Monday, 17 March 2014

Keterujaan Anak-anak Naik KTM

tunaikan impian anak-anak
umairah dan umar teringin sangat nak naik keretapi
kalau lalu tepi jalan dan nampak keretapi lalu
masing-masing bising nak naik komuter
sebelum nie pernah bawak umairah dan umar naik keretapi
tapi masa tu umairah 3 tahun 
dan umar dalam beberapa bulan rasanya
jadi bila kita cakap kakak dan adik dah pernah naik dulu
mesti umairah dan umar cakap

"ibu nie menipu jea kan tak baik tau..adik tak ingat pun"umar
"haah kakak pun tak ingat..tak baik tau menipu naik masuk api neraka..api neraka panas tau"umairah
hah amik obat bila anak-anak sudah bersuara
nak tunjuk gambar dah tak ingat simpan mana gambar2 tu semua

jadi semalam bawak jugak lah anak-anak nie naik keretapi
kami letak kereta di stesen kuang
dan ambil komuter dari kuang sehingga kl sentral
beli tiket pergi dan balik terus..senang tak payah neli beli tiket lagi sampai di kl sentral nnti
kerja mudah kan...

kami naik komuter pukul 6.15petang
cuma tunggu 15 minute sahaja untuk naik komuter
umairah dan umar asyik tanya
"ibu mana keretapi nie..lambat lah"
hehehehe sabar yea sayang =)

nampak jea kepala keretapi
masing-masing dah tersengih
--menanti penuh sabar--
happy sangat-sangat bila sudah nampak kepala keretapi

--melangkah jea kaki masuk dalam keretapi--
masing-masing berebut nak duduk di kerusi
sepanjang perjalanan memang tak duduk diam
ada jea benda nak di tanya

--paling banyak bergerak sudah semestinyalah umairah--
umar memang banyak berkepit dengan babahnya
umairah siap borak-borak lagi dengan uncle cina yang duduk sebelah mr.hubby
emmmmm super duper xcited minah sorang nie

--with my family--
mak pun follow sekali

kami naik sehingga kl sentral sahaja
jalan-jalan sekejap di kl sentral
pastu balik semula
memang tak larat nak jalan-jalan ke mana-mana
penat sebenarnya
ialah waktu pagi dah berjalan sakan di pasar stadium
petangnya berjalan-jalan naik komuter laks
memang pengsan
budak berdua nie jea yang tak abis-abis tenaga untuk berjalan
battery selalu full jea budak berdua nie

--di kl sentral kami singgah malam sekejap--
memang lapar sungguh umairah dan umar
habis nasi ayam sepinggan dorang makan
mr.hubby makan nasi claypot
aku dan mak kongsi makan young tau fu soup...memang sedap

singgah solat magrib sekejap
selesai solat terus balik
tu pun beli choc skit bawak balik
emmmmm mahal jugak barang kat sini
takderlah nak beli apa-apa

--gambar bukti di kl sentral--
emmmm berposing sakan budak berdua nie

--perjalanan balik--
umar sibuk dengan buku kereta
dah nampak kepenatan skit masa dalam perjalanan balik
umairah laks edisi check kawasan
semua orang dia nak say hai
hehehehehe
peramah sangat-sangat si kakak nie

--perjalanan yang singkat sahaja--
pukul 8.30pm kami sudah sampai semula di stesen kuang
wpun sekejap tapi tetap happy
sebabnya anak-anak happy kan

pagi tadi hantar umar pergi ke nursery
becok mulut dia bercerita pada teachernya
yg dia naik keretapi semalam
hehehehehhe

semalam naik keretapi
pada setiap perhentian mesti teringat

hentian sg.buloh
teringat masa mula-mula bekerja di kl
naik komuter dr sg.buloh
teringat pernah kena curi handbeg dlm komuter sebab tertidor

hentian Putra
teringat masa sekolah dulu
pergi dating dengan pakwe pergi ke the mall
hahahahha lawak jea

hentian bank negara
teringat masa dulu jumpa dengan abg angkat di sogo
emmmmm tetiba rindu pada arwah
al-fatihah

hentian kuala lumpur
teringat masa zaman belajar di kolej dulu
sebab mesti akan berhenti di hentian nie untuk balik ke kolej
jumpa kawan-kawan di sini kemudian baru gerak sama-sama
pastu jalan-jalan pergi cm
baju t-shirt di dalam kat luar pakai kemeja jeans
time tulah dressing paling cun dah masa tu hahahaha
lawak la

jadi semasa perjalanan naik keretapi semalam
memang mengimbau kenangan masa lalu
senyum sendirian




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. akk keje kat kl sentral. ingat hari jumaat ni nak bawak naik komuter jugak. menarik tu kan. aktiviti musim cuti. tapi tengok la badan ni sihat ke tak.

    ReplyDelete
  2. saya masa kecik2, kalau nak jalan jauh mmng naik ketapi. masa tu last naik ketapi darjah 2. sebab darjah 3 abh dh beli kete. bila dah besar ni pula asik hntar adik naik ketapi bila nak balik kem lipis. smpai ke sudah saya juga yang tak naik2 dah.. hehe..
    tapi seronok sangat naik ketapi ni.. :) relax je tengok permandangan..

    ReplyDelete
  3. banyak kenangan kak ena kat bandar KL yer...

    ReplyDelete
  4. Sis...nak tanya mmg ada ktm direct kuang ke kl sentral ke? Atau kna tukar2...brapr lama masa dr kuang ke kl sentral?

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi