Wednesday 31 July 2013

Tempahan Kuih Raya 2013

[Sticky Post]
new entry pls scroll down

salam semua

suka makan tart nenas  yang jemnya homemade
bukan jem yang beli di kedai bakery
suka tart nenas yang gebu rasanya yang gunakan 100% buttercup
yea Ena ada membuatnya
apa tunggu lagi
jom order..murah sahaja :)

--Tart Nenas--
RM25.00 ~ 50pcs

dan lagi 1 produk yang Ena buat ialah
Popia Nestum yang krup krup krup
bila makan tak sedar sudah habis sebalang

--Popia Nestum--
500grm ~ RM20.00

jadi jangan lepas peluang untuk memiliki kuih raya yang sedap dan murah ini
pasti berbaloi-baloi

Nak Order :

FB ~ zarenaheeney
Email ~ zarena.guardian@gmail.com
msg/call/wassap/wechart : 012-244 9373

apa tunggu lagi
cepat-cepat lah order :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 29 July 2013

Dumex Mama Club ~ Wisdom From the Heart

hari sabtu yang lepas 27hb
kami sekeluarga mendapat jemputan untuk hadiri Event Dumex
yang diadakan di Aloft Hotel KL Sentral
majlis bermula pukul 5pm
tapi kami sampai di sini pukul 5.30pm
sebab 2x sesat mencari Hotel Aloft nie
finally berjaya jugak sampai tanpa ada rasa putus asa untuk balik ke rumah semula hehehehhee ~ sebab sesat :p

Event nie berlangsung untuk melancarkan 
website Dumex yang terbaru
website nie untuk memudahkan kaum ibu di luar sana untuk mengekses
informasi pelbagai isu untuk kaum ibu mendapatkan pelbagai jenis info yang berguna
ilmu yang hanya di hujung jari sahaja
website yang memang sangat berguna


--pemandangan Hotel Aloft--


--di dalam dewan--


--Azizah Ariffin..Ms.Indra..Ms.Preeta--
tengah bagi talk
mengenai nutrisi yang betul kepada kaum ibu
good foods for your baby
banyak tips dan info yang berguna dapat diperolehi di sini

--Azizah Ariffin--
memang cantik tengok live
muka bersih jea :)

--aturcara pada hari tersebut--
rasa sekejap sahaja masa berlalu
ada jugak pertanyaan tapi malu nak tanya
tapi takper

bagi yang segan
korang boleh jea bertanya secara online
jadi segala pertanyaan dapat di jawab tanpa face to face :)

selepas talk shows
ada games yang kami setiap meja perlu lakukan
--perlu buat kolaj--
hehehhehehehe memula pening gak nak buat apa sebenarnya
selepas dapat penerangan dari staff yang bertugas
barulah keluar mentol di kepala :p

kami perlu tampal dan hias kolaj mengikut apa yang di tulis
kami buat jea hehehehhe
bila buat aktiviti nie
terus hubungan sesama kami yang duduk di meja tersebut nampak mesra
memula masing-masing senyum-senyum jea

--penulis dari Majalah Jelita dan penulis dari wuuhuuonline--
dorang nie memang ceria



--penulis dari majalah Nur - Pn.Azza--
ramah sangat orangnya

aku pun tahu macam mana boleh tersesat duduk di meja penulis majalah nie
aku sorang jea blogger duduk di meja tersebut
tapi tak kesah lah sebab boleh berkenalan dengan mereka yang berlainan bidang :)

--kami one group--
semuanya penulis magazine dan online
best kan

--berjumpa dengan Abang Eyriqazz--
memula tegur
"nie Abg Eyriqazz kan"aku [padahal memang dah tahu dan pastikan tapi ayat memula kenalah poyos skitkan
"nie Zarena kan"Abg Eyriqazz
hah amik ko terkedu sekejap aku di situ
wahhhh Abg Eyriqazz pun kenal aku la ~ kembang sekejap di situ kehkehkeh

terus minta mr.hubby snapkan gambar nie
geram sebab gambar tak cantik
emmmm siapa yang terkedu nie
aku atau mr.hubby huhuhuhuhu
kami sedondon hari tu ~ puprple colour
senyum sahaja pada wife Abg Eyriqazz
nampak jugak Alisya dan Azim


acara habis pukul 7pm
jumpa semula dengan mr.hubby
dan mula mengambil makanan untuk berbuka
ok jugak foods yang disediakan
memang banyak dan pelbagai pilihan
cuma aku tak dapat nak makan sangat
sebab mengawal umairah dan umar
takut dorang pergi ke lift dan escalator jea ~ bahaya kan

--budak berdua nie makan dahulu sebelum azan berkumandang--
jadi bila kami nak makan dahulu budak berdua nie sudah kenyang
tu yang tak senang duduk budak berdua nie


--mr.hubby banyak meratah lauk dari makan nasi--
aku hanya sempat makan seketul ayam dan ratah daging masak black pepper
menjamah sedikit kuih muih

--sementara tetamu menjamu selera--
di atas pentas chef membuat resepi smoothie milkshakes
perlbagai jenis buah-buahan dicampurkan

--nie milkshakes perasa strawberry--
sedap lemak berkrim :)

--bergambar di hadapan kolaj yang setiap peserta lakukan--
besar kan...

selepas sesi bergambar sebelum balik
umairah ajak bergambar di photo booth

--sambil Q sambil bergambar--
panjang jugak Q nya

--umairah dengan koleksi di photo booth--
comey tak saya !!

--kami sekeluarga--
suka dengan gambar nie
cuma mr.hubby pandang ke tempat lain laks :p



--parking kereta yang perlu kami bayar--
mr.hubby lupa ambil tiket untuk flat rate punya parking kereta
fuhhhhh RM16.00 tu kena charge :)

--sebelum balik bergambar sebentar pada singnature di Hotel Aloft--
umar time nie sudah mula cranky
dah tak boleh nak kawal lagi
sudah mula meragam

--dapat soft toy dari Dumex--
umairah suka sangat sebab sangat lembut
dan yang penting sebab umairah suka rabbit

--masuk dalam kereta terus rebahkan diri--
mengantuk dan kepenatan
cian anak ibu


--dapat goodies beg dari Dumex--
suka sangat
dapat susu untuk ibu mengandung
sampel susu untuk kids
beg merah ~ cantik sangat
bekas ubat 
pen dari Hotel Aloft

so far bagi aku event nie sangat enjoy
dan banyak memberikan manfaat kepada peserta yang datang termasuk pada diri aku

untuk korang mendapatkan ilmu parenting
boleh la klik di website nie





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selamat Pagi Semua

salam dan selamat pagi semua
wah masing-masing macam ngantuk jea tu :)
emmmm sama jea la macam aku nie

rasanya sejak berpuasa nie
punch carad aku menjang jea merah huhuhuhuhu
tu la lepas solat subuh tidor semula
terus terbabas bangun tidor
pukul 8.30am baru terjaga
emmmmm memang terbabas la nak masuk opis on time kan :)


apa cerita hujung minggu korang
aku...macam-macam ada
hehehehehhee
tapi kena buat kerja dulu
nanti aku up story erk...
nak BW kejap

--korang-korang semuanya cantik-cantik dan kacak-kacak belaka--



--aku ketika berusia 3 tahun--
masih lagi berbotol
mak cakap aku berbotol sehingga tadika :)
rambut kerinting 
umairah masa umur 2 tahun ke abwah rambutnya pun kerinting ikal
tapi lepas potong terus jadi lurus...

ada iras umairah tak...




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 27 July 2013

Resepi Ayam Buttermilk yang Mudah dan Sedap

rajin laks nak kongsi resepi
Idayu menanya resepi Ayam Buttermilk di FB
jadi dah alang-alang terus jea la kongsi resepi nie di blog :)
harap memberi idea untuk korang memasak untuk menu berbuka petang nie

menu nie mr.hubby yang carikan
sudah salin resepi dari Amy [Mama Tisya]
tapi tertinggal di ofis ~ my bad
tu yang minta mr.hubby carikan resepi
terus mms resepinya kepada aku hahahahahhaha
aku yang masak
mr.hubby tolong carikan resepi :)
pandai la tu

ok jom buat Ayam Buttermilk yang sangatlah mudah untuk di masak


Bahan-bahannya :
  1. ayam yang telah di potong kecil-kecil [perap sekejap dengan kari]
  2. 3 sudu besar butter [ikut kesesuaian pada ayam banyak ataupun sedikit]
  3. 2 sudu besar tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung jagung
  5. 1/2 tin susu cair
  6. 3 bijik bawang kecil - hiris
  7. 3 bijik bawang putih - hiris
  8. cili api - di potong [kalau nak pedas letak banyak kalau taknak pedas tak payah letak]
  9. beberapa tangkai daun kari [lebih kurang 3 batang tangkai daun kari]

Cara nak memasaknya :
  1. gaulkan tepung jagung dan tepung jagung ke dalam ayam yang telah di perap dengan kari
  2. goreng ayam sehingga masak [guna minyak biasa sahaja]
  3. panaskan kuali, masukkan butter.
  4. butter telah cair, masukkan hirisan bawang, cili api, daun kari.
  5. setelah bawang sudah garing sedikit, masukkan susu cair. 
  6. setelah susu cair mendidih, masukkan ayam, masak sehingga memekat.
  7. siap untuk di hidang..sedap di makan masa panas-panas.



--Ayam Buttermilk--
ada kuahnya tapi di dasar mangkuk
anak-anak suka makan sebab ada rasa susukan
memang sedap
nak masak pun senang sangat

kalau ada yang tak suka ayam
korang boleh ubah dengan menggunakan udang...

selamat mencuba korang :)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Cuti yang Biasa-biasa jea

hari nie kerja
bosannya

--macam nie lah agaknya muka aku skang nie--
so bored
cuma budak nie lagi cute lah hehehehehhe

semalam cuti ~ selangor
korang mesti shopping rayakan
borak-borak dengan GBS di wassap
KL padat dengan manusia
bersesak-sesak
emmmm tu yang aku taknak shopping waktu cuti
sebab akan bersesak dengan orang
nak beli barang pun tak selesa
nak pilih baju pun susah
paling tak suka time nak membayar
Q mesti panjang gila

harap plan nak shopping hari selasa nie
akan berjalan dengan lancar :)
tak sabarnya :p

semalam aku dan anak-anak duduk di rumah jea
takder aktiviti langsung
mengadap tv jea
mr.hubby kerja huhuhuhuhu
hari nie tak sabar nak pergi ke Event Dumex MamaClub
mencari info untuk menjadi seorang ibu yang lebih sempurna
akan ajak sekali adik untuk ke event nie :)
emmmm adalah geng nanti

plan asal hari ahad nie nak berbuka dengan teman-teman ex-appco [teman sekerja]
tapi last minute terpaksa cancel jugak
alasan biasalah mr.hubby kena kerja huhuhuhuhu
sorry geng tak dapat nak jumpa korang
rindu sangat masa kita bekerja dulu
kling..kling..kling..bunyi bell bila balik dapat sales :)


--iklan nuffnang di blog aku untuk bulan July nie--
banyak jugak
ada 3 iklan menari-nari di blog kesayangan aku nie
Alhamdulillah
sila-sila la klik yea
dan jangan lupa klik iklan churp churp sekali :)



--menu berbuka puasa hari ke 16 [khamis]--
Ayam buttermilk
kari kepala ikan
sayur kacang goreng bersantan

tengok Amy {mama tisya] masak ayam buttermilk
terus teringin nak buat
tapi buat skit jea
sebab rumah aku nie menu yang pelik-pelik tak makan sangat
dah siap ok la sedap jugak
mr.hubby cakap sedap..ok la tu eheh
anak-anak makan pun bertambah
mungkin guna susu cair kena dengan tekak anak-anak kot
cuma mak aku tak suka mungkin sebab tekak orang tua-tuan nie lain kan

menu berbuka puasa hari ke 18 [Jumaat]
sangatlah sempoi
asam pedas ikan cencaru
ayam masak merah bersantan - letak santan supaya tak pedas untuk anak-anak makan
sayur kacang goreng
memang simple jea kan aku masak

hari nie akan berbuka di luar
kesian laks pada mak berbuka dengan nasir jea
ajak pergi sekali mak taknak laks

pada mereka yang berkerja
selamat bekerja
pada yang nak bershopping
selamat bershopping raya
pada yang sudah sibuk membuat kuih raya
selamat membaking

apa-apa pun semoga selamat apa yang korang lakukan hari nie..
selamat berhujung minggu :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 26 July 2013

Nuzul al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

selamat bercuti :)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 25 July 2013

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak

hari nie takder mood untuk buat kerja
setengah hari mengadap internet
mencari info untuk menjadi seorang ibu yang lebih penyayang kepada anak-anak
mencari himpunan doa untuk dibacakan kepada anak-anak
banyak tips yang diperolehi
Alhamdulillah terima kasih kepada mereka yang sudi 
memberi cadangan dan idea untuk menghadapi anak-anak yang nakal nie
terharu sebab memahami apa yang aku alami

@tersedar kenapa malam tadi teremosi - tengah datang period sebab tulah emosi melebih-lebih

banyak ilmu yang ada
cuma kena pandai menggali untuk mencarinya
mendidik anak bukan boleh diajari dalam masa sehari
tapi mengambil masa yang lama untuk mendidik anak sehingga menjadi permata hati
harap selepas ini aku akan lebih memberikan perhatian kepada anak-anak

suka dengan bacaan satu blog nie..
aku kongsikan bersama di sini


Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.

Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan,

mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.


baguskan info nie..
harap aku akan lebih bersabar mendidik anak-anak

"Allahu latif bi ibadihi, yarzuqu mai yasha, wa hua qawiyul a'ziz"
maksudnya : Allah masa lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia lah pemberi rezeki kepada sesiapa dikehendakiNya dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa

baca 19x setiap malam dan hembuskan di ubun anak-anak.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Rasa Bersalah

tiba-tiba rasa macam nak luahkan perasaan huhuhuhu
nak tanya pendapat korang yang sudah menjadi seorang ibu
yang ada anak lebih dari seorang
yang anaknya sangat-sangatlah hyper aktif
yang anak-anaknya sangatlah tak mendengar kata
yang anak-anaknya sangatlah nakal

--umairah dan umar--
5 tahun dan 3 tahun
usia yang tengah menakal
yang banyak idea
yang tengah banyak imaginasinya

malam tadi aku sangatlah marah dengan budak berdua nie
mungkin diri terasa penat membuatkan perasaan aku cepat meradang
sudah pukul 12tgh malam tapi still taknak tidor lagi
masih lagi terkekek-kekek ketawa
masih lagi berbasikal dalam rumah

dengan perasaan marah menjerit pada budak berdua nie
minta masuk dalam bilik
sekejap jea baring dengan senyap
pastu macam-macam yang dibuat dalam bilik
siap buat istana dengan susun-susun bantal
pastu main pukul bada dengan bantal
aku tegur dengan suara perlahan
tak makan saman jugak..buat derkkkk jea
bila aku tinggikan suara senyap sekejap
baring semula..pastu lepas 5 minute..buat hal semula

umairah cakap nak pergi toilet
aku cakap lepas pergi toilet masuk bilik semula
ok dia cakap
lepas 10 minute tak masuk-masuk bilik lagi
si adik dah keluar bilik follow kakak dia
tak lama tu aku dengar ayah aku macam marah-marah pada budak berdua tu
bila aku keluar
baru tahu umairah letak air dalam mangkuk dan letak nasi dan ikan kat bby kucing
bila pergi ke dapur tengok banyak telor yang umar pecahkan
aku rasa nak dekat 5 bijik telor ada atas lantai
sambil marah-marah tu
aku mengemas dan mop lantai
bayangkan masa tu dahlah penat
nak dekat pukul 1am..aku masih lagi mengemop lantai
siap kemas semuanya

aku masuk dalam bilik baju
rebahkan diri di situ
sebab aku tahu kalau aku ada depan anak-anak
pasti akan kena hanger budak berdua
kalau jadi macam tu
memang aku puas dapat pukul budak berdua tu tapi anak-anak yang rasa sakit
jadi untuk elakkan jadi macam tu aku kurung diri dalam bilik lain
istifar banyak kali bagi tenangkan diri ~ rasanya ada kot 10 minute aku diamkan diri dalam bilik baju
umairah dan umar ketuk-ketuk pintu nak masuk
tapi aku diamkan diri jea
sampai aku dah cool..baru aku keluar bilik dan masuk dalam bilik tidor

1.45am baru budak berdua nie tidor
selepas berperang mulut baru dorang tidor
terasa sangat-sangat penat melayan anak-anak nie

korang melayan anak-anak macam mana
ada tak sama macam apa yang aku rasa skang nie
penat sesangat..sampai takder ruang untuk diri sendiri
umairah dan umar sangatlah hyper aktif
macam mana yea nak control anak yang sebegini

cuma pagi nie rasa bersalah sebab 
diri penat malam tadi
sebab tu aku rasa apa yang anak-anak buat semuanya nampak salah
macam mana yea korang sabarkan diri melayan kerenah anak-anak ketika diri korang rasa penat
dengan kerja seharian di ofis..

ada nasihat yang berguna untuk kongsi bersama
ibu yang rungsing...

--menu berbuka hari ke 15 berpuasa--
sambal telor hancur ~ aku makan dengan roti
ikan masak lemak
sup telor cendawan ~ umairah suka makan cendawan

hati yang tengah runsing memikirkan anak-anak



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 24 July 2013

Baby Boy Prince William and Kate Middleton

tahniah diucapkan kepada Price William dan Kate Middleton
yang selamat melahirkan baby boy pada hari isnin yang lalu - 22.07.2013

Dunia dapat melihat anak diraja Putera William dan Duchess of Cambridge buat kali pertama semalam. Mengekalkan tradisi keluarga diraja United Kingdom, pasangan diraja itu keluar dari Lindo Wing di Hospital St. Mary dan disambut dengan sorakan oleh orang ramai yang sudah berkumpul sejal awal pagi lagi. 

Kate Middleton mendukung bayi itu di dalam dakapan bersama suaminya kala keluar dari pintu hospital tersebut. Kate memakai dress rona biru awan dengan dot polka putih rekaan Jenny Packham dan Putera Williams kelihatan santai dalam kemeja rona sama.

Nama pewaris ketiga takhta masih belum diumumkan sehingga hari ini.

jom lihat gambar baby Price William
comey sangat..








--Princess Diana with Prince Charles--
tengok baju Diana nie sama laks dengan baju Kate
sekadar kebetulan...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

New Baby in D'House

siapa suka meow
dalam family aku semuanya suka kucing
cuma mak jea yang tak berapa nak gemar dengan kucing
jadi di rumah memang takder bela kucing pun
tapi tu lah orang selalu buang kucing depan rumah kami nie
pastu ayah la yang kena buang balik kucing tu
selalunya ayah akan buang kucing tu di area kedai makan dan pasar borong
sebab ada tempat kemudahan untuk mencari makanan

hari ahad yang lepas
kami memang perasan ada ibu meow tengah sarat mengandung
asyik masuk dalam rumah jea
dalam hati mesti nak cari tempat beranak la tu
tapi kami shhhhhhhh jea la bagi keluar semula dari rumah [tak sampai hati nak type word halau]
ingat meow tu tak masuk rumah dah

tapi mana tahu masa hari Isnin yang lepas
masa nak berbuka terdengar suara baby meow
tercari-cari jugak
rupanya ibu meow tu beranak dalam laci yang aku simpan stoking mr.hubby
hehehehehhehe selamat sudah aku buang stocking tu dalam tong sampah
masa tengok tu ibu meow memang tengah beranakkan anak dia
nampak ada 3 ekor baby kucing
berdarah-darah lagi tu..ingatkan hanya 3 ekor jea

cuma malam tadi tengok semula
rupa-rupanya ada 5 ekor baby kucing rupanya
nampak sudah bersih bulu baby kucing
comey-comey laks tu

 --duduk berhimpit-himpit untuk memansakan badan--


 --closed up skit--
yang warna orange tu memang comey kan
geram jea aku tengok
tak pegang pun lagi baby kucing nie
harap selamat la baby kucing nie

umairah dan umar asyik tengok jea
nasib baiklah tak tergerak hati lagi nak memegang baby kucing nie lagi
gebu dan montok jea :)


--asam pedas daging--
menu berbuka semalam
mak yang masak
perghhhhh memang sedap la
terbaik dari Melaka hehehehehhee

hari nie tak tahu nak berbuka apa laks
cuma tekak teringin sangat nak makan kuih badak berendam

korang berbuka hari nie nak masak apa
pening kan kepala memikirkan menu berbuka setiap petang...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Biskut Cracker Cheesecake Nestum Tanpa Bakar

resepi di pagi hari hehehehhe
sajer jea kan nak bagi korang terliur hehehehehhe
takder korang
tak tahu nak up entry apa pagi-pagi nie
jadi terus teringat tentang draft entry yang terperap nie
jadi jom sama-sama kita belek-belek resepi yang aku sediakan nie
sangatlah mudah untuk buat
seyes tau tak payah nak bakar punya
resepi nie sama jea macam resepi 
cuma aku tukarkan oreo kepada biskut creaker jea


Bahan-bahan untuk buat cream cheese :
  1. 250g cream cheese [aku guna philadelphia]
  2. 200g whipping cream
  3. 1 cawan susu full cream [kalau takder susu boleh guna yogurt asli]
  4. 1/2 cawan gula kastor [kalau takder korang blend jea gula pasir biasa tu]
  5. 1 sudu besar esen vanilla [aku guna 1 penutup esen vanilla jea]
  6. 2 sudu gelatin
  7. sedikit air panas
  8. Nestum
Cara untuk membuatnya :
  1. dalam mixer bowl, masukkan cream cheese dan gula - pukul sehingga kembang
  2. masukkan whipping cream - pukul sehingga kembang
  3. masukkan susu segar - pukul sehingga kembang 
  4. masukkan sedikit esen vanilla [aku guna penutup esen vanilla sebakat penyukat]
  5. di dalam bekas yang lain masukkan gelatin dan sedikit air panas. kacau sehingga sebati dan gelatinnya larut. masukkan larutan gelatin ke dalam adunan dan kacau dengan perlahan-lahan.
  6. siap untuk digunakan.


Cara untuk buat base :

  1. rendam biskut cracker ke dalam susu [jangan bagi kembang sangat biskutnya]
  2. susun biskut cracker ke dalam bekas [ikut korang la nak susun dalam bekas plastik ataupun loyang]
  3. taburkan sedikit nestum di atas biskut cracker yang telah di rendam tadi
  4. letak adunan cream cheese di atas nestum
  5. buat beberapa lapisan
  6. last lapisan tabur sedikit nestum sebagai hiasan
  7. simpan dahulu di dalam fridge selama 4 jam.


--siap sudah Biskut Creaker Nestum Tanpa Bakar untuk di makan--
sedap di makan waktu sejuk

memang layan makan sambil ngadap tv
selamat mencuba yea :)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 23 July 2013

Apply Cuti Raya

wahhhhhh kemain betul
baru 14 hari berpuasa
sudah apply cuti raya 
semangat nak bercuti raya sakan nampaknya hehehehehhe
takder lah nak beraya sakan
kemeriahan raya nie lebih kepada anak-anak sebenarnya
untuk diri sendiri dan mr.hubby dapat baju raya sehelai pun sudah memadai
yang lebih penting adalah untuk anak tersayang

raya tahun nie ambil cuti sehari jea
ambil cuti sehari sebelum raya
memang kena ambil sehari sebelumnya
sebab banyak kerja yang perlu diuruskan
nak mengemas rumah..memasaknya lagi..memang banyak kerja yang perlu dilakukan
nak nak kami nak berbuka di Sijangkang petang tu
jadi lagilah kena super duper buat kerja di rumah ~ fuh memang kena menyingsing lengan

hari Isnin sudah kembali bekerja
memang tak ambil cuti raya sangat pun
mr.hubby raya ke dua sudah kerja semula
emmmm raya tahun nie memang duduk di rumah sahaja la nampak gayanya
sebab tu la tak payah beli baju raya banyak-banyak pun :(
sebab dah tahu memang duduk di rumah jea

--borang cuti yang telah di isi--
baki cuti tinggal 5 hari sahaja
kena simpan nie hujung tahun nak berjalan cuti-cuti malaysia

bulan july nie memang aku ambil cuti memanjang jea
cuti + mc = sebab sakit selalu
isnin minggu depan, dah apply cuti jugak
tujuannya nak shopping raya
tengok blog orang lain semua dan shopping raya
aku jea yang tak buat apa-apa persiapan lagi
nak pergi hari sabtu dan ahad, mr.hubby kerja laks
tu yang terpaksa ambil cuti semata-mata nak shopping raya :)

korang macam mana dah mula buat persiapan raya?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi