Thursday 19 December 2013

Filem Frozen Disney Memang Terbaik

hari ahad lepas
bawak anak-anak tengok wayang
cerita yang memang umairah nantikan
lepas umairah tengok preview filem nie di astro terus 
asyik cakap jea
bila ibu dan babah nak bawak kakak tengok princess
bagi dia cerita macam tu semuanya princess

jadi hari ahad lepas berkesempatan tunaikan permintaan umairah tengok Frozen
umar layan jea apa yang kakak dia nak
jenis yang tak kesah
asalkan dapat mainan lori dia dah kira ok

kami pilih waktu tayangan 11.30am
tengok di Jusco Rawang
dekat jea dengan rumah kami =)

sebelum masuk
confirm mesti kena ada pop corn dan sosej
kesukaan umairah dan umar
aku suka la makan royal pop corn 
sedap jugak...cuma kena kurangkan sedikit manis
tapi garret pop corn lagi sedap
harga pun memang sedap hahahahahaha

masa kami sampai memang ramai betul parents yang bawak anak-anak
tengok wayang filem frozen nie
kami dapat seat pun syukur sangat-sangat
sebab tinggal 2 seat jea
rezeki pada kami =)

--macam biasa mesti nak bergambar dengan poster apa yang di tengokkan--
cantiklah rambut princess
putih macam wan hahahahahaha
lawak jea wan tu rambut putih sebab sudah beruban :p

--umar taknak bergambar dengan poster frozen--
nak bergambar dengan poster tembak-tembak
emmmmm lelaki kan
mestilah nak lasak-lasak
betul tak

--ibu pun nak jugak bergambar dengan poster Frozen--
kami satu family berbelang that day
ramai jea yang pandang kami that day
emmmm tak kesah pun

--mr.hubby dan umar--
mengantuk laks si adik nie

--mr.hubby dan anak-anak--

memula nak tengok nie
aku cakap jea dengan mr.hubby
nanti sayang masuk panggung nak keluar ker
nak tidor ker takper tak kesah
asalkan anak-anak puas hati dapat tengok kan
bajer masa tu mesti tak best kan filem nie
tapi sekali dah tengok layan jea sampai habis
lagu-lagu dan karekter pelakon dalam frozen memang terbaik
aku suka betul dengan gaya baju Elsa
cantik sangat....
hah bukan anak yang suka 
mak anak pun suka jugak hahahahaha
mr.hubby pun suka jugak tengok

jadi aku berikan bintang 5/5
wahhhhhh 5star tu hehehehehe



Sipnosis Filem Frozen

Ada dua orang Puteri Arendelle: Elsa (Idina Menzel), si bakal Permaisuri, dan Anna (Kristen Bell). Elsa dirahmati – atau mungkin disumpah, menurut yang berlaku – dengan kuasa untuk mencipta salji dan ais. Selepas menyalahgunakan kuasanya, dia pergi bersembunyi, hanya untuk emosinya mencetuskan musim sejuk magis dan abadi yang membekukan kerajaan Arendelle. Duke Weselton (Alan Tudyk) yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang si raksasa, Elsa, untuk kepentingan jahatnya tersendiri.

Anna, seorang optimist yang berani, mesti mengharungi sebuah pengembaraan epik bersama dengan orang gunung ekstrem Kristoff (Jonathan Groff) dan rusa kutub pembantu Sven, menghadapi troll mistik, orang salji yang lawak bernama Olaf (Josh Gad), keadaan ekstrem seperti Gunung Everest dan magik di setiap penjuru dalam perlumbaan untuk mencari Elsa (kini dikenali sebagai Permaisuri Salji), menyelamatkan kerajaan mereka daripada musim sejuk abadi, dan membetulkan keadaan.

--poster filem frozen--

--Anna--
Seorang anggota keluarga diraja

--Elsa--
Permaisuri Salji dan kakak Anna

--Kristoff--
Orang gunung, yang mempunyai seekor rusa kutub bernama Sven

--Olaf dan Sven--
watak sampingan yang sangat lucu

jom cuti sekolah nie bawak anak-anak layan movie nie
memang best



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. fifi teringin nak tengok cerite ni,, tapi ufairah kecik lagi.. nk donlod jela.. tengok kat rumah.. layan kot..

    ReplyDelete
  2. sedondon semua.. sweetnye famili kak ena..

    ReplyDelete
  3. yang putih macam wan tu, kelakar gila!!!!!!!!!!!! wakakakaa

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi