Tuesday, 25 August 2015

Chalet Bajet di Pengkalan Balak Melaka

raya lepas kami sekeluarga menginap di chalet hajah mahawa
biasalah kami balik melaka memang ke sini jea kami menginap
ialah bila family dah besar rasa segan nak tidor rumah adik beradik mak
rasa macam menyusahkan
baik duduk hotel atau chalet ker
bebas nak buat apa
yeee dak =)

kenapa kami suka menginap di sini
yang paling penting murah
harga untuk semalam cuma rm60 sahaja
sangat selesa...
jadi nak menginap lama skit pun ok sebab harga murah jea kan

kami ada anak yang sangat-sangat suka mandi manda
memandangkan pantai hanyalah di hadapan chalet sahaja
jadi chalet nie adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga..
entry kali nie ena taknak cerita pasal dalam chaletnya
sebab dah pernah cerita entry sebelum nie
jadi kalau ada yang nak tengok keadaan dalam chalet boleh klik pada link yang ena letakkan di atas nie yea...

kali nie ena nak strory pasal perubahan yang di bahagian luar
lebih selesa dari sebelum nie
bukan sebelum nie tak selesa
cuma bila ada perubahan untuk nak buat bbq
memang lagi sleesa dan mudah pada yang bercuti di sini...

raya yang lepas kami menginap di sini selama 3 hari 2 malam...
beraya dan balik dari beraya
kami mandi laut dan buat bbq skit
kalau datang ke sini tak perlu risau mana nak mencari makanan laut
sebab area situ ada pasar yang mejual segala jenis seafood
tinggal keluar duit jea untuk membayarnya
segar dan masih segar hehehehehe
kalau taknak masak-masak
belakang chalet nie ada kedai makan
jadi jalan kaki jea nak beli makanan..
sarapan pagi ker..makan tengahari ker atau pun dinner..
semuanya ada..

tapi bagi family ena
kami menag bawak segala-galanya
periuk..belanga..dapur..cerek air
hehehehehe kata nak bajet
mestilah berjimatkan
family besar kenalah bawak smuanya
asyik nak membeli jea memang kopak wallet dibuatnya =)

ok terpanjang lak mukadimah entry nie
hehehehhee
sorry terxcited sudah
ok jom scroll pic ena di chalet hajah mahawa

nie chalet semalam hanyalah rm60.00
hah murah jea kan
ok sangatlah
dalam pun simple jea
bergabung untuk 2 chalet...


adik-adik ena yang lepak di serambi luar
sejuk dorang cakap
dalam chalet ada katil dan ada xtra tilam
jadi adik-adik ena nie angkut tilam dan tidor di serambi
padahal dalam bilik kosong jea
kami jea yang perempuan-perempuan tidor dengan anak-anak
wpun takder aircond hanya berkopas dalam chalet
nyamuk takder yea..sejuk jea

yang chalet berwarna pink tu
biliknya ada aircond
semalam rm120.00
ok jugakkan harganya
kami memang suka menginap di chalet kayu nie
best..macam dolu-dolu jea rasanya


deretan chalet kayu..
comel jea kan...
umairah dan umar memag asyik turun naik tangga jea lah
xcited dapat main tangga
kereta boleh parking depan chalet yea
senang nak angkut barang-barang hehehehhee


ok perubahan yang ena bgtahu tadi
nielah dia
sudah ada tempat berbumbung untuk rehat dan buat bbq
kalau hujan tak perlulah risau kena hujan
sebab skang nie tempatnya sudah berbumbung
nak lepak sampai tengahmalam pun boleh

keadaan bawah bumbung
ada tempat untuk duduk
dan tempat untuk buat bbq
sambil buat bbq
boleh tengok anak-anak mandi laut
kawalan depan mata jea


terus ke pantai
sebab tulah kami suka datang ke sini
pantai depan chalet jea


pemandangan dari pantai mengadap chalet
cantikkan


pantainya bersih dan terjaga
kalau ada yang nak memancing ikan
boleh pergi ke hujung batu tu


ada nelayan turun
kalau bernasib baik boleh la beli ikan terus dari nelayan
boleh dapat harga istimewa
kami dapatlah beli ikan pari dan ketam
segar dan dapat beli harga murah jea

mak lah chef utama kami
hehehehhee siap bawak periuk nasi lagi
hehehehehe
jangan lupa bawak dapur yea..
apa-apa pun bole masak kalau yang asas ada =)


kalau dapat berendam 1 hari pun boleh
umairah..pija..umar..sofea..
semuanya hantu berendam hehehehehe


kalau nak berjimat
kalau nak bajet
kalau nak selesa
kalau nak mandi terus dari depan chalet
rasanya semuanya ada di sini..

best...
kalau ada yang nak datang bercuti ke sini..
boleh la booking melalui no phone nie yea...
ena tak dapat apa-apa pun
tolong promote jea =)

Chalet Hajah Mahawa
06-3845497
011-23378988

selamat bercuti semuanya =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 24 August 2015

Lunch di Dr. Cafe Coffee

last friday punta cerita hehehehe
baru hari nie free nak up kat blog...
bukan apa..nak tunggu picture dari my bff shumie
sebab masa lunch tu memang snap gambar guna handphone shumie
handphone ena mati terus
bz sangat buat audit sampai tak perasan keluar dari opis bawak handphone 
yang dah abis battery..off terus ;(

jadi semua picture di snap oleh shumie
tq beb sebab memahami
rakan baikmu nie gila blog =)

keluar dari ofis pukul 12.30pm
tapi sampai di d'strand kota damansara pukul 1pm
memang jalan jem
dengan orang pergi solat jumaat kan
tension gila masa tu
padahal bukan jauh snagat pun ofis ena dengan ofis shumie tu
erkkkkk

pastu satu hal nak mencari parking
tau-tau jealah waktu lunch
semuanya penuh
tapi nasib baik dapat parking di area yang special
hahahahahaha nasib baik tak kena saman
kalau kena saman memang minta m.cik shumie nie bayarkan hehehehehe

memandangkan kami berdua tengah on diet
shumie ajak makan di cafe pekerna sandwish
ok la tu...
taknak makan heavy food
jumpa nak borak-borak jea

1st time datang makan di sini
shumie memang dah selalu lah
ialah cafe nie belakang ofis dia jea
bila masuk..memang suka dengan deco dorang
cantiknya
suka dengan wing chair
cantik beb....
kata dah cafe coffe kan
masuk-masuk jea bau kopi dah semerbak
perghhhh memikat hati betullah

kami di sini
Dr.Cafe Coffee

shumie ajak ambik set offer nie
beli air dan pilih nak sandwish atau cake
mestilah kami pilih sandwish kan
kenyang skit
dan cuma bayar rm15.70
jimat berganda lah offer nie
kalau takder offer nie memang gigil jugaklah nak keluarkan duit dari wallet
ialah sandwish jea pun dah berharga rm11.00
coffer laks dah berharga rm10.00
jadi jimatkan dengan offer nie =)


ena..
ehh sepadan laks tudung ena dengan kerusi
hijau lumut gitu


shumie
cantik laj lance baju ko shumie
pink gituuuuu


menu kami on that day
cuba korang tengok nama kami di cup tu
kihkihkih
gedik sesangat
ms.cantik konon;p
ms.sr - membawak maksud ms.shumie rain
obses betul minah nie dengan rain
korang kenal tak rain???
rain tu penyanyi dan pelakon korea
kalau korang layan full house dulu..pelakon lelaki tulah rain
hahhhh ingat tak =)


kami berdua..
korang nampak tak bunga belakang kami tu
bunga palsu
tapi kan bukan tanah atau kapas untuk bagi bunga nie melekat di situ
owner letak bijik coffe di situ
memang penuh la di situ
sebab tulah masuk ke cafe nie bau semerbak kopi
tulah rahsianya
tak payah guna pewangi kopi....
bau semulajadi


sebelum balik
kenalah snap gambar berdua kan kan kan
mat bangla situ yang tolong snapkan gambar kami...

bila berjumpa mestilah berborak sakan kan
tapi tu pun sekejap jea dapat borak dan jumpa
next time jom gediks lagi
kita ajak imah sekali...

ok la my bff shumie
nanti aku email kat ko yea
apa tu...rahsialah hehehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi