Wednesday 30 November 2011

Dapat Kukus Baru

pemberian dari mak
minggu lepas mak pergi ke Melaka
dan belikan periuk kukus 36" untuk aku hehehehhee
thanks mak
mungkin mak tengok susah pada aku menggunakan kukus kecil
untuk mengukus kek moist dan apam bila dapat tempahan
tu yang dibelikan untuk aku tu
terharu tak ingat la dengan sokongan yang mak berikan pada aku nie
nie yang membuatkan aku lagi bersungguh-sungguh untuk
kembangkan business aku yang kecik nie :p

kukus baru tengah menenggek atas api
cantik berkilau



kek kukus choc moist yang di masak malam tadi


malam nie pun akan mengukus lagi


rezeki jangan di tolak .... Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Agro Pertanian Di Tapak Letak Kereta Stadium Shah Alam

tujuan utama aku nak singgah ke Agro nie
sebab nak cari ubi kayu - sebab aku teringin nak makan
ubi kayu rebus cicah dengan ikan masin...perghhhh menjilat jari
memandangkan pergi waktu bekerja jadi emmang tak ramai orang
gerai yang buka pun tak banyak ... macam kurang dapat sambutan jea

memang pelbagai jenis barang di jual
tapi macam nenas, pokok sayur, buah-buahan
di jual dengan harga yang mahal
harga sebiji nenas di jual dengan harga RM5.00
kalau di luar sebijik boleh dapat harga RM2.50 jea
kenapa lah bila ada tapak expo nie harga mencanak naik
aku beli air jambu pakchu 916 kena charge RM3.00
biasa beli di luar hanya RM2.00 sahaja
yea aku tahu kena bayar mahal untuk sewa tapak
tapi berpada-pada jugak la bila meletakkan harga pada pelanggan
takkan la semuanya pelanggan yang perlu menanggungnya
sudah la keuntungan di sapu bersih yang menanggung kos peningkatan pelanggan
dan rakyat jelata jugak
yang mewah bertambah mewah
yang miskin bertambah miskin

cuba kalau pihak kerajaan memberikan tapak percuma kepada peniaga
aku pasti peniaga takkan sewenang-wenangnya nak naikkan harga mencacak
sebab akan pikir pelanggan akan menembak semula peniaga yang cekik darah nie

jadi kami di sana hanya round-round sahaja
dan tak beli apa pun
bila sampai di booth Upin-ipin
hanya beli sticker untuk umairah
sebab kebanyakkan barangan Upin & Ipin umairah sudah ada
Fuhhh selamat


umairah cakap nak bawak balik patung Upin & Ipin nie - banyak cantik ko umairah




tunjuk sticker baru



lepas nie penuh kaki tangan kena tampal dengan sticker nie



dengan adiknya kena tampal sticker nie


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Lunch Di Chicken Rice Shop

selepas selesau urusan di Selayang
kami terjah plak ke Shah Alam
ingat nak singgah di tapak letak kereta stadium shah alam
sebab ada buat pameran agro pertanian selangor
tu yang teringin nak singgah nak mencari ubi kayu - kalau ada
ialah agro pertanian mungkin ada la kot
dalam perjalanan umairah dah sebut busuk..busuk..
cek punya cek, tengok umar uk uk uk
tu yang singgah dahulu Giant Shah Alam untuk pergi ke toilet
alang-alang sudah masuk ke Giant
terus ajak makan sekali
makan di Chicken Rice Shop
pilih plak tempat yang betul-betul ngadap playland
senang nak pantau umairah main di situ
sambil sayang layan umairah dan umar main gelongsor
aku lepak sahaja di meja
jadi tukang mengorder makanan




aku dan sayang



dah lama tak ambil gambar berdua dengan sayang



selalu bergambar dengan anak jea

mak yang follow kami dari pagi sampai la ke petang
nasib baik la mak tak merungut
sebab mak aku nie macam aku jugak kaki berjalan hahahahhahaha

umar skang nie nak makan sendiri
kalau makan di luar sediakan la pinggan khas untuk dia yea
baru la umar akan duduk diam di kerusinya tu
umairah pun makan banyak
bila makan berdua dengan adiknya
pasti akan ada lawan makan
tapi bila makan dengan anak-anak nie
bersepah memang tak ingat la
sabar ajer la saper-saper yang akan kemas meja kami tu
nasi jatuh sampai di atas lantai


pilihan menu yang aku pilih
order yang makan untuk 3 orang terus
cuma minta tambahan nasi jea untuk umairah dan umar

agenda berjalan seharian bersambung next entry


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Berjumpa Pn.Lin Di Hospital Selayang

dapat sms dari member sekolah
tanya aku sakit ker
balas semula mana ada sakit apa-apa
terfikir juga kenapa member bertanya begitu
than baru teringat yang aku cakap gantung
tujuan aku pergi ke Hospital Selayang
ok tujuan aku pergi ke Hospital Selayang
adalah kerana perlu berjumpa dengan salah seorang pegawai di situ
untuk bertanya tentang lebih lanjut mengenai kuih muih yang aku jual
setelah aku letak gambar kuih lompang di mudah
Alhamdulillah rezeki bertambah-tambah
ada sahaja order yang masuk
dan dapat penggilan telepon dari Pn.Lin
banyak jugak yang kami bincangkan
harga..jenis kuih..penghantaran..dll
hari sabtu nie kena hantar sample kuih pada Pn.Lin
kalau ikutkan kami sudah di lantik untuk penghantaran kuih muih di Hospital Selayang
seminggu 2x penghantaran
untuk kuih lompang, apam gula hangus, apam siam dan muffin
bila mak cakap setuju aku ikut sahaja
mak cakap skang nie nak buat business mudah jea
tengok internet jea..aku dengar senyum jea pada mak

jadi bulan Dec aku akan start sibuk dengan business baru
doakan yang terbaik untuk aku yea teman-reman semua
Alhamdulillah dapat tender di sana..

Jabatan Sajian di Hospital Selayang
ramai juga pekerja di sini


Pn.Lin dan Mak

kami melawat kawasan

besar jugak tempat penyimpanan makanan nie

Pn.Lin yang ramah melayan pelbagai soalan dari mak hehehehehehe
dengan suara nyaring mak bertanya soalan
aku di sebelah senyum kambing jea
belajar cara cakap macam mak
kena banyak tuntut ilmu dengan mak aku nie
tu belum lagi tuntut ilmu minta diskaun dari peniaga hahahahahha

Ya Allah aku bersyukur dengan rezeki yang Kau limpahkan pada keluargaku..Amin


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tempahan untuk Cheesetart Pelbagai Flavour

semalam aku ambil cuti
balance cuti aku memang tinggal sehari sahaja
emmmm simpan untuk bulan December nanti eheh
balance cuti korang mesti banyak lagi kan
sayang pun masih banyak lagi tinggal 6 hari katanya
cuti aku skit jea sebab baru join syarikat nie pada bulan February yang lalu

semalam cuti memang aku ada hal
selaim terima tempahan dari pelanggan untuk cheesetart
perlu pergi ke Hospital Selayang untuk temujanji - nnti aku ceritakan



pelbagai rasa cheesetart - strawberry / Orange / blueberry

pukol 9 lebih hantar pergi dahulu ke ofis

hantar cheesetartnya ke sana

memula nak hantar ke rumah syikin tapi tak sempat

tu yang hantar ke ofis sahaja - mudah eheh

selepas tu terus gerak pergi ke Subang untuk hantar tempahan seterusnya

kami sampai di Subang Square pukol 10am
lepak depan Subang Square
sebab ofis Pn.Sharifah di situ
sampai terus call Pn.Syarifah dan cakap aku sudah sampai
dalam menungu Pn.Sharifah sampai
aku dan umairah berposing-posing di depan ofisnya hehehehehe



nie la Pn.Sharifah


sweet sangat orangnya


order 25pcs cheesetart dan 1 bijik kek karamel pelangi


InsyaAllah nanti aklau ada apa-apa fuction di ofisnya, Pn.Sharifah nak


ambil aku untuk order pelbagai jenis kuih muih



selepas penghantaran order terus berdesup pergi ke Selayang


temu janji yang penting sangat...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 28 November 2011

Umar Setahun ~ Selamat Hari Jadi Sayang Ibu

hari ini genap umar setahun usianya

selamat hari jadi sayang ibu


ibu doakan anak ibu

menjadi anak yang soleh

menjadi anak yang bijak

menjadi anak yang hormatkan orang tu

menjadi anak yang sayangkan orang sekelilingnya

menjadi anak yang mudah memahami apa yang dipelajari

sentiasa ingat pada Allah

ibu dan babah dan kakak sayang sangat pada adik



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday 27 November 2011

Bila Lelah Asyik Terjadi Setiap Bulan ~ Urut la Jawapannya

sejak hari Jumaat umar sudah kena lelah semula
rasanya baru sahaja awal bulan tu bawak umar ke Hospital
untuk ambil darah
dan skang nie kena lelah semula
mak mertua suruh kami bawak umar untuk berurut
kalau makan ubat pun masih tak elok-elok
jadi dari hari sabtu malam ahad dan ahad malam isnin
kami bawak umar berurut dengan mbah muhayah
kena bawak berurut dua kali berturut-turut
sebab ada urat di belakang umar terseimpul dan ada urat yang bengkak
perlu kena selalu urut
dua minggu nanti bila kami balik ke Sijangkang akan kami bawak umar
untuk berurut lagi
sebab memang boleh nampak perubahan pada umar setelah berurt nie
tidor malam pun jadi lena dan nafas umar pun dah kurang bunyinya
Alhamdulillah

dalam tak sihat tu
tetap bergerak aktif
penat betul la nak melayan umar nie
macam umairah aku cengilkan mata terus dia senyap jea
umar emmmm non ado

umairah duduk la berkepit belakang babahnya
sebab dia memang takut kena urut nie
tu yang duduk elok jea tu




lama jugak kami menanti giliran


sebab masa kami sampai emmang sudah ada orang datang untuk berurut


mbah nie cuma terima pesakit kanak-kanak jea


sebab usia sudah meningkat, tenaga nak urut orang dewasa sudah tiada sangat


sebab tu la hanya urut kanak-kanak sahaja

bila giliran umar memang la menangis tak ingat
tapi rasanya malam pertaman berurut menangis umar lagi la kuat
tapi malam ke dua nangis dia kurang sedikit

bila anak dalam keadaan yang selesa dan ok
kita sebagai ibu bapa rasa lega sangat


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sambil Menunggu Azan Isyak Layan gelagat Anak

biasanya bila kami di Sijangkang
ada rules yang telah ditetapkan dari sayang kecil lagi
waktu azan magrib berkumandang
wajib tv di tutup
dan semua orang ambil wuduk dan solat magrib seawal yang mungkin
dan selepas itu baca al-quran ataupun berzikir
tapi sejak ada anak kecil nie nak duduk lama di atas tikar sejadah memang tak dapat
kalau dapat berdoa selepas solat itu pun sudah syukur Alhamdulillah
jadi suasana di rumah mertua selepas azan magrib emmang sunyi dan aman
cuma akan dengar suara gelak-gelak umairah dan umar

aksi buli membuli umar pada kakaknya
ada ajer benda yang nak di buat oleh budak berdua nie
kami bila balik ke Sijangkang
memang akan tidor merempat skit
mana-mana ada ruang kosong kami akan letakkan tilam
kalau bilik kosong baru la kami akan tidor di dalam bilik
tengok nasib la

suka tengok picture nie
macam mendengar kata sangat-sangat
tapi sekejap sahaja
babahnya tengah bercerita pada anak-anaknya
bila cicik lalu semuanya mendongak ke atas hehehehehehe
memang cute

suasana rumah korang macam mana bila azan berkumandang...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 26 November 2011

Hantar Order Di Hospital Selayang

balik kerja terus balik rumah
ajak mak temankan aku pergi ke Hospital Selayang
sebab ada pelanggan order tart nenas dan nak ambil tart nenas tu di sana jea
kira ok la
sms balas sms sebab Fiza nie ada kursus jadi time aku sampai di sana dia masih lagi
dalam kursus - tak dapat nak keluar
jadi hubby dia tolong ambilkan dari aku
masa masuk ke pintu masuk Hospital aku macam dah perasan ada lelaki lambai aku
cuma aku just ignore jea sebab ingat mungkin orang tu lambai kat orang lain
bila aku call semula, hubby fiza cakap dia dah nampak aku
cuma aku jea yang tak perasan kelibat dia
jadi kena la u-turn semula
bagi tart dan ambil duit terus balik
Alhamdulillah ... Allah permudahkan rezeki aku untuk anak-anak
tart nenas 50 biji = RM24.00


malam balik Sijangkang
naik kancil jea sebab waja bagi pinjam adik ipar pakai
family aku balik ke Melaka sebab ada kenduri kahwin
cuma aku sahaja yang tak ikut sebab sudah 2 minggu kami tak balik rumah mertua
jadi nak taknak kena la jugak balik Sijangkang
n d way balik tu aku geram dengan suami
ialah sebelum keluar dari rumah aku dah cakap nak makan dulu
dia tanya nak makan di mana
aku cakap mana-mana jea la kalau malas tak payah singgah pun takper..tapi time nie aku dah angin jea..ialah seharian tak makan..jadi memang aku nak makan la.
sampai dah kat simpang masuk ke Sijangkang batu 10
aku dan naik angin
asal tak singgah mana-mana..mmg sahaj nak bg ena kebulorkan
tetiba dia plak naik angin
tadi tanya naper tak cakap nak mkn kat mana
time nie aku macam malas nak cakap apa-apa
diam jea - geram punya pasal
finally makan jea di rumah mak mertua
geram betul la orang ellaki nie
takkan la tak faham-faham hati isteri tu
nak makan mesti la nak ajak mkn
lantak la isteri tu cakap taknak ker, tapi ikut la kata memula isteri tu cakap
emmmmm sebab tu la orang lelaki nie akan cakap tak faham betul la perangai perempuan nie
kejap cakap lain..kejap cakap lain...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selepas Makan Satay Terjah Playland

selepas makan ingat nak terus balik tapi FAIL
sebab umairah sudah nampak itu playland
jadi dengan terhengeh-hengehnya terus terjah ke situ
bila dan di playland nie aku memang tak boleh nak ajak awal balik la
sebab umairah pasti akan lupa diri

kuda yang umairah naik goyang tak ingat dunia
sambil-sambil main terus lompat dari kuda
menjerit aku tengok umairah bila dia terus jea melompat turun dari kuda nie

umar pun sakan jugak
tengok kakak dia terkinja-kinja main
dia pun taknak berdukung
nak berjalan sendiri



turun gelongsor


terkekeh-kekek umar tergelak bila dapat turun gelongsor nie

meronta-ronta nak turun

mak sengih jea tengok aksi cucu-cucunya dapat bermain


hahahahahha aku pun teringin jugak nak naik jongkang jongkit nie

nasir cakap gajah naik

hampeh betul la adik aku nie


lini bersama pija


nasir bersama umar

tepat pukol 12tghmlm ajak balik

umairah dah meraung taknak balik

gila dah tengah2 mlm nak balik

dah la perjalanan jauh lagi

tengah meraung tu babahnya angkat jea masuk ke dalam kereta

dalam kereta wannya pujuk akan datang lagi esoknya

baru la stop dari menangis


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Pekena Satay Kajang Hj.Samuri

Selepas pergi ke Putrajaya
memang perut masing-masing tengah berbunyi
jadi dah dekat dengan Kajang
kami terus menuju ke Kajang untuk makan satay kajang
kalau sudah sampai di Kajang sudah pasti tempat yang akan di tuju
kompleks satay kajang hj.samuri
betul-betul di pekan Kajang
order dahulu makanan dan buat bayaran
lepas tu tunggu sahaja di meja
sebab makanan akan sampai - sekejap sahaja service dorang
tak payah nak tunggu lama-lama
aku suka lagi rasa asli satay kajang di sini sebab sedap
kalau beli di luar keaslian satay kajang tu tiada
di luar kompleks terdapat gerai jualan yang jual pelbagai jenis barang
tapi skang nie tengah hot dengan Agry Bird jadi rata-rata gerai di situ jual koleksi agry bird
sampaikan sayang pun tersangku beli belon untuk umairah dan pija
tapi nasib baik la belon tu murah
1 - RM3.00
jadi sudah pastilah RM6.00 tapi cuma bayar RM5.00 dapat diskaun RM1.00







umar langsung taknak duduk di riba

tengok kakak umairah dan kakak pija berjalan ke sana sini

dia pun sibuk jugak nak berjalan sendiri

belon angry bird - nasib baik la murah

tak payah la belek bil tu lini

nasir yang belanja

dapat bonus sudah adik aku tu

aku bila plak nak dapat bonus nie huhuhuhu




umar yang semakin la lasaknya

tak larat nak menjaganya skang nie




paling suka makan satay sudah pasti la mak


thanks nasir belanja kami makan satay malam tadi


sayang kat ko mmmuahhhh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Musim Rambutan dan Musim Banjir

skang nie di bahagian Pantai Timur rata-rata tengah mengalami banjir
bagi teman-teman blogger yang rumahnya sedang di naiki air
harungi dengan tabah yea...
berhati-hati ketika tengah harung air banjir
hati-hati dengan kabel elektrik - takut terkena renjatan elektrik
jangan mandi air banjir - takut malang tidak berbau
jangan minum air banjir - takut kena penyakit yang tidak diingini


ok di rumah aku plak pokok rambutan
tengah melebat dengan buahnya
Alhamdulillah banyak jugak buahnya
setiap petang pasti umairah akan ajak pak chunya ke belakang rumah
untuk mengambil buah rambutan
pak chunya panjat pokok dan petik buah rambutan
umairah di bawah akan kutip dan masukkan ke dalam baldi

pokok rambutan yang dari kecik aku sudah memanjatnya
sebelum pergi ke sekolah Agama pasti aku akan memanjat pokok rambutan nie
untuk bawak buahnya ke sekolah
kawan-kawan dapat menjamu bersama buah rambutan nie
skang nie anak aku plak dapat merasai kemanisan buah rambutan nie

hasil dari rembatan nasir memanjat pokok rambutan




suka sangat bila dapat mengutip buah rambutan


tapi aku tak bagi umairah makan banyak-banyak sebab takut kena batuk


emmmm rasanya nie la satu-satunya pokok buah yang ada di rumah aku nie


pokok nangka, kedondong dan pokok rambutan gading semuanya telah di tebang


untuk membuat garaj kereta dan membesarkan rumah sewa....


rumah korang pasti banyak pokok buah-buahan sekeliling rumahkan


pokok apa ada tu...cer citer :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Berjumpa Teman Blogger ~ Order Mini Choc Moist

malam tadi pergi ke Putrajaya
menghantar order dari salah seorang silent reader blog aku nie iaitu Ayu
jalan di Subang memang jam, emmmm ramai nak bercuti kot
sebab cuti lamakan minggu nie - 3 hari
hari selasa nanti aku akan bercuti lagi
sebab kena pergi ke Hospital Selayang
nanti aku akan ceritakan apabila semuanya telah selesai dan rasmi

balik kerja semalam
terus aku berperang di dapur untuk menyiapkan order dari Ayu nie
ialah takkan nak buat malamnya plak
nanti tak fresh plak bila sampai pada pelanggan
falsafah aku senang jea
aku nak makan sedap dan pasti orang lain pun nak rasa kesedapan apa yang kita rasai
jual biar dengan hati yang ikhlas dan jangan kedekut bahan...

sesat jugak mencari Apatment Ayu nie
tersalah jalan dibuatnya



thanks Ayu sebab sudi order

kata Ayu dia order sebab terliur tengok umairah makan hehehehehhe

model tak berbayar tu rupanya penyebab Ayu nak order hehehehhee


Mini Choc Moist - 50 biji - RM18.00 kalau ada topping white choc akan charge ++ RM3.00.
COD sg.buloh/shah alam/subang/damansara/saujana uatama/puncak alam..
lain-lain tempat boleh bertanya dahulu - zarena 012-2449373

jom terjah blog Ayu..klik di sini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 25 November 2011

Lunch Di Pizza Hut Bersama Mak Buyung

lunch tadi kami berlima telah menyerang Pizza Hut
ialah teringat ada promosi Pizza Hut hanya semalam dan hari nie
tu yang nak menyerang sangat tu
dan tekak syikin yang mengidam sangat nak makan pizza
dari hari Rabu lagi minah nie mengiyau nak makan pizza
tapi tak pergi sebab akukan puasa jadi tak best la pergi tanpa aku kan hehehehehe :p


kupon pizza hut yang aku print dari blog Mama Tisya
thanks sebab menyebarkan berita nie :D




dengan harga RM60.00 dapat 3 jenis pizza - regular


sepatutnya kupon nie untuk take away jea


disebabkan kami nie semua jenis muka tak malu


walaupun telah di bungkus dalam plastik


kami selumber jea makan di situ


ialah ada side order tau..drinks dan soup

aku dan syikin
di ofis nie hanya aku sahaja yang panggil syikin dengan nama syikin
orang lain panggil dia As
di ofis kami nie ada 3 orang nama syikin
jap lagi aku tunjuk muka orang yang bernama syikin jugak



syikin (HR) dan Ann (Payroll)


dua-dua nie tengah preggy


memang enjoy makan dengan dorang berdua nie


ada jea story and gossip terhangat di pasaran hehehehehhe


dan yang pasti mulut memang hot jugak :p


Ann ko naper


dah sakit nak bersalin ker - tengah urut perut baby tak sabar nak makan


kak nana pasti la join the group kan...

mak buyung tengah melantak
aku 3 keping jugak la makan
tak larat beb nak bawak perut
nasib baik la tak order soup
kalau order aku rasa sampai ofis memang aku terus landing kepala aku atas meja
ngantuk tak ingat bila dah kenyang perut nie

aku tak bawak wallet tapi boleg mengkendarah gak makan pizza hut ehhehehehe
tak la pakai dulu duit Syikin
aku taknak join dia paksa gak
jadi kena la belanja orang dulu :p


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sudah Tua Sampai Wallet Pun Tertinggal

mungkin nak masuk siri no.3 tahun nie
jadi fikiran semakin pelupa hehehehhehe
tu la minum lagi air ada semut kihkihkih
macam biasa pergi kerja seperti biasa
cuma bila aku sampai depan pintu ofis
selongkar punya selongkar tak jumpa
siap taburkan semua barang atas tangga lagi
sah confirm..pasti..aku tertinggal wallet di rumah
telefon mak dan tolong check kan
dan pasti emmang tertinggal di atas meja solek di dalam bilik
jadi tak dapat la masuk ofis pagi tadi
sebab aku simpan kunci ofis dalam wallet
jadi menanti la aku dengan sabar di tangga
msg syikin dia cakap nak dekat sampai - selamat
sebab aku memang dah tak tahan nak tempah tiket masuk toilet
syikin buka pintu jea terus meluru ke toilet
tetiba plak nak terkucil - seyes tak tahan

jadi moral of the story sebelum keluar kerja
tolong periksa dahulu isi barang dalam handbeg


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi