30.00 ~ ok jugak tu

ada member blog yang jadi member card TGI Friday?

lepas makan masuk Jusco sekejap
nak ambil voucher sempena birthday
menunggu giliran
sempat lagi snap gambar bersama jusco card
orang perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan pelbagai jenis card kan
macam-macam card ada
wallet kembung bukan sebab duit yang banyak
tapi sebab card yang banyak iskiskisk

yeay dapat majalah percuma
dengan voucher percuma
tapi kebanyakkan voucher yang ada aku tak pakai pun
ada sesiapa yang nak voucher nie

kalau nak FB aku yea
zarena heeney
nanti aku poskan...
baik bagi pada orang yang nak guna
daripada xpired macam tu jea dalam handbeg
betul tak :D

dating day kali nie memang seronok
dapat spend masa haya berdua sahaja...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 28 December 2012

Today My lucky No.31 Years

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi untuk diri sendiri
selamat hari jadi

emmmmm sudah 31 tahun aku tahun nie
untung saper yang lahir hujung-hujung tahun nie
lambat skit penginjakan usia tu kehkehkeh

12.01 midnite
get special kissing from mr.hubby
auwwww masih romantik lagi mr.hubby nie
dihadapan aku adanya slices cake frm SR
cheese cake - my favorite
sambil sayang nyanyi birthday song
aku tepuk tangan sambil tiup candle
hehehehehe kelakar jugak
ialah muka tengah serabai kan
layannnnnnnn

tetiba sayang hulur sejambak bunga ros merah
dan kotak hadiah
wahhhhh suka sangat
dah lama sebenarnya tak dapat rose dari mr.hubby
bila dapat rasa so touching
kiss kiss kiss
mmmuahhhh
(ok sila jangan nak termuntah yea)
nie rasa sayang yang tidak terhingga from ms.wifey to mr.hubby :)

3 red rose
mendalamkan maknanya
sangat suka
terbaikkkkk

dan dapat perfume
Thanks sayang

pas nie sebelum tidor boleh la wangi-wangi skit
bagi hint eheh

ok la TQ pada member-member blog dan FB
yang wish happy birthday to me
semoga diriku senantiasa dilindungi oleh Allah swt 
semoga senantiasa diperbanyakkan rezeki
semoga hubungan kami sumi isteri sentiasa dalam limpahan kasih sayang dan saling mempercayai
semoga anak-anak mendengar kata-kata ibu

ok thanks yea :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 27 December 2012

Pergi Yang Tidak Kembali

Innalillah
pergi yang tidak kembali
sepupu ku Herry kini pasti menemui Allah yang Esa
meninggalkan kami semua di sini

Ya Allah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Amin
arwan untuk pergi dikebumikan
pada petang rabu..26.12.2012
hanya berumur 15 tahun
muda sesangat
semoga family pak lang dan mak lang sabar dan tabah
menerima dugaan dari Allah ini
bila kita redha di atas pemergiaanya jaminan syurga untuk arwah
In Sya Allah

rentetan sepanjang herry di HKL :

http://zh-bucuk.blogspot.com/2012/12/ke-hospital-kuala-lumpur.html
http://zh-bucuk.blogspot.com/2012/12/tidak-sedarkan-diri.html
http://zh-bucuk.blogspot.com/2012/12/seharian-di-hkl.html

hanya 3 minggu di hosp
kini dia pergi tidak kembali lagi

hari selasa kami semua seharian di HKL
rupanya itu adalah kali terakhir kami semua dapat menatap
wajah herry sebelum disahkan meninggal

hari rabu..
pukul 12 lebih semua ahli keluarga berkumpul
untuk manatap wajah terakhir herry
sambungan oksigen ke mulut herry di cabut dengan perlahan-lahan
setengah jam selepas itu nadi herry beransur-ansur lemah dan terus terkulai tangannya
Ya Allah sebak mendengat takkala mendengar cerita dari mak

jenazah dimandikan dan disembahyangkan di HKL
terus jenazahnya di bawak balik ke Melaka - Teluk Gong
kami sampai di melaka serentak jenazah sampai di rumah
solat sebentar di rumah
dan dikebumikan pada pukul 6.30petang
suasana memang diselubungi kesedihan
tapi kena menerima Qada dan Qadar
yang pergi tetap pergi
kita yang hidup kena meneruskan hidup

jangan dilupakan pada yang telah pergi
sedekahkan doa untuk arwah

Al-Fatihah
Mohd Zairi Hazim



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 26 December 2012

Seharian Di HKL

hari nie semuanya bercuti
ialah Public Holiday kan
rasanya ramai yang ambil kesempatan nie untuk shopping baju anak untuk bersekolah
tapi bagi aku
semalam adalah hari aku seharian di HKL
melawat sepupu aku Herry yang terlantar di ICU

kami semua berkumpul di HKL
menemani Mak Lang dan Pak Lang
adik beradik mak dan sepupu aku cuba untu memberikan kata-kata semangat pada Mak Lang
mak lang sentiasa berwajah sunggul dan tidak bermaya

yang datang menziarah
family mak long
family mak ndak
family mak uda
family mok teh
bila berkumpul nie terasa hubungan semakin erat
mak cuba memujuk mak lang untuk makan dan beri kata-kata semangat
tapi hanya deraian air mata yang turun di pipi
semakin lebat air mata turun terus mak lang melarikan diri
aku yang duduk di seblah memang rasa kesedihan yang mak lang sekeluarga rasa
ialah melihat anak terlantar di atas katil
sambil wayar melilit keliling badan
hati ibu mana yang dapat menahan sebak

waktu melawat pukul 2.30pm
kami bergilir-gilir berdua untuk melihat herry
melihat keadaan herry
memang luluh hati dan perasaan
betapa cepatnya masa 3 minggu berlalu
cepat benar badan herry menjadi kurus
rambut sudah di cukur habis
bernafas dengan bantuan oksigen

tanya pada nurse yang ada di situ
keadaan herry memang kritikal
buat brain scan otaknya bergerak perlahan
malam nanti akan buat lagi sekali untuk lihat pergerakan otaknya
Ya Allah sedihya bila mendengarnya

umairah dan umar memang baik kelakuannya
tidak merengek dan tidak banyak ragam
mungkin dapat rasa kesedihan kami semua
jadi tidak menunjukkan kerenah sangat

dari kiri : dayah, mak long, yusof dan mak

umar yang berkepit sahaja dengan wannya
sebenarnya takut dengan usop
hehehehehe orang yang jarang jumpa memang umar akan duduk diam jea

lini dan sahril

peace yo dari aku yang bermata merah

sedang mak menemankan mak lang di ICU
aku dan anak-anak duduk di taman
tunggu sehingga jam menunjukkan pukul 7pm
sayang berkerja jadi menunggu sayang mengambil kami untuk pulang ke rumah

umairah dan umar


umar bersama Tok Uda
suka tengok gambar nie
so sweetttt

sampai di rumah pukul 9pm
sayang ajak makan pun
aku taknak
kepenatan sangat
anak-anak masuk dalam kereta terus terlelap
kesian kepenatan sangat
tidak tidor seharian

Ya Allah permudahkan segalanya untuk sepupuku ini
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi