Saturday 24 January 2015

Teman Ibu Bekerja

hari nie hari sabtu
yeaaa umairah..
hari nie hari sabtu..
tapi tak boleh rilex
kena pergi tuition....

patutnya umar pun kena tuition
tapi pagi-pagi lagi dah bad mood

"ibu bila adik nak rehat, asyik pergi school jea"umar
"adik nak jadi pandai kenalah pergi school..adikkan nak jadi askar.."ena
"adik nak tidor, adik penatlah ibu"umar
"ok hari nie adik rehat yea, nanti kena pergi school tau"ena
"ok ibu"umar

adi hari nie hanya umar sorang yang pergi class tuition
umar tak pergi....

dan lagi hari nie ena kerja
jadi hantar umairah ke pusat tuitionnya
pastu baru ena masuk opis
pukul 11am ena keluar sekejap
ambil umairah dan masuk opis semula
pukul 1pm baru balik

patutnya lepas kerja
ada janji dengan m.cik shumie
nak lepaking di Ikea
tapi last minute m.cik shumie kena attend wedding
jadi perjumpaan hari nie cancel
ok takper...kita plan next date yea =)

esok dan isnin mr.hubby cuti
emmmm nak ke mana yea ;)


--sempat lagi kami selfie--
umairah yang snap gambar
hehehehehe muka ibu tak nampak

--ok 2nd snap baru nampak muka ibu--
muka kami sama tak =)

--kesian anak ibu lapar--
nasib baik ada lebihan roti sarang lebah yang ena simpan dalam fridge
jadi panaskan sekejap dalam microwave 
terus rotinya jadi lembut

--dapatlah umairah makan roti skit--
jadilah alas perut sementara tunggu ibu abis kerja pukul 1pm nanti

nanti kita ajak wan pergi Jusco yea
cian adik tinggal di rumah mesti rasa bosan nanti
malam nnti kita tengok wayang yea....

selamat berhujung minggu sahabat semua =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 23 January 2015

Laksa Terbaik Mai dari Kedah

makan lunch hari nie
pilihan gerai tepi jalan jea
tapi rasa memang terbaik

sangat-sangat sedap
saper2 duduk area matang pagar sg.buloh
boleh singgah gerai akak siti nie
betul-betul depan masjid

kali nie ena makan laksa telor sebijik 
dengan air kelapa segar
dengan kuah-kuah ena hirup hehehehehe
sedap sangat

akak siti nie jual laksa dan bee hun sup jea
tapi dua2nya sedap
memang akak siti nie asal orang kedah
tu yang memang sedap makanan yang dijual

--laksa dan air kelapa--
pilihan ena untuk lunch hari nie

---perghhhh terliur tak tengok--
hehehehehehe

salam Jumaat sahabat semua =)
yang lelaki jangan ponteng solat jumaat yea
banyakkan selawat yea




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 9 January 2015

Mini Store Vitamin Shaklee Sg.Buloh

Alhamdulillah
hari nie stock shaklee yang ena order online semalam
telah selamat sampai petang tadi di rumah
suka bila dapat susun cantik-cantik pada rak 
wpun skit jea tapi takper
tetap happy

mudah untuk pelanggan ena order dari ena
secara cod ataupun secara postage
mana-mana pun ok jea

--vitamin shaklee di rak kayu--
suka susun-susun
nampak kemas jea
hahahahaha puji diri sendiri nampak =)

hai semua
saya ena...
nak miliki kulit secerah dan segebus ena
sila-silalah contact ena yea

ena akan cuba berikan konsultasi yang terbaik untuk semua 
pelanggan tersayang ena =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 8 January 2015

Lunch tak Cukup Geng

hari nie lunch berdua jea
m.cik Eikin cuti hari nie
jadi lunch dengan m.cik fiza jea

tak tahu nak makan apa
jadi ikut driver jea
driver pun saper jea
ena lah jugak

macam malas nak makan nasi
jom makan fast food
apa lagi kalau bukan kfc
menu sempoi
cepat dan pantas

--ena dan fiza--
mak buyung nie sarat sangat dah nie..
due hujung bulan dua nanti
tak sabar nak tengok baby fiza dan faizul nie...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 7 January 2015

Flower Crown Comel dan Murah

macam suka jea nak pakai flower crown
hehehehe
tak padan dah jadi mak budak
nak jugak menggediks tuuuuu

tadi merayap sekejap ke kedai jual lace
ternampak kedai nie ada jual flower crown
bila tanya harga
harga dia RM8.00
mak aiiii murahnya

kalau skodeng ddekat di instagram
rata-rata harga dalam rm10.00 ke atas
nie kira ok la nie harganya
cantik sangat

--sempat lah snap gambar flower crown yang jual kat kedai nie--
suka warna peach nie
cantik kan...

kalau saper-saper duduk area sg.buloh
kedai nie belakang The Store sg.buloh
sederet kedai TMnet

saper tak suka diri nampak comel
betul tak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 6 January 2015

Naik Kuda

bila di rumah
memang kacau bilau dibuatnya
bila budak bertiga nie bergabung tenaga hehehehehe
memang havoc jadinya

nak marah
emmmm buat sakit tekak jea
biarkan jea lah budak bertiga nie main
happy jea bila jadi kanak-kanak kan
takder masalah nak kena pkir =)

jom layan 
umairah..umar..sofea naik kuda
yang jadi kuda sudah semestinyalah umairah
hahahahaha kakak paling sulung kan
kenalah layan adik-adik



--gambar yang ketiga yang tak menahan--
hahahahaha tak pasal-pasal umairah kena ketuk dengan remote tv
hehehehee

comei jea dorang nie
anak-anak syurga ibu dan babah



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 5 January 2015

Cara Nak Hilangkan Tungau di Bird

dulu masa ena kecik
selalu tengok adik lelaki kena tungau
sobri dan nasir...memang selalu jea kena tungau
tungau nie warnanya oren dan suka sangatlah hinggap kat bird budak lelaki
kalau main di semak atau lalang
confirm malamnya akan mula rasa gatal-gatal
dan biard akan membengkak dengan besarnya
memang akan nampak tak selesa punyalah

tapi dari dulu memang mak ena sapukan minyak masak pada bird
jadi bila umar kena tungau
minyak masak jugaklah ena lumurkan jugak pada bird umar

lepas sapu minyak tu
memang akan nampak merah sangat pada bird anak
bahagian yang merah tu
kalau mata ok..boleh try buang tungau tu dengan benda tajam
selalunya orang dulu-dulu guna duri pokok bunga kertas
atau kelopak beras yang arna kuning tu
sebab bila kita dekatkan dengan tungau tu
memang secara automatik tungau tu akan melekat pada benda tersebut

umar kena tungau
kesian anak ibu
ada 3 tungau melekap pada bird umar
tidor malam memang tak selesa
asyik menangis jea
kalau korang dapat buang tungau tu
memang sehari boleh baik
kalau tungau tak dapat buang
memang boleh makan 3 hari jugak nak hilang
teruskan jea lumur bird dengan minyak masak...

time malam ena sapukan herbal blend shaklee pada bird umar
jadi bila dia tidor
nampak dia lega skit..sebab rasa berangin skit kan...
kesian anak ibu...
nak tahu info pasal cream herbal blend ====> klik di sini




--umar yang meregek sebab tak selesa--
gatal pada birdnya...

--sofea kacau abag umar yang tengah tak sihat--
hehehehehe
memang kuat sakat si kecik nie...

jadi pada yang anak-anak kena tungau tu
eloklah buat secara tradisional
sebab pergi klinik pun 
memang takder ubat lagi untuk ubati sakit tungau
silap haribulan..doc suruh sunat jea nanti =)

ok nie ena copy dr blog :http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

Baru-baru ini aku ada dengar cerita dari kawan-kawan, cara yang mereka gunakan untuk mengatasi masalah tungau. Salah satu cara yang mereka gunakan yang menarik minat aku ialah menggunakan Vicks Vaporub.

Setelah aku cuba kepada anak aku sendiri, Vicks Vaporub ini memang berkesan, setelah disapu dengan Vicks, rasa gatalnya mula berkurang dan dalam masa dua hari bengkaknya telah menyusut kepada keadaan asal.

Tidak seperti minyak gas, Vicks ada dijual di mana-mana. Vicks juga lebih selamat berbanding minyak gas. Mungkin anda juga boleh mencubanya jika anda ada masalah tungau seperti yang aku hadapi ini.




semoga info yang sedikit nie dapat membantu sahabat di luar sana...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday 4 January 2015

Daftar Umar Ke Tadika Pasti

walaupun hari nie hari ahad
tapi sekolah pasti ambil peluang dengan membuka ruang untuk parents
membuat bayaran yuran sekolah

umar tahun nie 5 tahun
jadi masuk kelas 5 tahun
yuran yang perlu di bayar bersama dengan baju sekolah
total semuanya RM476.00
fuhhhhhh yurang jea rm1k untuk umairah dan umar
huhuhuhuhuhu
tapi nielah tanggungjawab sebagai mak bapakkan

umar masuk sesi ke dua
kelas pagi sudah penuh
jadi perlu masuk ke sesi ke dua
masuk pukul 11.30am
balik pukul 2.45pm

emmmmm macam malah umar masuk sekolah nanti
--suka umairah sebab dapat jumpa semula dengan cikgu sekolah pastinya--


--umar masih rasa takut-takut lagi--
ialah selalu hantar ke nursery jea kan
anak manja nie


--peace yooo dari umar--
tinggal seminggu jea lagi akan bersekolah
boleh rehat lagi seminggu yea =)

semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah
amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 3 January 2015

Bila Bonus Sudah Masuk..apa perlu buat??

Alhamdulillah
mood happy hari nie
bonus sudah masuk
berapa tak perlu dipersoalkan
skit atau banyak
tetap bersyukur

dan best sebab hari nie mr.hubby cuti
terus ajak lunch makan di luar
dah lama tak makan kenny rogers
ajak makan di sana
sebab nak beli kain di Nagoya
kami decide pergi ke shah alam

merayau dalam nagoya
dah jumpa kain yang kami cari
tapi tak cukup kain laks
huhuhuhu sedihnya la

ok takper isi perut dulu kenyang-kenyan
nanti kita cari semula kain yang nak tu
di bahagian bawah ada jual alatan sekolah
ingat nak cari baju sekolah untuk umairah sepasang
tapai mahainya harga
takper nanti kita cari di sg.buloh jea
murah jea pun..kain pun cantik jea

--menu pilihan umairah--
mesti kena ada soup
kongsi dengan umar

--pilihan untuk mr.hubby--
dia mesti kena ada nasi
tekak jawa la katakan =)

--menu pilihan ena--
mestilah kena ada macaroni cheese

--banana split--
anak-anak mesti nak ice cream jugak

--umairah yang banyak makannya--
kami dah kenyang sangat
Alhamdulillah

--umar biasalah--
makan kenyang
pastu sibuk dengan mainannya yang baru tu
tak abis-abis beli mainan
kumpul duit beli mainan
agaknya beloh bayar deposit untuk beli rumah kot ;)

--ena dan suami--


kenyang sudah
ajak mr.hubby ke section 7
terjah ke Jakel
biasanya ke JAKEL susah nak cari parking
nasib baik time kami datang nie
sekali pusing dah dapar parking
fuhhhh lega

orang memang ramai
tapi takper sebab ramai jea pembantu kat jakel boleh membantu
kami minta dulu warna green emerald pada jurujual
cepat jea jurujual tu mencari
lega sebab warna ada dan size pun ngam dengan mr.hubby

misi ke dua
mencari kain yang sama warnanya dengan baju melayu mr.hubby
jenuh jugak mencari
memang nasib sangat baik hari nie
nasib baik ada..
ada lariks skit la warnanya
tapi tengok dari 1 langkah dari kita
nampak matching
kalau tengok betul-betul
ada beza skit
takperlah kan
saper nak telek kain kami kan
kalau ada kita tembak jea ;p

--cantik tak warna hijau nie--
memang berkenan betullah

mesti korang tertanya-tanyakan
naper nak beli baju melayu dan kain nie
hehehhee
jawapan dia..
17hb adik ipar akan kawin
tema warna 
green emerald
pink belacan

tadi lepas isyak
terus hantar kain untuk di tempah
ena tempah buat jubah jea
gabung dengan sequin
nanti dah siap ena tunjuk yea
tak sabar nak tunggu hasilnya macam mana =)
tungguuuuuuu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 2 January 2015

Bayar Yuran Sekolah Agama 2015

hari nie masuk ofis lambat skit
selesaikan segala urusan anak-anak
hari nie bayar yuran sekolah rendah agama an-nur seri kundang
umairah masuk kelas 1Amanah
selesai bayar untuk semua bil dan bayar yuran bulanan terus
senang tak pening kepala nanti nak bayar bulan2 =)
semua bil nak dekat rm300 jugak lah
fuhhhh nie anak sorang jea
kalau anak lebih dari sorang
macam mana lah nak cekau duit kan 
kena berjimat setiap bulanlah nampak gayanya

--umairah depan pintu pagar sekolah agama--


--jadual waktu umairah--


selesai urusan di sekolah kami gerak ke sekolah kebangsaan pulak
nak beli buku tulis
hehehhee semuanya last minute buat kerja
risau jugak kalau buku dah abis
sebab kami beli lambat kan

sampai jea takder orang pun
senang skit nak membeli belah
abis beli semuanya di sini tak sampai rm50.00
ok la tu
lega

--umar dan umairah--
bergambar depan sekolah kebangsaan
sek yang bakal umairah akan pergi sekolah

--nie gaya apa pun tak tahu--
bergambar tangkap muat namanya =)

tak sabar nak tengok umairah naik sekolah
macam mana lah ragam umairah nanti =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Promosi Shaklee January 2015

Wow…Januari 2015 ni dimulakan dengan promosi yang berganda-ganda hebatnya dari Shaklee.bukan setakat 1, tapi 4 promosi dari shaklee bulan ini:

1.Vivix – BUY 6 FREE 1*
2.Alfalfa (L) – BUY 6 FREE 1*
3.Alfalfa (S) – BUY 6 FREE 1*
4.Vitalea for children – BUY 3 FREE 1*

*kalau tak nak, beli 6 pun tak pe, saya ada harga special untuk anda…sms/whatssap ena

Bukan tu sahaja, bulan januari 2015 ni juga  dikejutkan dengan kemunculan 2 vitamin shaklee yang dah dekat 2 tahun tak de di pasaran. 
kali ini muncul dengan formual yang diperbaharui dan pastinya lebih hebat daripada dulu iaitu:
1.Cinch energy tea mix
2.Vitalea chewable for children



Ena kongsikan info ringkas setiap produk. Moga bermanfaat kepada sahabat semua.








Vivix®
Penemuan Revolusioner oleh Shaklee
(150ml)

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.


Vivix Beli 6 Percuma 1
Vivix Twin Pack (Beli 2, Diskaun 5%)




Alfalfa Complex
Sumber Nutrien dan Klorofil Asli
Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa Complex mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
Sumber alfalfa semula jadi

Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Alfalfa Beli 6 Percuma 1
Alfalfa Twin Pack (Beli 2, Diskaun 5%)




Vita-Lea For Children
65 Chewable Tablets


Vita-Lea For Children adalah multivitamin kunyah terbaik untuk kanak-kanak. Ia dipenuhi dengan kebaikan tulen. Vita-Lea For Children dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% Nilai Harian Vitamin C. Vita-Lea For Children kini mempunyai lebih vitamin D - 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat. Dengan perisa yang enak, Vita-Lea For Children adalah pasti menyeronokkan. 

Vita-Lea for Children Beli 3 Percuma 1


Hubungi Ena kerana ena bersedia untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Layan Movie Midnite

1st time kami layan movie midnite berdua sahaja
sebelum nie mesti angkut anak-anak
kali nie nak rasa kelainan
sampai jea rumah malam tadi..
letak anak-anak di bilik
terus kami keluar semula hehehehe

kami layan movie The Hobbit
movie nie memang kami layan 
jadi kenalah tengok jugakkan untuk tahu kisah selanjutnya...


--kami jadi member movie club TGV--
dah alang-alang selalu tengok wayang kan
jadi terus jealah register =)

--The hobbit--
tenang jea layan movie
kalau bawak anak-anak
jangan la nak merasa ketenangan hehehehee
sekejap nak ke toilet
sekejap nak pop corn
sekajap berjalan dalam panggung
hehehehhee

ok next time ibu bawak tengok movie kartun yea =)
seronok dating berdua dengan mr.hubby
hehehehheee

balik rumah
kami tak ikut jalan belakang....seram
terus masuk hiway latar hehehe
cepat skit sampai di rumah
wpun kena tol 2kali
asal selamat kan =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 1 January 2015

Selamat Hari Jadi Mak

Alhamdulillah
hari nie genap umur mak mertua 65 tahun
1.1.2015
mak mertua dan ayah ena sebaya
mak mertua lahir 1.1
ayah ena lak 2.12
sorang awal tahun
lagi sorang hujung tahun
=)

hari nie adik beradik suami berkumpul reramai
semuanya buat pot luck
memang meriah dengan makanan
kami bawak nasi arab
kak ros selaku tuan rumah buat kuih cara berlauk - sedap sangat
kak seri - bawak kek choc, makaroni cheese dan bee hun sup
kak mar - laksam
menu sampingan jajan dan buah-buahn
memang sedap

sebelum makan
kami semua berselawat
umar memang suka...
suara dia memang setanding dengan babahnya
Alhamdulillah
perjumpaan keluarga yang lebih berkat sebegini


--umairah dan umar berikan sejambak bunga untuk neneknya--
malu-malu mak mertua nak ambil bunga dari cucunya
hehehhee bukan kami tapi cucu mak yang nak hadiahkan hehehehee


--mak mertua ena susah skit nak bergambar--
nie pun gambar curi-curi masa pergi kenduri masa bulan Nov tahun lepas
hahahhaa macam lama sangat tahun lepas tu yea
padahal semalam jea pun kihkihkih

ena doakan semoga mak mertua ena
diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt
amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi