Friday, 4 February 2011

Baik dan Buruk Buaian Bayi


k0rang tid0rkan anak k0rang macam mana
adakah diletakkan di dalam bby c0at @ di dalam buaian
macam aku siang aku tid0rkan umar dalam buaian
dan malam tid0r dalam pelukan aku
letak jea dalam buaian
sekejap sahaja dah lena
tapi aku tak la enjut beriya-iya sangat
asal berg0yang itu sudah memadai


umairah suka intai umar time tid0r



dan kadang-kadang t0lak buaian supaya berayun


kebaikan buaian dari pandangan aku :

* memudahkan anak untuk tid0r
selepas tid0r mudah untuk kaum ibu membuat kerja yang lain
* anak akan tid0r dengan lebih lama kerana di buai dengan perlahan
* tidak risau kalau anak jatuh katil
* tid0r lena kerana rasa diri tid0r dalam pelukan ibu


keburukan buaian [aku amik dari LINK ini]


Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.

Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.

Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.

Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.

Hentak kepala (Head banging)

Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. tq for this info ena...

    tapi tulah..mcmane nak elakkan pakai buai ye..

    masa dgn pengasuh, memang dgn buai utk tido siang..sebab bila tido buai, mudah tido n lena kan..

    cuma jgn henjut kuat sgt lah..ada doktor yg kata, kalau parent dlm keadaan marah(tak cukup tido etc), jgn henjut buai sebab kita tak sedar kita henjut kuat...)

    ReplyDelete
  2. ada masa perlu pakai buai..ada ms tak perlu..tu lah anak2 fra..hehehe senang nk tdo tnpa buai..pkai buai pon ok jugak..mn2 boleh.. :-)

    ReplyDelete
  3. hmm.. alahai cubbynya umar..;) nrul 2nd baby nie xtau laa ngasuh nk bg buaian ke x.. yg 1st alhamdulillah mmg dia x mo buaian..

    ReplyDelete
  4. agaknya la kan.. ada buruk ada baiknya tapi entah la.. tak tau mana yang lebih elok.. harap2 umar dah tak demam lagi. kak long tu dah besar dah tu puting dah boleh buang dah tu. hehehehhee....

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi