Wednesday, 19 August 2015

Menu Seminggu Diet Atkins

apa itu diet atkins??
DIET ATKINS
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda

Induction(fasa 1) (DOWNLOAD MENU disini)
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.


Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1):
  • Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  • Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  • Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  • Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  • Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  • Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  • Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  • Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  • Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  • Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  • Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  • Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  • Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  • Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:

  • Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  • Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  • Ikan, Udang, Ketam - (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  • Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  • Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  • Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  • Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  • Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  • Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  • Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  • Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  • Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)


Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih. (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

macam ena
berdiet dengan atkins
ena mengamalkan mengambil supplement dari shaklee
sebab tulah hasilnya lagi cepat dan buat ena happy..

  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula. - untuk yang ini, ena mengambil vitalea shaklee untuk multi-vitamin badan ena.
  • apa yang ena ambil setiap hari : selepas sarapan ena akan pastikan ena mengambil vitalea, vitamin c dan b complex..jaga badan mestilah nak jugak jaga kulit sekali kan..jgn badan dah ideal tapi kulit muka berkerutu..takmolah kan..luar dan dalam mestilah berjaga.
  • sebelum ena makan, ena akan mengambil 3bijik lecithin..ambil sebelum lunch dan dinner.
  • selepas makan ena akan mengambil 2bijik alfalfa..ambil selepas lunch dan dinner
  • sebelum tidor ena akan ambil herblax. best ambil herblax nie, bangun esok confirm akan melawas apa yang kita makan sebelumnya..perut pun rasa kosong jea, lega =)
  • minum petang ena akan minun chich tea..bagi badan bertenaga, takderlah lemah jea, mata pun celik jea nak buat kerja =)
nielah rahsia ena menjaga badan...
ok jom ena kongsikan apa yang ena ambil sepanjang minggu yang lepas =)


9.08.2015 (Ahad)
sebab kami buat BBQ hari tu
ena mengambil salad dan kambing grill
cicah dengan sos nandos
salad tu ena letak sos mayo kewpie

malamnya ena makan sup steamboat
kenyanglah jugak 


10.08.2015 (Isnin)
untuk sarapan pagi
ena hanya mengambil 2 bijik telor rebus

untuk lunch ena bawak bekal 
mood tengah rajin hehehehe
salad dengan sos mayo kew pie
telor bercheese
daging oblong



dinner
ena masak kailan goreng
ayam grill
salmon grill


11.08.2015 (Selasa)
hehehehhe korang jangan menyampah tengok telor
memang the best adalah telor
buatlah macam-macam resepi berasakan telor
mudah dan simple
0 carbo kan
pagi nie ena mabil telor rebus 2 bijik
nak makan macam tu boleh
rebus..goreng..separuh masak
pilihan di tangan anda =)


lunch : chicken salad
mudah jea
salad dan timun potong-potong
ayam di goreng
pastu letak sos mayo kewpie dan letak sos nandos
nak bagi pedas skit


dinner : daging pataya
hahahahha senang jea
daging hancur tu masak blackpepper
masak telur dadar dan bungkus daging black pepper dalamnya
pastu rebus broncoli dan carot
makan cenggitu jea lah
tapi tekak ena nak pedas..kenalah letak sos nandos skit
barulah berselera skit nak makan


12.08.2015 (Rabu)
sarapan : telor separuh masak
yang dalam bekal tu untuk umairah yea
jangan laks nak makan murtabak maggie tu
haramkan sebab berasakan tepung
nanti dah abis induction baru boleh makan hehehehehhe


lunch : telor hancur, daging blackpepper, kailan goreng
makan nielah...

dinner : lupa laks snap gambar
makan ikan pari bakar dan salad


13.08.2015 (Khamis)
sarapan : telor hancur - 2 bijik
lunch : salad telor
dinner : daging grill dengan sup broncoli 



14.08.2015 (Jumaat)
sarapan : telor rebus 2 bijik
hahahahhaa mesti korang nak muntah dengar telor yea
ena ok lagi still boleh telan telor tu
siap sediakan jea lah telor sepapan yea ;p

lunch : ena keluar dengan member ofis
kami makan dominos pizza
tak tahulah ok ker tidak
ena makan topping jea
cheese jadi penyelamat hehehehehe

dinner : makan di luar..bila kat luar susah skit nak jaga makan huhuhuhuhu
ena makan otak-otak dan satay
kuantiti skit jea lah
sedih betul ;(


15.08.2015 (Sabtu)
last hari raya
ena panggil kawan-kawan sekolah datang ke rumah
memang tengok menu rasa macam gigil jea tahan tekak kan..
tapi memang tahan diri jea

sarapan : telor dadar cheese
lunch : makan salad dan ikan goreng
dinner : salad dan kuah sos carbonara
hehehehehe tak tahulah lepas ker tidak makan sos carbonara tu ;p



16.08.2015 (Ahad)
bila hujung minggu memang azab
yealah tahu-tahulah family ena nie
kalau dah berkumpul adik beradik
memang kami plan makan jea
susah betul erk erk erk

sarapan : telor dadar bergulung daging hancur
lunch : salad dengan telor
dinner : dominos pizza
uwaaaaa sedih betul
makan topping dan sekeping pizza
terlepas masuk mulut
hehehehehehhe

ok sepanjang seminggu ena berdiet atkins nie
sebelum :
berat : 57kg
ukuran pinggang : 34cm

selepas seminggu buat diet atkins dengan mengambil set slimming shaklee
buat senaman dan minum air lebih dari 3 litter

berat : 55kg (turun 2kg)
ukuran pinggang : 32cm

penurunan :
berat turun 2kg
ukuran pinggang mengecik 2cm

wahhhhh teruja sangat-sangat
baru seminggu ena amalkan
dan dapat hasil yang sangat awsome
wahhhhh 
ok jom kita teruskan...
minggu nie takmo ada cheat
kena betul-betul buat
barulah hasilnya lagi upmmmm kan
tapi kalau compare dengan orang lain
dalam masa seminggu boleh turun 4kg pun ada
jadi ena nie dalam golongan yang turun sedikit jea..

takper berat impian ena 49kg
lagi 6kg untuk diturunkan 
cha yok zarena
mesti boleh buat punya....

xoxo



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. wah ena gigihnya diet atkins...he he he...

    ReplyDelete
  2. caiyok2..saya boleh bertahan 2 minggu je buat ni..masa tu turun 5kg jugak..kena banyak kan makan sayur hijau, segala jenis sayur warna merah mmg x boleh..sayur jenis kekacang pun kena boikot..huhu

    ReplyDelete
  3. Good luck Ena..teringin nak cuba tapi entah mampu ke tidak..:)

    ReplyDelete
  4. x ade pun mok-mok sis comei je.. nape nak diet. saya pun br nak try diet ni.

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi