Monday, 31 October 2011

2nd Celebrate Birthday Umairah at Sri Kundang

malamnya kami sampai di rumah kundang pukol 11 lebih
masuk rumah tengok mak tak tidor lagi
macam pelik sebab masa tidor mak mesti pukol 10
bila tanya mak cakap mak tengah layan drama melayu nie
masukkan umar ke dalam bilik
ingat nak terus tidor jea
sebab sudah baring sebelah umar
bila nak terlelap tu, sayang panggil suruh keluar dari bilik
bila aku keluar jea tengok kek sudah terhidang depan umairah
aik bila masanya datangnya kek nie
pandang umairah dah tersengih duduk depan kek





kek birthday umairah yang telah di sponser oleh sobri

sambil menyanyi sambil tepuk tangan

hari ahad tu jea 2 kali umairah potong kek

bertuah sungguh insan bernama umairah zahrah nie

semua sayang padanya

selepas nyanyi apa lagi pasti la tiup lilin

hah berjaga-jaga yea jangan sampai air terliur terkeluar sekali hehehehehe

sudah tiup pasti la potong kek sekali
p.lang tolong umairah memotong keknya



babah umairah yang tolong potongkan kek


umairah macam biasa la apa sahaja hiasan atas kek pasti di hisapnya


dalam gambar pasti muka aku tiadakan


ialah kalau aku dalam gambar siapa yang nak snap semua gambar yang ada huhuhuhu


mak bagi cucunya baju hello kitty bukan pada umairah sahaja tapi berikan sekali pada pija


p.chu belikan set pinggan mangkuk


emmmm bertambah la koleksi mainan umairah


bila main taknak berkemas aku selalu ugut nak buang semua mainan


tapi aku jugak yang tambahkan koleksi mainan si umairah nie


hishhhhhhh selamat hari jadi sayang ibu


mmmuahhhh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Celebrate Birthday Umairah at Sijangkang

tajuk atas poyo's jea kan
English lagi eheh - saje jea tu hehehehehe
jadi selepas berhempas pulas mencari kek dan santapan sambil makan kek
berjaya jugak mencari kek di kedai Bee's


buat untuk memenuhi keinginan umairah untuk memotong kek
jadi belikan kek biasa - pandan layer - tapi memang sedap - tak muak bila makan
macam aku cakap sebelum nie aku dan sayang akan mengadakan
birthday party untuk umairah, umar dan pija pada bulan Dec nanti
jadi bila tibanya birthday umairah nie kami sambut family sahaja
seperti kata aku sebelum sekadar untuk memenuhi kehendak umairah
untuk memegang pisau sambil potong kek
tersengih memanjang bila kami nyanyikan lagu birthday untuk umairah




tiup jea lilin


terus jea cabut lilin tu dan jilat baki kek di bawah lilin


alahai anak ibu seorang nie


umar plak time nie memang sudah tidor


kepenatan bila kena dukung




aksi umairah ketika potong kek


siap potong siap jilat lagi pada pemotong kek


hehehehehhee ok la tu sebab ada sepupu-sepupunya yang melayannya


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tutti Frutti Yang Aku Dambakan

ahad yang lepas semasa edisi mencari kek birthday dan ayammas

terjumpa la plak kedai Tutti Frutti di area Bukit Tinggi

apa lagi terus minta sayang singgah sekejap

sebab kebelakangan nie member-member blogger selalu

tayang ice cream tutti frutti di blog masing-masing

sebab tu la teringin nak rasa bila sudah nampak kelibat kedai nie





umairah berposing dengan kasut agry bird yang dibeli di pasar

beli dua pasang untuk umairah dan umar

suka sangat dengan kasut tu

siap suruh aku ambil gambar kasutnya tu
aksi-aksi gedik kami bertiga hehehehhee


kedai tutti frutti yang kami singgah

memang nampak baru kedai nie


ada pelbagai jenis topping yang boleh kita pilih
ada pelbagai jenis bua-buahan dan pelbagai jenis kacang dan choc yang boleh
kita pilih


aku pilih perasa stawberry, kiwi dan choc


ditambah dengan kacang, choc m&m dan syrup choc di atas choc


kena charge RM18.00 hah ambik ko sila la bayar yea eheh


500g - RM5.80


kami makan dalam kereta jea


sebab rush untuk mencari kek umairah


umairah siap tunjuk tumbs up lagi untuk ice cream yang di makannya


umar tak suka sebab sejuk


beli ayam di ayamas


beli 2 ekor untuk di ratah ketika makan dengan kek eheh


dan beli kek di Bee's untuk umairah


untuk anak sanggup jugak mencari



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Pagi-Pagi Bangun Terus Mengadap Benda Kesayangan Yang Terkini

pagi ahadnya pagi-pagi bangun terus mencari hadiah
yang di beli semalamnya
lepas mandi baru aku benarkan umairah buka hadiahnya
kelakar sebab tak bagi langsung adiknya sentuh rumah mainannya
sampai menangis la si umar



aksi umairah bersama set baglo rumah yang tak cukup dinding hehehehehhe
siap susun lagi perabut-perabut mini yang ada di belakang rumah banglonya tu



umar plak tak dapat main mainan kakaknya


dapat main dengan kotaknya pun jadi la huhuhuhu



tapi tetap buat muka sedih hehehehehehe


apa la kakak nie kongsi la main dengan adik tu


tengok adik dah buat muka kesian dari jauh hehehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mencari Hadiah Di Jusco Bukit Raja

selepas hantar shumie ke rumahnya
sayang tanya nak pergi Jusco Bukit Raja atau Jusco Bukit Tinggi
terus aku cakap Jusco Bukit Raja
sebab aku suka ke sana berbanding Jusco Bukit Tinggi
tujuan utama kami ke sana sebab nak belikan hadiah hari jadi umairah



semenatar sayang keluarkan duit

umairah bermain sekejap kuda berpusing dan melihat kolam deepavali

umairah siap tanya macam rumah auntie tu kan

nak sebab rumah kak viji dia tak pandai sebut sebab tu la dia cuma cakap rumah auntie

sampai di kawasan permainan

berpusing-pusing jugak umairah nak pilih apa

sebenarnya kami nak belikan kabinet dapur mainan untuk umairah

tapi bila aku tujukkan mainan tersebut

umairah taknak, terus dia tunjukkan nak set rumah

siap cakap macam kawan dia emmmm apa orang lain ada dia pun nak jugak

budak-budakkan

jadi bila umairah sudah buat pilihan, kami ikutkan sahaja

sambil pusing-pusing untuk cari mainan untuk umar
umairah tak bagi aku bawakkan kotak mainan tersebut
umairah sendiri yang nak bawak
xcited sungguh dengan mainan barunya itu



bila tengok umar taknak duduk diam bila di dukung oleh babahnya


terus masukkan ke dalam troley dan singgah ke mc'd


beli set nugget dan bagi budak berdua tu makan french fries


terus senyap bila ada makanan di tangan


umairah tertarik dengan patung rabbit nie


sebab minta aku snapkakn gambar dia dengan rabbit nie eheh


sambil menunggu sayang bayar parking kereta


panjang gak Q untuk membayar parking kereta


layan snap gambar anak aku berdua nie


masing-masing senyap dengan ada makanan di tangan


selesai urusan di Jusco terus balik ke Sijangkang


tapi bila sampai di Sijangkang tak terus balik jugak


sebab singgah sekejap di rumah kawan sayang


sebab membernya ada buat majlis aqiqah untuk anak perempuannya


dan kebetulan nama anak perempuan member sayang memang sama


nama dengan anak aku umairah zahrah hehehehehhe


sampai rumah memang penat gila..dari pagi non-stop berjalan


umar malam memang tidor cepat sebab kepenatan sangat


sayang plak tengok games bola = terengganu lwn n9



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kenduri Kahwin Member Sekerja Di Opis Lama

sabtu lepas kami pergi ke shah alam section 19
untuk hadiri member opis lama yang kahwin
tak datang macam serba salah plak ialah time kita kahwin dia datang jea
jadi pukol 12 lebih ambil shumie dahulu baru gerak ke shah alam
alahai jem la plak jalan menuju ke shah alam
baru ingat malam tu ada games bola NS lawan Terengganu
jadi banyak kenderaan masuk ke shah alam


bob (syahman) member lama semasa bekerja di Wan-Ra dahulu
bila tengok wedding nie
teringat aku dengan sayang
kecik dan besar hehehehehe
skang nie jea nak sama balance dengan sayang kihkihkih


pengantin bersama aku dan shumie



bob nie budak praktikal time sayang jadi supervisor di sana





time aku makan, sayang plak melayan umar

ialah time sayang makan aku menjaga umairah

jadi sama-sama kena la beri kerjasama kalau nak makan dengan kenyangkan


memang sedap gila la biskut nie

nie biskut semprit atau biskut dahlia erk

aku pun tak pasti

tapi bila makan memang sedap rasa crunchy jea


tapai nie pun sedap

aku makan 2 bijik jea

manis tak ingat boleh kencing manis nie kalau makan selalu

comeykan tapai nie - kecil2 jea


aku bersama shumie - my BFF

lama kami tak jumpa

ialah dia pun sibuk gak dengan studynya


bersama umar

nasib baik la umar tak meragam

makan pun banyak


umairah pun makan banyak

tapi sibuk sangat nak main buaian di taman mainan

rumah pengantin berhadapan dengan taman permainan

jadi sibuk sangat la nak main buaian

jadi kena la ugut nak main kena la makan dulu

lepas makan baru lepaskan si kecik nie main buaian


memula shumie masuk kereta

umar asyik la pandang auntie shumie dia hehehehehe

ialah jarang jumpa kan

sampai terlentok-lentok la kepala dia sandar ke bahu aku

konon malu la dengan auntie shumienya tu

dah lama baru ok

siap boleh dukung lagi

tapi shumie dukung sekejap jea sebab tangan dia rasa lenguh tak ingat bila dukung si umar nie

hah baru tahukan

that daykan birthday umairah
jadi bila singgah di Petronas isi minyak kereta
belikan umairah belon hello kitty untuk umairah
suka la bila dapat dari babahnya tu



masa dalam perjalanan balik


sebab kena hantar shumie balik semula ke merbau sempak


jam plak bila sampai di area stadium shah alam


kereta plat terengganu memang dah banyak memenuhi jalan


di sekeliling stadium lagi la macam-macam gaya dan aksi penyokong dari terengganu


tapi Tahniah pada pasukan terengganu sebab menang pada malam tersebut


2-0 kan...cya yok cya yok


aku takder la sokong saper2 pun saper menang aku sokong..boleh gitu :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tak Sempat Nak Basuh Sudah Dipakainya

hari jumaat yang lalu


sempat la shopping untuk diri sendiri dan untuk anak-anak


balik ke rumah tunjukkan bag plastik pada umairah


terus dibukanya bag plastik nak tengok didalamnya ada apa


happy sangat bila ada baju baru untuk dia dan adik


time tu jugak minta aku pakaikan baju tidor baru dia



gaya cekak pinggang


warna hijau cair


nasib baik muat main agak-agaknya size untuk umairah





gaya bersama bag hello kittynya


nak jugak bersama tu





adiknya nak pegang baju barunya terus tak bagi




tu yang bergumpal-gumpal atas lantai tu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Restaurant yang aku Pangkah Di Kuang Nie..

lunch kali nie bukan berdua tapi bertiga
ingat nak makan di attap cafe tapi cancell
sebab bila sampai jea di cafe tu, tutup la plak
jadi sudah ada area situ, kami makan di Az-Zahrah Bistro jea
memandangkan aku tak pernah makan lagi di sini
ok la try jea la makan di situ time lunch tadi
masuk ke dalam memang takder orang
jadi mesti kalau order cepat jea sampai kan
tapi sudah 1/2 jam di situ memang tak kunjung tiba makanan kami
aku dah buat muka seposen di situ - geram beb
aku dah la lapar, pagi tak sarapan

lepas 1/2jam baru la makanan sampai
ok la tapi bila masuk jea ke dalam tekak - hampeh
aku punya nai goreng lagi la rasa hanyir
yarkkkk memang tak boleh nak telan
makan baper suap jea terus tolak ke tepi pinggan ke tepi


aku order nasi goreng sotong dan ice limau - RM5.70
tak sedap langsung - memang aku takkan masuk lagi la ke restaurant nie lagi
patut la selalu nampak takder orang jea restaurant tu
harap deco jea cantik tapi makanan yang di serve hampeh jea



syikin order - nasi putih dan telor bistik - RM5.00
tapi kelakar telor bistik dia
selalu yang aku makan bahan-bahannya semuanya dalam telor buskuskan
tapi yang nie lain plak..bawahnya telor dan semua bahan-bahannya atas telor tu
rasa entah kurengggggggggg



khair plak order nasi goreng daging masak merah - RM7.00

tapi lepas tu brother tu cakap daging tak sampai lagi

terus minta tukar kepada ayam masak merah

sama kes jugak dengan aku, tak sedp langsung

khair cuma ratah lauk sahaja nasi plak beberapa suap jea masuk ke mulut

apa la macam mana la customers nak datang kalau makanan yang di jual tak sedap langsung



jadi perut aku emmang lapar gila la

tengah mengomel-ngomel tu

terdengar yang suami syikin nak datang ke opis

syikin kenen-kenen la kat husband dia bawak goreng pisang

terus aku ehem ehem bawak burger

syikin apa lagi terus la minta mc'd hahahahaha

jadi dapat la makan mc'chicken lepas waktu lunch tadi

thanks saiful belanja mc'd

lain kali belanja lagi yea hehehehehehhee


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Boleh Tak Bagi Link Untuk Meng'make over' kan blog Ena nie

rasanya ramai yang menggunakan khidmat
perseorangan untuk mencantikkan blog kesayangan kita nie
jadi sesiapa yang pernah meng'makeover' kan blog tu
boleh tak bagi link address person tersebut
ena memang nak-nak sangat mencantikkan blog ena nie

please korang huhuhuhuhu
mmuahhhh korang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kelebihan Yang Ada Pada Daun Sireh

korang kenal tak dengan pokok sireh
aku dulu semasa kecil, ada seorang nenek aku suka mengunyah daun sireh
bila aku tengok nenek aku tu macam syork jea makan sireh
aku dangan lini buat projek
bila nenek aku takder jea di tempat bakul sireh dia
cepat-cepat aku dengan lini menenyeh segala benda pada atas daun sireh
kebiasanya orang tua akan letak kapur sedikit, sedikit buah pinang pastu gulung-gulung
dan terus kunyah, jadi aku dan lini buat la seperti mana nenek selalu buat
bila sireh masuk ke dalam mulut
kunyahan pertama terus aku tersedak dan muntah
gila beb aku memang tak boleh nak menerima rasa sireh tersebut
lini pun sama termuntah-muntah sebelah aku
pastu tengok lidah sudah jadi merah hehehehehehe
nenek aku dapat tahu gelakkan jea dengan kami berdua punya keletah

nie pokok sireh yang rendang yang mak aku tanam
memang diamalkan penggunaan daun sireh di dalam family aku nie
sesiapa pun nak ambil daun sireh nie mak benarkan
kadang-kadang tu orang nak buat gubahan akan minta pada mak
cuma pantangnya time datang period jangan gatal-gatal tangan nak petik daun sireh nie yea
nenek aku la cakap kepantangan nie - kaitannya aku memang tak tahu


daun sireh yang segar bugar


meh sini apa yang kami sekeluarga lakukan pada daun sireh


nie semuanya dari warisan turun temurun


dari nenek kepada mak dan dari mak kepada aku dan dari aku kepada teman blogger semua :D


yang selalu aku amalkan setelah mendapat nasihat dari mak


dan terbukti kebersanannya pada diri aku dan yang mengamalkannya


antara yang selalu aku lakukan ialah :



  1. ketika pantang, aku akan minum air sireh. rebus 7 helai daun sireh sehingga mendidih, sejukkan selepas itu elok untuk di minum macam air biasa - elok untuk pembuangan angin di dalam badan.

  2. selepas datang period. ketika kita nak mandi hadas, rebus 7 helai daun sireh, selepas air suam-suam kuku, selepas mandi dan bersihkan diri, guna air rebusan sireh tersebut untuk basuh alat kemaluan kita. ini bertujuan untuk kebersihan di tempat tersebut dan membuang bau yang tidak enak untuk di hidu.

  3. sekiranya nak muka kelihatan awet muda, rebus 7 helai daun sireh, wapkan muka dengan air rebusan sireh tersebut ke muka, selalu buat muka akan nampak kemerah-merahan. tak caya tengok muka mak aku, memang tak payah pakai blusher..seyes tak tipu.

  4. sekiranya sakit mata, rebus 7 helai daun sireh dan wapkan ke mata..InsyaAllah akan sembuh. macam arwah wan aku sehingga umurnya 84 tahun matanya masih lagi clear dan boleh lagi membaca dengan lancar tanpa menggunakan spec mata.

  5. sekiranya terdapat gatal-gatal di badan, ambil sehelai dua daun sireh, gosokkan daun sireh tersebut di tapak tangan, air daun sireh yang kita gosokkan tersebut letak di bahagian yang terasa gatal, ataupun terus gosokkan daun sireh di bahagian yang gatal tersebut.


nie antara kelebihan daun sireh yang selalu aku amalkan.


kalau korang nak try buat silakan..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 29 October 2011

Open House Sempena Perayaan Hari Deepavali

malam tadi kami rakan Guardian telah menerjah ke rumah kak viji
kak viji buat open house sempena Deepavali
jadi dari finance dept yang mewakilkan diri hanya aku dan syikin sahaja
anna tak dapat datang sebab suspect denggi
sabri plak sudah terbang pergi ke Medan - jangan lupa ole-ole untuk kami yea sabri eheh
kami tiga buah kereta bergerak bersama - aku, syikin dan hanis
memula nak cari rumah kak viji sesat jugak
jadi berhenti tepi kedai makan terus aku tanya p.cik di situ
p.cik tu la yang bagi direction nak pergi ke rumah kak viji
dan kebetulan p.cik tu memang baru sahaja pulang dari rumah kak viji jugak
finally berjaya jugak sampai di rumah kak viji
dengan selamba ada khemah jea terus aku cakap mungkin rumah kak viji
bila sudah berdiri depan rumah baru perasan no. rumah ialah 9
eh rumah kak viji no.7, salah rumah ker
than tetiba ada autie tu cakap betul la rumah viji cuma makanan diletakkan di rumah sebelah
dorang kongsi bersama buat open house oooooo begitu


makanan yang dihidangkan emmang terbaik la..semuanya sedap
ada nasi minyak, nasi kunyit (1st time makan nasi kunyit memang sedap)
pilihan lauk plak, ada sayur goreng, ayam rendang, ayam masak merah, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, kari telor dan kari dhal


hanis dan pn.Azmah
dorang berdua nie siap ambil plastik tapau bawak balik lagi hahahahaha
aku cuma ambil seketul 2 jea letak dalam bag
tapi sedap la kuih yang kak viji buat, kuihnya rapuh guna kacang hijau

kolam yang di buat oleh family kak viji
ada taburan beras dan hampas kelapa
diletakkan di ruang tamu rumah kak viji

suka tengok gambar nie
umairah bersama Abang (anak kak liza)
sweet jea kan

masa nie kami (aku, syikin, kak liza dan hanis) sudah kenyang sangat
cuma masih lepak sebab group Pn.Azmah baru sahaja sampai
jadi sambil meneman dorang tu sambil-sambil borak la
memang happening

group yang terawal sampai di open house nie

aku suka dengan gaya sari yang dorang nie pakai
girls nie cakap dorang pakai cara lain untuk memakai sari nie
memang cantik tau

kak liza bersama anaknya yang bongsu - lupa plak namanya
tua setahun dari umairah
si kecik nie ralat main games handphone mak dia jea
tak kecoh pun dengan suasana sekeliling
abangnya ada jugak melayan orang sekeliling
memang peramah anak kak liza nie, yang abang la

umairah memula sibuk dengan goodies bag dia
selain buat open house sempena deepavali
buat sekali birthday part anak jiran sebelah rumah kak viji
sebab tu la kanak-akanak mendapat goodies bag
siap dapat 2 sampul duit raya lagi


syikin dan rayyan
rayyan memang bawak diri jea di sini
tak kesah pun sesiapa nak pegang atau dukung dia
apa yang penting umairah ada di sebelah hehehehehe


sedap jugak tom yam yang di buat oleh kak viji nie
tapi akalu kuahnya pekat lagi pasti terangkat bila menghirup kuah tomyam nie


lauk pilihan aku, kari telor dan ayam goreng berempah dan nasi kunyit
memang sedap la kak viji masak nie

bersama kak viji
sibuk tuan rumah nie melayan tetamu yang hadir

kak viji bersama hanis dan syikin
pukol 9 lebih kami semua gerak pulang


sampai di rumah tengok umar sudah tidor dengan nyenyak
sayang plak melayan tengok astro
tengah mennti nak tengok Maharaja Lawak Mega
korang tengok tak malam tadi
kebanyakkan peserta semuanya otai-otai dalam dunia berlawakkan
tapi aku suka la lawak spontan dari Adlin Aman Ramli dan bob memang best
yang lain-lain biasa jea
mungkin baru pertama kali naik pentas tu yang masih lagi dalam suasana warm up kot
kita tengok dan lihat la hari jumaat minggu hadapan plak
tapi aku macam tak puas hati pasal juri
apa kaitan juri - chef wan, siti nurhaliza, zainal abidin hasan dan imran ajmain dalam dunia lawak nie..macam tak kena jea

korang setuju tak...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi