Thursday 22 May 2014

Bandar Temerloh mencari Pengantin atau Ikan Patin

Bandar Temerloh memang popular dengan Bandar Ikan Patin kankankan
saper makan ikan sungai...angkat tangan =)
ena memang tak makan ikan sungai..ikut perangai mak
bukan jenis ngada2 tau..
bukan tak pernah try makan..pernah jea try makan
tapi lepas makan confirm akan muntah semula
jadi dah malas dah nak try makan
orang nak cakap apa cakap lah

ahad lepas kami satu family pergi ke bandar temerloh
hadiri majlis kahwin adik sepupu
Nani dan Izran..
minggu sebelumnya balik melaka...
di temerloh nie majlis di sebelah lelaki
1st time kaki menjejakkan kaki ke bandar temerloh
emmmm umur sudah 33 tahun baru merasa jalan-jalan ke sini

kami bertolak dari rumah pukul 8am
kumpul di mcd gombak yang sebelum masuk ke genting tu
kononnya nak menunggu mak cik dan p.cik datang
last minute p.cik whatssap bgtahu dorang tak dapat nak join
ada hal lain kena dahulukan
jadi kami terus gerak mulakan perjalanan

sampai di hutan lipur lentang
kami berhenti sekejap
sesi memenuhkan isi perut dahulu
best betul mak kami nie
sebab sebelum kami semua bangun tidor
mak dah siap masak nasi lemak lauk sambal udang
mak mertua lini siap buatkan sosej goreng dan kuih samosa
perghhhhh memang terbaik
masing-masing memang tak lepaskan peluang untuk isi perut kenyang-kenyang dahulu
ialah belum bfast lagi kan

--kami berselfie masa nak makan--
tak naik sampai ke atas pun
just lepak di bahagian bawah
asalkan dapat tempat nak makan dah kira ok la tu

siap makan baru teruskan perjalanan pergi ke temerloh
perut kenyang hati pun steady nak berjalan jauh

--bandar temerloh kami sudah sampai--
dalam pukul 11.30am kami sampai
nasib baiklah tak sesat
mudah sahaja nak datang
hhahahhahaa memang la tak sesat
guna GPS nak datang =)

sementara pukul 12.30pm untuk nani bersanding
kami lepak dahulu rumah m.cik izran
seronoknya duduk di sini
sejuk jea ialah rumah betul-betul mengadap sungai temerloh
adik adik ena siap turun ke sungai untuk tengok tempat ikan patin di bela

--bersama dengan pengantin--
tahniah Nani dan Izran
lepas nie adik sepupu akan tinggal di temerloh sahaja


--lauk kenduri di sini tuan rumah hidangkan ikan patin--
perghhhh memula nak makan memang teragak2
tapi sebab nak rasa jugak
memula makan dulu nasi berkuah ikan patin
macam ok pastu baru rasa dengan isi ikan patin
ok tunggu 2 saat ok jea
terus tambah dengan sambal belacan taknak bg rasa sangat ikan patin tu
ok la tekak takder apa-apa masalah
wahhhhh bangga jugak dengan diri sendiri
sebab tekak boleh terima ikan patin
terbaiklahhhhh
1st time rasa ikan patin dan tekak boleh terima

ok lain kali boleh datang lagi ke bandar temerloh untuk cari ikan patin =)

siap makan beradap dan bersalaman semua family pengantin
kami minta diri dahulu
kami parking hadap sungai
masa nak balik...tengok ada budak turun dari bot
tanyalah kat budak tu bot tu boleh naik ker..
bdk tu cakap memang boleh naik untuk ke seberang 
satu kepala RM1.00
ok sangat lah tu

kami tanya pada kemudi bot tu
boleh bawak round ker..
sebab kami taknak ke seberang
budak tu cakap boleh jea
satu kepala charge RM3.00
wahhhh ok sangat
memang tak lepaskan peluang
mr.hubby taknak naik
siap cakap lagi kalau naik
nanti bot tak balance hahahahahhaa
lawak betullah

--bot yang kami naik--
cuma risau sebab tak pakai life jacket
memang aku pegang umairah dan umar erat-erat

--banyak tepi sungai sangkar ikan patin--
patin ikan sungai memang mahal skit harga
kalau kolam murah harganya


--TEMERLOH bukti kami sudah sampai di sini--
sebenarnya kan rumah pengantin belakang hurug T jea
masing-masing naik jea bot terus senyap tak bercakap sangat
rasa gayat pun ada jugak
ialah bila tengok paras bot dengan air sungai bezanya cuma sejengkal jea
huhuhuhu takut jea

--mak..mak uda dan mak.cik ila--
rasa happy jea

--memula naik umairah dan umar ok lagi--
tapi bila pija sebut ada buaya
terus masing-masing dah nak naik semula
sabar jea
emmmm ingat bot nie ada gear reverse ker umar


--umar memang dah taknak pandang kiri kanan--
duduk memeluk jea dengan ena
dah rasa cuak kot
sebelum nie asyik sebut nak naik bot jea
lepas naik bot di temerloh tu
terus dah taknak naik bot
hhehehhehee pengalaman ngeri kot bagi umar
si kakak ok jea lagi

Temerloh memang tak boleh dipisahkan dengan gelaran ikan patin
memang terbaik...
pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan...
bot
ikan patin
temerloh

in sya Allah akan datang semula untuk misi mencari ikan patin masak tempoyak =)


 Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

6 comments:

  1. ena sep sikit, iolss pun tak makan ikan sungai... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehhehehehe mmg tak mkn
      cuma bila dah rasa ikan patin nie mmg lain lah

      Delete
  2. pengalaman..heheheh..

    husna tak mkn ikan sg jgak..:p

    ReplyDelete
  3. Fiza yg selalu ke temerloh pun tak pernah naik bot tu.. hehe... tp patin temerloh mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhehehe biasanya org luar yg dtg lebih terxcited namanya

      Delete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi