Monday, 14 July 2014

Mengatasi Masalah Senggugut Dengan Vitamin Shaklee

Senggugut?PMS? Anda sering menghadapinya setiap kali datang bulan? Saya percaya ramai yang menghadapi masalah senggugut ini...dan seringkali orang mengatakan masalah ini akan hilang dengan sendirinya apabila anda berkahwin atau mempunyai anak. Namun persoalannya jika anda baru berumur 17 tahun dah alami masalah senggugut berapa tahun lagi untuk tunggu kawin?atau bila dah kawin senggugut masih lagi belum hilang...adakah anda sanggup untuk menanggungnya? Memang betul setiap kesakitan yang kita alami adalah ujian dr ALLAH taala..namun ALLAH taala tidak suka hambanya yang hanya berserah tanpa buat apa2 usaha.

Punca sebenar mengapa sesetengah wanita mengalami masalah senggugut berbanding dengan yang lain tidaklah diketahui dengan jelas sebab musababnya. Namun begitu, ada juga yang mengaitkannya dengan penghasilan hormon prostalgaldin yang berlebihan sehingga menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih cepat.


Apakah Senggugut?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.

RAMAI wanita mengalami senggugut. Senggugut atau dismenorea ialah sakit semasa haid. Sakit ini disebabkan oleh otot dalam rahim yang sedang mengecut kerana adanya prostaglandin, sejenis hormon di dalam lapisan dalam rahim. Semasa haid, lapisan dalaman rahimlah yang akan gugur menjadi darah haid, dan prostaglandin ini dikeluarkan ketika itu.


Antara kesan Senggugugut :

Tekanan, mudahmarah, naik angin (mosimage), mudah penat, sakit pada sendi, belakang, tidak berminat dgn seks, sakit pada payudara, kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan rambut), sukar tidur, naik berat badan, sembelit, selera makan berubah, sukar beri tumpuan.

Berikut beberapa tips untuk atasi masalah senggugut :

1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yang bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
6. Makanlah makanan yg berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.

Oleh sebab itu, Shaklee juga mempunyai beberapa vitamin yang sesuai atau dapat membantu anda untuk megatasi masalah senggugut ini.




Set Untuk Mengatasi Masalah Senggugut dan PMS.

3 Supplement yang dicadangkan :

1. B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday, 13 July 2014

Rajinnya Anak Bujang ibu

lepas berbuka memang kami di ajar oleh mak untuk terus basug pinggan mangkuk
cuba lah tinggalkan sepinggan dalam sinki
confirm kena hehehehe
mak ena garang tau
ingat lagi masa kami kecik dulu
memang berbirat lah kalau tinggalkan pinggan dalam sinki
hanger memang selalulah kena
dulu selalu pkir mak aku nie memang tak sayang kami huhuhuhu

tapi skang nie boleh pkir apa yang mak didik kami masa kecik dulu
membuatkan apa yang jadi pada kami skang nie
pandai bawak diri dan tak menyusahkan orang lain..

skang nie terapkan pada umairah dan umar
lepas makan mesti angkat pinggan ke sinki dan basuh sekali
jangan minta orang lain basuhkan
taknak manjakan anak-anak sangat
nanti anak dah spoil kita jugak yang akan rasa susahnya nak mendidik anak tu semula

--umar basuh pinggan dan cawannya sendiri lepas makan--

kadang-kadang kita pkirkan
nanti kita jugak akan mengemas semula sinki tu
kena tambah lagi tugas
sebab bawah sinki akan berbecak
belum lagi ada cawan atau pinggan yang pecah...

bagi ena takper menyusahkan kita pada peringkat awal nie
kena banyak bersabar
sebab in future akan menyenangkan kita semula
in sya Allah

lepas magrib..
adik lelaki basuh simen di beranda
umar memang sukalah sebab boleh basuh sekali kereta bajak dia
tumpang sekaki

jom tengok gaya mamat korea yang rajin nie =)





mungkin cara didikan setiap ibu dan bapa berbeza
mungkin ada yang tak setuju cara ena mendidik anak-anak ena
cuma apa yang ena boleh perkatakan..
apa yang mak dan ayah ena didik ena masa kecil dahulu
dan ia membawa kebaikkan
ena akan terap semula kepada anak-anak ena..

nak terap sikap rajin dalam diri anak
kena melentur buluh dari rebungnya
sedari anak-anak tengah kecil nie lah kita didik mereka betul-betul

nie pendapat ena lah
ada yang setuju ker?


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 12 July 2014

Nasi Ambang Kesukaan Mr.hubby

hari nie semua kepenatan
mengemas rumah dan mengecat rumah
jadi mood nak memasak memang ke laut
tak larat sangat-sangat
habis sudah tenaga
memang kaw kaw punya mengemas rumah hari nie
tekak ingat nak air jea huhuhuhu

jadi terus decide nak beli something di luar jea
jalan-jalan punya jalan
nak masuk ke bazar memang takder maknalah
ramai sangat orang

pastu terus mr.hubby bagi cadangan
just beli nasi ambang jea
tak perlu nak beli macam-macam jenis lauk
ok jea..good idea

kalau sesaper tinggal di area kuang
yang tahu satay mahadi tu
hah situlah m.cik nie jual nasi ambangnya
memang setiap tahun kami beli dari m.cik nie
sedap dan sangatlah banyak menu dalam nasi ambangnya

--nasi ambang pilihan kami--
beli 1 nasi ambang
akan dapat percuma air
just pilih air mana yang korang nak

--nasi ambang--
emmm nampak buruk laks bila dah di buka
ada ayam..mee goreng..sambal goreng..tempe..tahu goreng..
memacam ada kan..
1 bungkus nasi ambang nie boleh makan untuk 2 orang
sebungkus RM8.50
sangat-sangat berbaloi untuk membelinya

--belikan satay sekali--
umar memang suka sangat dengan satay
10 cucuk memang si mamat korea nie jea yang makan
memang ikut wannya...

korang macam mana suka makan nasi ambang??
kenapa mr.hubby suka sangat dengan nasi ambang??
sebab mr.hubby adalah orang Jawa hehehehee


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 10 July 2014

selamat hari Jadi Mr.Hubby

rasanya tahun nie sambut birthday mr.hubby kelakar skit
ialah birthday mr.hubby jatuh di bulan ramadhan
jadi nak keluar untuk makan-makan memang tak dapatlah
nak-nak laks mr.hubby keja petang minggu nie
jadi memang tak boleh nak buat apa-apa plan untuk mr.hubby

waktu sahur kejutkan umairah dan umar
kononnya nak wish untuk mr.hubby
umar memang taknak bangunlah
umairah bangun kejap
lentok kepala atas meja

selamat hari jadi babah..kakak ngantuk nak tidor dulu
hahahahaha
tergelak ena dan mr.hubby
--umairah mengantuk--
sambil mata tertutup mulut sempat jugaklah wish birthday pada babahnya

--mr.hubby happy sebab semuanya ingat birthdaynya--
mestilah kan
awak tu kan my husbang dan ayah kepada anak-anak kita
in sya Allah selagi ena ingat dan dipanjang umur
setiap tahun akan ena dan anak-anak celebrate birthday sayang

pagi sebelum umairah dan umar ke sekolah
barulah anak-anak menyanyi birthday songs untuk babahnya
hehehehehe
super duper happy mr.hubby

--memula baca dulu kad dari anak-anak--
tergelak-gelak mr.hubby baca tulisan umairah
siap tampal sticker lagi
biasalah lah gegirl kan

--kemudian baru bagi bunga--

--umairah siap bercerita lagi--
apa yang kami buat malam tadi
babahnya yang dalam ngantuk tetap dengar story dari anak gadisnya

selamat hari jadi sayang..
semoga terus bahagia dengan keluarga kecil kita nie...
semoga kita semua bahgia hingga ke jannah
Amin


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 9 July 2014

Selamat Hari Jadi Mr.Hubby

esok adalah sambutan ulangtahun kelahiran mr.hubby
yang ke 33 tahun
memang tak plan nak bagi apa pun
sebab selalu jea bagi hadiah pada mr.hubby hehehehee
jadi bila tiba birthday dah tak tahu nak bagi apa =)

lepas magrib terus ajak anak-anak keluar beli something untuk babah dorang
singgah ke kedai secret recipe untuk beli kek mr.hubby
beli pun kek kecik jea hehehee
tapi tetap kena beli 3 slices
beli untuk mr.hubby..umairah dan umar..

kemudian singgah ke the store untuk beli fresh flower untuk mr.hubby
tak bagi hadiah kita bagi bunga jea lah 
dan paling penting ada kad ucapan
tulisan tangan anak-anak sendiri...

--umairah dan umar--


--laju jea bila ibu minta pilihkan kek untuk babahnya--
tapi pilih untuk diri sendiri sebenarnya
tak kesah pun asalkan ank-anak happy dan enjou nak celebrate birthday babahnya

--umairah dan umar tak sabar nak bagitahu pada babahnya--
memang tak boleh percaya tau budak berdua nie
nak bagi pecah lubang pada babahnya
hehehehe terus sorok handphone kehkehkeh

--we are here something for babah--
hopefully mr.hubby sukalah

--gubahan yang siap untuk mr.hubby--
panda yang tak menahan tu hahahahaha

sorok siap-siap dalam bilik adik
tak tahu nak sorok kat mana lagi
tak sabar nak menyanyi lagu untuk mr.hubby
tapi anak-anak lagi xcited nak menyanyi....


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 7 July 2014

Anak Kesayangan

lepas berbuka dan solat magrib
sembang-sembang dengan mr.hubby
sambil tu tengok telatah anak-anak

tengok umairah dan umar main susun kusyen buat rumah
teringat masa kecik-kecik dulu
meriah jea masa kecik dulu
bina rumah guna daya imaginasi

--umairah dan umar--
dua-dua mestilah anak kesayangan kami berdua
mana boleh salah lebih dari salah seorang
kasih sayang sama rata antara keduanya =)



--layan selfie dengan umairah--
macam-macam memek mukalah si kakak nie nak bergambar
telekung ena pun tak buka lagi 
nak berselfie sangat dengan umairah...

last-last tak pergi solat terawih pun
layan peel si anak-anak nie

anak anugerah dari Allah
pada yang masih belum dikurniakan anak dan masih lagi mencuba
apa kata uolls try ambil set kesuburan suami dan isteri
set kesuburan shaklee -------> klik di sini


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Perlu ker Tinted Kereta?

Tinted/Filem penapis haba adalah lapisan plastik yang berfungsi untuk menapis suhu panas, sinaran UV(ultravioleta) & IR(infrared) dari panahan matahari…Tinted ini kebanyakkannya digunakan pada cermin kenderaan, rumah & office.

Tinted terbahagi kepada 2 jenis :

1) Heat tint – untuk tapis panas matahari — nipis

2) Security/Safety tint – untuk keselamatan & tapis panas matahari — lebih tebal

Banyak kelebihan diperolehi jika memasang tinted seperti lebih selesa kerana suhu di dalam kenderaan lebih sejuk, seterusnya dapat menjimatkan petrol, menjaga kulit dari sinaran yang tidak sepatutnya, dapat menjaga dalaman/interior lebih tahan lama (contoh – warna kusyen & dashboard tidak cepat pudar & barang berasaskan platik tidak cepat lari shape/bengkok)…& bagus untuk keselamatan dari pencuri serta peragut jika memasang safety tinted yang mempunyai lebih ketebalan plastiknya.

Di Malaysia terdapat banyak nama nama besar yang memonopoli perniagaan tinted ini contohnya seperti Coolworld, 3M, Vkool, Tintmaster & macam macam nama…pening nak ingat!!…Untuk membuat pilihan yang tepat, tinted apa? yang macam mana? yang perlu dipasang sebenarnya bergantung pada berapa budget kita ;RM????

Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan membeli ialah ketebalan tinted itu sendiri kerana yang tebal lebih secure dari yang nipis kerana cermin akan susah pecah tetapi mesti mengikut ketebalan yang sesuai dengan kenderaan itu (terlalu tebal akan mengakibatkan tinted itu bercalar ketika cermin tingkap diturunkan).

Ke2, peratusan keupayaan tinted itu menapis (% heat rejection) kerana heat rejection yang tinggi adalah yang terbaik yang memainkan peranan berapa sejuk suhu di dalam kenderaan.

Ke3, % peratusan cahaya yang masuk mestilah mengikut standard JPJ iaitu cermin depan minimum 70%, sisi & belakang 50% supaya tidak disaman.

Ke4, adakah tingkap/window diinsurankan jika memasang security tinted kerana ada syarikat tinted yang menawarkan pakej ini..

Ciri ciri tinted yang tebal + mempunyai heat rejection tinggi(%) + tingkap/window diinsurankan memang harganya agak mahal, & boleh dikatakan yang mahal itu yang terbaik cuma kadang kadang brand yang terkenal harganya akan sedikit lebih mahal kerana brandnya yang popular…dengan makna yang lain ‘lebih rendah/murah tinted itu, lebih rendah laa kualiti yang kita dapat” atau dalam bahasa senang faham dipanggil CAP AYAM…hehehe

Untuk membuat tinted apa salahnya jika kita buat yang terbaik kerana tinted yang baik akan lebih tahan lama hayatnya (warranty 7-15yrs) & ada yang sampai kereta nak di trade in tintednya masih tiptop masih bagus.

Mungkin selepas ini ada sedikit klu untuk membuat pilihan tinted yang macamane yang sesuai untuk kenderaan anda…

Credit


apa kata survey
semalam tinted kereta di taman perwira sijangkang
3 kedai masuk dan tanya harga
pastu puas hati kedai yang tengah-tengah
lama jugak la menunggu untuk siap
2 jam lebih
memang berjanggut tunggu nak abisnya
yang kesian umairah dan umar lah
penat menunggu

kami ambil tinted yang sejuk 
dana warranty 3 tahun
kena charge RM680.00
mahal skit tapi puas hati

--tengah siap dipakaikan baju hehehehe--
lega bila cermin dah kena tinted
panas skang nie kan
nampak cerah jea bila dduduk dalam kereta

lepas nie boleh cari untuk seat cover laks
seram selagi tak balut seat tu
takut ada kesan susu atas seat
huhuhuhuhu sayang jea nanti

--umairah dan mr.hubby--
masing-masing dah ngantuk sebenarnya
tak larat nak menunggu
dah lah paginya tak minum esp dan performance drink
lupa nak bawak balik umah mertua nie
letih jea badan bila tak ambil
rasa sangat perbezaan ambil dengan tak ambil

--umar terus tidor--
lena jea walaupun bunyi bising disekitarnya
tak kesah la tidor kat mana asalkan dapat tidor
kesian anak ibu nie

korang tinted kereta ambil yang jenis apa?
ena tak kesah
asalkan sejuk..dalam kereta redup
dah kira ok lah....


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 5 July 2014

Bersendirian atau Berteman ke HQ Shaklee

urgent
terpaksa lah kena jugak pergi ke HQ shaklee di subang jaya
selalunya pergi ke HQ shaklee bersama dengan mr.hubby
nak pergi sorang-sorang macam tak best jea
ajak umairah taknak ikut laks
ajak umar si mamat korea nie
nasib baiklah si kecik nie nak follow ibunya ke sini
kalau tak sesorang jea lah ena ke sana
emmm tak suka lah keluar jalan sorang-sorang
rasa lain kan..macam ada jea orang perhatikan apa yang kita buat
hahahahaha mesti korang cakap
ala tu apa yang akak rasa jea..tak betul pun ;p

sampai di HQ pukul 12 lebih
ikut jalan subang jem gila jalannya
hampeh betul lah
kalau tahu baik guna hiway huhuhuhuhu
nasib baiklah umar tak bosan
layan dia bercerita jea lah

--nasib baik orang tak ramai--
no giliran selang 1 no jea
belum sempat tulis apa-apa dalam form no ena dah kena panggil
hahahahahha punyalah pantas
tulis di kaunter jea 
nasib baiklah duit memang dah kuar ngam ngam
selamat
tapi kalau nak bayar secara debit card atau kredit card boleh jea
takder masalah pun

--with my bodyguard--
umar zariff
tapi kena upah tau
upah dia nak keta mainan
tak kesah la apa-apa 
asalkan dapat habuannya


--kebetulan terjumpa laks my master --
upline ena dalam shaklee
master suzy merangkap kawan sekolah hehehehehe
pun datang memborong jugak

--nie lah hasil tangkapan ena di hq shaklee--
sempat lagi cod barang masa dalam perjalanan balik
perjalanan balik umar tidor dengan lena di sebelah
kesian anak ibu...

takper umar 
nanti nie semua akan menjadi kenangan manis
setelah kita berjaya nanti
susah-susah dahulu bersenang-senang kemudia
in sya Allah


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 3 July 2014

Ajak Rakan sekerja Berbuka di Rumah

berbuka hari nie
mr.hubby ajak kawan-kawannya datang berbuka di rumah
Alhamdulillah
rezeki yang ada baik makan bersama-sama
lebih afdal gitu kan

balik kerja mak dah siap masakkan sup ayam dan masak nasi ayamnya
tugas ena cuma tinggal goreng ayam
potong-potong sayur dan buat sambal dan kuah kicap jea
dan masak lagi sambal udang petai
perghhh mengamcam bila sebut petai kan

meriah berbuka petang nanti
biasanya tak ramai orang pun
tapi masa berbuka tadi ramai dan sangatlah meriah
rasanya macam berbuka dengan family jea...

--nasi ayam--

--kuih yang mak jual--
simpan sedikit untuk menjamu tetamu yang datang
kuih lapis
kuih seri muka
kuih talam cendol

hari lain memang mak tak simpan
sebab tiap-tiap hari tengok memang dah tak makan
simpan sedikit untuk jamu tetamu yang datang jea
kalau nak baru cakap pada mak nak rasa
nanti mak akan simpankan sedikit

--kuih cucur udang--
guna udang besar-besar tu
beli kat bazar jangan harap la kalau ada udang atas cucurnya
tepung jea lah

--sambal udang petai--
leleh tengok hahahahaha

--kawan sekerja mr.hubby--
Alhamdulillah dapat menjamu makan tetamu yang datang


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 2 July 2014

Melatih Anak Berpuasa dengan Bantuan Mealshakes Shaklee

Sebelum memulakan, ingin saya ingatkan diri saya sendiri dan ibu bapa di luar sana, yang sangat excited untuk melatih anak2x kecil kita berpuasa, supaya lebih struggle melatih anak2x mengekalkan solat lima waktu berbanding puasa ini. Sebab bagi saya, bila solatnya terjaga, mereka akan kuat secara mental untuk berpuasa.

umairah tahun nie sudah berusia 6 tahun
sedang ajar sedikit-sedikit untuk berpuasa
kami memang tak paksa umairah untuk berpuasa
waktu sahur kami bangun dan kebetulan umiarah terjaga
memang kami akan ajak untuk sahur sekali
tapi takdernya dia nak makan
jadi ena buatkan susu dan masukkan sesudu mealshakes ke dalam susunya
habis minum akan sambung semula tidornya
bangun pagi..siap-siap pergi ke sekolah pasti
pukul 12 lebih akan merengek kat wannya nak makan nasi
Alhamdulillah dapat bertahan setengah hari untuk berpuasa
jangan terus paksa anak-anak untuk terus berpuasa..kesian budak tu
lentur sedikit demi sedikit
jangan melentur secara keras..

--umairah yang tak malu still nak misum susu dalam botol susu--
minum dalam cawan memang dia taknak
emmmm bagi ena selagi dia nak minum susu
tak kesahlah dalam botol atau dalam cawan
asalkan dapat minum susu..
tu sudah cukup bagi ena..
khasiat tetap ada kan
dan di tambah dengan multivitamin dalam mealshakes
lagi bagus..minuman tambahan untuk umairah dan umar

--set persedian berpuasa untuk kanak-kanak--


Setakat seharian berpuasa, no hal lah kan…tp itu kita2 yg dewasa ni, yang memang dah biasa berpuasa…bagaimana persediaan anak2 kita yang baru nak belajar berpuasa…boleh ke bertahan? larat ke sampai ke petang? kalo boleh taknak la yang yok kan…

Untuk itu, ena cadangkan ibu-ibu..bapak-bapak…cuba bekalkan Meal Shakes untuk anak-anak semasa bersahur dan selepas berbuka…Meal Shakes ni amat sesuai diberi kepada anak-anak yang mula belajar berpuasa kerana kandungan protein dan seratnya boleh memberi rasa kenyang yang berpanjangan di samping dapat membina ketahanan badan kanak-kanak…

Cara hidangan pun agak mudah, just campur dalam minuman kegemaran anak-anak..atau boleh juga di minum begitu sahaja, mengikut kegemaran masing-masing. Meal Shakes ni adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap. Selain memberi rasa kenyang yang berpanjangan, Meal Shakes juga boleh meningkatkan tahap kesihatan anak-anak itu sendiri.

Macam mana nak dapatkan Meal Shakes ni???
Ha, meh contact ena, saya boleh bekalkan Meal Shakes ni walau di mana anda berada. COD area sg.buloh. Pembelian melalui ena akan disertakan dengan konsultansi penggunaan dan cara pemakanan. Insha Allah.


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi