Sunday 1 June 2014

Satay Apa yang Sedap??

malam tadi mak belanjer makan satay
emmmm di sg.buloh satay apa jea yang sedap
satay hj.samuri
satay mahadi kuang
satay sri subang sg.plong
satay selekoh kundang
nie jea pilihan yang ada di sini

kalau nak best skit satay williw kajang lan
memang terbaik..betul tak
cuma jauh lak pulak nak ke sana...

seronok sebab mak belanjer makan satay
dan 1 family naik 1 kereta jea
hehehehehe plastik tak buka lagi...
ngeh ngeh ngeh

kami sampai pun dah pukul 9 lebih
orang pun dah tak ramai
dan pekerja dia pun dah nak siap-siap kemas sudah
tanya kaunter boleh order lagi ke tidak
nasib baik boleh order lagi..
kami pergi satay hj.samuri di jejantas sg.buloh jea

--pilihan satay kami sudah semestinya lah--
satay daging dan ayam
suka kuahnya
sedap

--umairah yang tak makan pedas--
boleh jea makan banyak dengan kuah satay nie
siap menjilat lagi
rasa lemak-lemak kan
kuah kacang bersantan


--kami satu keluarga--
memang kecoh bila semuanya ada
sofea merengek sebab nak tidor

--pak chu..umairah..mr.hubby dan umar--
budak zaman skang nie akan diam bila dapat tab
buatlah apa pun memang dah tak pedulik benda lain dah

--tengok lah umar--
layan tab sambil menyusu botol
nak snap gambar pun taknak pandang camera

--umairah dan pak chu--

--dayah..sobri dan sofea--
geng team bola malaysia hehehehehe

--ena dan mak--
masing-masing dah penat sebenarnya sebab seharian berjalan sakan kan...

sampai rumah terus tidor..
anak-anak dalam kereta lagi sudah tidor
tugas angkat anak-anak adalah tugas mr.hubby
ena memang tak larat dah nak angkat umairah dan umar
boleh patah pinggang dibuatnya...

jadi satay pilihan korang???


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi