Thursday, 20 August 2015

Cerita Raya Kami

syawal dah abis
raya dah abis
baru ada masa nak up story raya kami hehehehe
mood untuk berblog sudah kembali
jadi kita marathon jea lah yea tentang raya kami tahun nie =)

tahun nie beraya di rumah ena
aka beraya rumah mertua untuk mr.hubby
oklah bila dah 9 tahun berkahwin
takderlah istilah berperang nak raya umah saper
turn mana
takder sudah
sebab memang kami amalkan sistem giliran
dan tahun nie turn umah family ena..

kalau dah beraya rumah family ena
jadi malam raya kena balik sijangkang dahulu
jumpa dengan mak mertua
bersalam dan bermaafan...

raya ke tiga baru kami akan balik ke sijangkang
raya pertama dan ke dua akan ada di sri kundang dan melaka

malam raya kami di sijangkang
tema purple
kami jea yang berpakain raya hehehehhee
adik beradik mr.hubby yang lain sibuk mengemas rumah 
pukul 11 lebih baru balik ke sri kundang semula
esok raya baru akan bergerak ke melaka

semua kelengkapan pakaian dah siap pack untuk 4hari
hahahahhaa memang banyak gilalah barang...
ialah dari melaka kami akan terus balik ke sijangkang
jadi muatan kenalah lebih..
kena mencari kedai dobi untuk recycle pakaian semula

pagi raya
yang lelaki pergi ke masjid untuk takbir raya..
lepas solat raya
kami sekeluarga bermaafan dahulu
dan baru makan isi kenyang-kenyang perut

dalam pukul 11 lebih baru gerak ke melaka
sebelum beraya rumah adik beradik mak
kami pergi ke tanah perkuburan dahulu
sedekah alfatihah untuk arwah wan dan atuk
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman
Amin

family ena bersama mak dan ayah
hah mata tengok mana tu
tulah gayanya bila banyak sangat camera depan mata
tak tahu nak tengok yang mana satu =)



ena dan mr.hubby
rasa tak suka laks tengok gambar raya 1st day
sebab ena bermake up skit
nampak kulit ena jadi gelap kan
emmmmm
baik tak payah pakai..putih jea gitu

kami sampai melaka dalam pukul 2 lebih
lepas pergi tanah perkuburan
kami singgah rumah pak long di kuala sg.baru
kemudian beraya sekitar rumah pak long
kemudian pergi ke rumah mak usu dan pak usu
kemudian ke rumah mak itam dan pak itam
kemudian ke rumah wan eton
kemudian ke rumah mak ndak
kemudian ke rumah mak uda dan pak uda

perghhhhh letih gila masa 1st raya
marathon semua rumah adik beradik mak

kami check in chalet di hajah mahawa pukul 12 lebih
kepenatan sungguh-sungguh
nanti ena story pasal chalet yea...


raya ke dua kami ke Gemas
rumah atuk kasiim
atuk nie abang kepada arwan wan kami
satu-satunya atu yang tinggal untuk kami
pengubat rindu kepada arwah wan dan arwah atuk kami

ke Gemas memang kami habiskan masa seharian di sini
ialah perjalanan sangat jauh kan
jadi kena berehat dan abiskan masa dengan atuk dan nenek di sini

di halaman rumah atuk kasim
suka datang sini sebab area felda
banyak sangat pokok buah yang di tanam
rumah laks atas bukit
memang damai sangat tinggal di sini


perjalanan balik
kami singgah semula rumah mak uda dan pak uda
rumah adik kesayangan mak
suka jugak lepak lama-lama di sini
sebab kami memang rapat dengan mak uda dan pak uda


bergambar ramai-ramai di halaman tangga di rumah pak uda dan mak uda
meriah kan...
ramai yang ada


raya ke tiga
raya untuk kami balik ke sijangkang
tapi memandangkan kami ada di melaka
kami singgah dahulu ke Serum 8, muar
untuk datang beraya di rumah nenek kepada mr.hubby
nenek nie kakak kepada arwah bapak mr.hubby
nie 1st time ena sampai di sini...
memang kedatangan kami di sambut dengan ramah
siap hidangkan makanan lagi

hanya kami balik ke selangor semula
family ena stay lagi di melaka
family ena balik selangor semula raya ke empat


raya ke tiga kami
di hentian seremban
mr.hubby dah tak sabar nak balik ke kampungnya
hehehehhee

ena dan mr.hubby =)


kami sampai di sijangkang malam lepas magrib
kami singgah dahulu ke kedai dobi
membasuh dan mengering terus baju kotor kami
perghhhhh penat gila

raya ke empat kami di sijangkang
kami jea bergerak beraya rumah adik beradik mak mertua dan saudara mara sebelah mr.hubby
hehehehhee
dari pagi sampai ke petang
tu pun banyak rumah kami skip


suka sangat gambar nie
umairah dan umar
tangga oren dan berbaju oren
kena sangat kan...

nie jea lah cerita raya kami untuk tahun 2015 nie
tahun nie memang kami banyak berjalan
tunggu tahun depan kami beraya di sijangkang laks
turn rumah mr.hubby =)

selamat hari raya
maaf zahir dan batin 
dari ena sekeluarga =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. suka tengok yg berdua atas tangga tu..comel je..:D

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi