Thursday 17 October 2013

Umairah kena Beguk : Gejala dan Cara Rawatan Beguk

kesian anak ibu
malam tadi baru perasan umairah kena beguk rupanya
tahu pun lepas umairah dan umar bergaduh
umar lempang kakaknya di leher
mengadu pada aku..pujuk sekejap
umairah mengadu pada wannya

bila mak aku raba-raba leher umairah
baru perasan ada benjolan di leher umairah
terus mak cakap umairah kene beguk

pergi bilik air ambil nila
masukkan nila dalam bekas dan masukkan sedikit cuka dalam bekas berisi nila
gaul sebati
sapukan pada leher umairah
mak cakap letak nila dan cuka nie
akan rasa sejuk jea bahagian yang kena beguk tu

patutlah umairah kena demam
dan sebelum nie cakap ketiak dia sakit
lepas baca siptom beguk
aku boleh kaitkan setiap satunya dengan umairah
tapi tulah beguk nie boleh berjangkit
harap tidak berjangkit dengan umar

Ya Allah semoga umairah cepat sembuh
kesian tengok umairah yang selalu tidak sihat nie
lepas satu... satu diberikan ujian
tapi takper SABAR hadapi ujiannnya
sebab orang yang SABAR disayangi oleh Allah

--lepas sapu nila dan cuka baru umairah lena untuk tidor--
kesian anak ibu

Jom baca info tentang Beguk nie
Perkongsian ilmu bersama

Beguk adalah penyakit yang disebabkan jangkitan dan biasanya merebak melalui air liur. Ia boleh menjangkiti lain-lain bahagian badan, terutama kelenjar liur parotid. Kelenjar ini menghasilkan air liur dan terletak di belakang kedua-dua belah pipi - antara telinga dan rahang. Apabila seseorang mendapat beguk, kelenjar ini membengkak dan sakit.

Sebelum vaksin diperkenalkan pada 1967,dianggap antara masalah biasa di Amerika Syarikat dengan catatan kes melebihi 200,000 setahun. Namun selepas vaksin beguk diluluskan, catatan kes menurun kepada kurang daripada 1,000 kes setahun. Sangat jarang berlaku wabak beguk.

Sebagaimana zaman sebelum vaksin, kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak berumur antara 5 hingga 14 tahun, tetapi nisbah pesakit kecil meningkat saban tahun dalam 2 dekad kebelakangan ini.

Jangkitan beguk sangat jarang berlaku pada kanak-kanak kecil yang berusia kurang setahun. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu hanya mendapat sekali jangkitan beguk seumur hidup. Sangat jarang jangkitan berulang kerana badan membentuk antibodi terhadap beguk untuk sepanjang hayat dan ia mampu menahan jangkitan kedua.

Bagaimanapun, kadangkala jangkitan lain juga boleh menyebabkan kelenjar air liur membengkak dan ibu bapa menyangka anak mereka mendapat beguk untuk kali kedua.

Gejala Beguk

Biasanya gejala beguk muncul dalam minggu pertama selepas kelenjar membengkak atau 16 hingga 18 hari selepas jangkitan. Antara gejala utama beguk ialah:

# Demam panas(sehingga 39.4° Celsius)
# Leher menjadi tegang
# Sakit kepala
# Hilang selera makan
# Mual dan muntah
# Sawan dan lain-lain gejala membabitkan otak
# Bengkak dan sakit pada kelenjar parotid, menyebabkan pipi kanak-kanak kembung seolah-olah menyimpan makanan di dalam mulut. Kelenjar ini biasanya bengkak selama 1 hingga 3 hari
# Kesakitan bertambah teruk apabila pesakit mengunyah, menelan, bercakap atau minum jus berasid (seperti jus oren)
# Kedua-dua kelenjar parotid (kiri dan kanan) boleh dijangkiti secara bergilir-gilir

Beguk boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada organ lain termasuk otak, walaupun ia jarang berlaku. Keradangan otak (ensefalitis) dan keradangan selaput otak serta saraf tunjang akibat beguk juga jarang terjadi.

Pada remaja dan orang dewasa, beguk mungkin menyebabkan keradangan pada buah zakar (orkitis). Biasanya hanya sebelah buah zakar yang bengkak dan sakit selama tujuh 7 10 hari selepas kelenjar parotid membengkak.

Biasanya beguk pada orang dewasa diiringi demam panas, menggigil, sakit kepala, loya, muntah dan yang sering disalah anggap sebagai masalah apendiks (apendisitis) jika buah zakar sebelah kanan yang dijangkiti. Selepas 3 hingga 7 hari, kesakitan dan bengkak pada buah zakar berkurang. Pada masa ini demam juga mulai kebah. Dalam sesetengah kes, kedua-dua buah zakar membengkak.

Bagaimanapun jangan risau, ia jarang menyebabkan kemandulan. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan pada pankreas. Jika pada wanita, beguk boleh menyerang ovari yang menyebabkan abdomen bengkak dan sakit.

Bagaimanapun dalam kes tertentu, tanda dan gejala beguk sangat kecil dan tidak disedari. Perkara ini boleh berlaku pada 1 daripada 3 pesakit yang dijangkiti beguk.

Bagaimana Beguk Merebak

Virus beguk mudah merebak dan berpindah kepada orang lain melalui percikan cecair dari mulut dan hidung individu yang dijangkiti.

Ia boleh tersebar melalui batuk, bersin atau ketika ketawa. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti.

Tempoh paling mudah berjangkit ialah 2 hari sebelum gejala muncul kepada 6 hari selepas semua gejala berakhir.

Rawatan Beguk

Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk beguk. Bagaimanapun, pesakit perlu diberi perhatian sewajarnya. Jika sakit teruk, pesakit perlu dibawa ke hospital. Namun harus memaklumkan doktor lebih awal supaya pesakit tidak perlu menunggu lama kerana ada kemungkinan boleh menjangkiti orang lain.

Oleh kerana beguk disebabkan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Bagaimanapun untuk mengurangkan kesakitan, tuam tuala panas atau sejuk pada bahagian kelenjar yang bengkak.

Beri anak makan makanan lembut (tidak perlu banyak kunyah) dan galakkan dia minum banyak air. Elak memberi anak makan jus buah berasid seperti jus oren atau limau kerana ia membuatkan kesakitan lebih teruk. Sebaliknya beri air, minuman ringan yang tiada kafein atau teh.

Seperti diterangkan di atas, jangkitan beguk boleh membabitkan otak dan selaput otak. Jadi bawa anak segera berjumpa doktor jika dia mengalami ketegangan leher, sawan, rasa mual dan sakit kepala yang keterlaluan atau tidak sedarkan diri.

Perhatikan juga sama ada dia mengalami sakit perut atau tidak kerana ia mungkin menunjukkan jangkitan turut berlaku di pankreas (bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan) atau ovari bagi kanak-kanak perempuan.

Pada kanak-kanak lelaki yang mengalami demam panas, periksa juga sama ada buah zakarnya bengkak.

Pencegahan

Antara kaedah pencegahan terbaik ialah memberi suntikan vaksin beguk (atau MMR, juga dipanggil vaksin tiga serangkai). Dos pertama diberi pada atau selepas berumur setahun, diikuti dos kedua apabila berumur empat hingga enam tahun.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada sudah mendapat vaksinasi atau tidak, pergi mendapatkan perlindungan ini. Vaksin MMR selamat dan tiada kesan sampingan jika anda sebenarnya sudah mendapat vaksinasi sebelum ini.



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

10 comments:

  1. masa kecik pnh kena....mmg mak akak letak cuka dgn nila..

    ReplyDelete
  2. alahaiii.. siannye die.
    cepat sembuh yer Umairah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Ohh sofia dgn adik2 time kecik2 mmg selalu kena..dah besar nih alhamdulillah..perghhh tak tahan dgn ubat sapu nila + cuka tuh..busuknyaaaa..hehehe


    thx for sharing your opinion :)

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
  4. kena take notes benda ni.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. pernah gak baca petua beguk ni rawat dgn nila n cuka
    akak dh bg ubat antibiotik?

    ReplyDelete
  6. tengok anak sakit sedih.. kesian sangat..

    ReplyDelete
  7. sian umairah.. moga dah sembuh sekarang...

    ReplyDelete
  8. Anak saya , 9 tahun dah 2 kali kena beguk
    Semoga allah selamatkannya drp lebih serius

    ReplyDelete
  9. Beguk cantik ubatnya, Sapu minyak Zaitun-Dr.Homeopathy

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi