Sunday 30 January 2011

Hujan Oh Hujan

katak Oh Katak
kenapa ko panggil hujan
macam mana aku tak panggil hujan
nanti ular makan aku
hehehehehe betul ker aku nyanyi nie


hari nie korang pergi maner jea
emmmm hari nie sepanjang hari hujan kan
baju di rumah nie sudah 3 bakul tak sidai
tak tahu nak gantung maner lagi baju-baju yang sudah di basuh nie
takut berbau jea tak bersidai nanti


nak buat outdoor aktiviti pun tak boleh hari nie
ingat nak picnic kat air terjun terus tak jadi
pastu teringat plak yang mummy ayu pergi ke pameran Dainasour
terus ajak sayang pergi tengahari tadi


jadi aktiviti kami hari nie
pergi ke pusat sains negara
ok nanti aku story kan apa yang menarik di sana
untuk budak-budak memnag seronok la datang ke sini
adik aku nasir, cakap bosan skit la
tapi aku tengok anak aku seronok jea datang ke sini
hehehehhe tu la nak ikut lagi
layan jea la kan


ok la aku nak tidor jap la
ngantuk + penat dukung umar tadi



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 29 January 2011

Jumpa Teman Blogger

sebenarnya jumpa teman blogger nie
secara kebetulan jea
terjumpa di hotel [lupa plak nama hotel nie]


terjumpa ketika berbuka puasa tahun lepas
baru jea skang nie berkesempatan nak tepek di blog
ialah aku kan time preggy memang tak update blog
baru la nie ada kesempatan nak tepek gambar dah berzaman nie






hah saper tahu siapa nie
kecik molek jea orangnya
nak kenal lebih lanjut siapa kah gadis kecil molek nie
terjah la blognya
wanie


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saya Budak Botak

pagi tadi masa nak mandikan umar
terus sayang cakap nak cukur rambut umar
ialah rambut umar kan dah tobek-tobek
jadi baik cukur abis
biar rambut baru akan tumbuh
baru cantik nanti

nak dekat i jam la kami berdua duduk dalam bilik air
memula tu memang susah la nak cukur
asyik bergerak jea
terus aku susukan umar
terus senyap
jadi mudah la sayang nak buat kerja dia


cukur dengan berhati-hati
takut kulit kepala umar akan terluka
sebab tu la jadi lama sangat dalam bilik air
sampai umar pun taknak menyusu badan lagi hehehehehe


kerak yang atas kepala pun hilang terus selepas cukur rambut
memang bagus la
selepas nie letak lotion jea atas kepala
mandikan terus
baru perasan ada tinggal skit-skit jea rambut yang tinggal
nak cukur semula kesian plak umar
ialah dah lama sangat kena dukung kan
tak per la tinggal skit-skit jea lagi


jom tengok umar yang sudah botak nie


saya yang bam bam :p



sudah botak nie
baru perasan yang umar dahinya jendul
dahi tinggi



penat la ibu
umar nak tidor
uwaaaa ngantuknya


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 28 January 2011

Ibu...Adik Nak Susu


aku pergi ke dapur sekejap sahaja
untuk minum air
umairah plak sibuk main dengan permainan dia
umar memang tau
akan menangis bila dia rasa dia tinggal sorang-sorang
mesti ada orang di sebelah dia
walaupun dia tengah tidor


dalam aku di dapur
aku dah dengar umar menangis
dari dapur aku dah dengar
umairah menjerit panggil aku
"ibu adik nangis"
"cepat ibu adik nak susu"


terus la aku cepat-cepat ke depan
ialah risau pada si kecik kan
sampai jea depan
aku dah nampak umairah dah angkat baju dia
nak bagi nenen dia pada adik dia
tergelak aku tengok
hehehehehehe


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Hisap Jari




dapat jugak snap gambar umar tengah hisap jari
susah jugak nak snap
ialah bila nak snap jea mula la si kecik nie bergerak-gerak
gambat yang dapat pasti jadi kabur
jadi memnag kena jadi model la si kecik nie untuk di ambil gambar yang cun


bila nak mandi
buka jea sarung tangan umar
pasti umar dah senyum-senyum
terus jea jari dah masuk ke dalam mulut
masa pakai sarung tangan tak la plak dimasukkan dalam mulut
jarinya



goyang skit gambar nie



tengok
dah start masukkan jari-jari yang halus tu ke dalam mulut



hah pandang pun hp ibu
senyum skit umar



ok la auntie2 semua
umar nak mandi dulu
umar bucuk la
kak umairah pun belum mandi lagi
ok la kami berdua mandi dulu tau


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

New Look - Umar

hari nie genap umar 2 bulan
emmmm apa keletah yang umar boleh buat skang nie yea
dah pandai hisap jari selepas mandi
time aku sibuk siapkan pakai baju
time tu la umar akan hisap jari-jari dia
memang cute
ada masa nanti aku akan snap gambar dia tgh hisap jari tu



petang semalam aku minta mak aku potongkan rambut umar
patutnya taknak potong lagi
tapi disebabkan atas kepala umar ada kerak
korang tahu ker apa kerak atas kepala tu
ala yang ada kepingan-kepingan kering atas kepala tu
aku akan letakkan minyak masak atas kepala umar
selepas kerak tu dah kembang baru la aku akan sikat perlahan-lahan kerak tu
kepingan tu akan tanggal selepas jadi lembut


memandangkan rambut umar lebat sangat
jadi susah aku nak tanggalkan kerak tu dari atas kepala umar
jadi aku decide untuk potong sedikit rambut umar
nak cukur abis aku dan mak tak berani nak buat plak
takut terluka plak kepala umar nanti



rambut lebat umar
muka umar sebelum rambut di potong



tengok la tu terpacak-pacak rambut umar


nak potong nie pun susah
banyak sangat gerak-geraknya



mak nak potong pun susah
terketar-ketar tangan nak potong
akhirnya aku bagi umar menyusu
sambil meyusu tu baru la mak boleh potong rambut umar


jom lihat umar yang dah jadi botak

v
v
v
v
v
v
v
v
v


wajah umar yang baru
hehehehehe sebijik macam muka sayang
ikut muka babah nie
kulit jea putih
kalau kulit umar teh susu confirm lagi menyerlah macam babah dia


nanti nak minta pak lang umar tolong cukur rambut umar
pak lang dia berani skit nak cukur rambut budak-budak nie


macam maner muka umar yang baru nie
comel tak saya :D




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kek Batik Biskut Marie

sejak duduk di rumah tak bekerja nie
rajin plak nak buat kek-kek nie
lagi plak kek batik nie family aku memang suka makan
jadi rajin skit la nak buat



bahan-bahan :

*biskut marie yang telah di hancurkan
*1 cawan [separuh koko, separuh milo]
* 1 ketul buttercup
*1/2 tin susu pekat manis


cairkan buttercup


masukkan 1/2 tin susu pekat manis


masukkan koko dan milo


sudah pekat bahan-bahan tadi
baru la masukkan biskut marie yang telah dihancurkan


masukkan ke dalam loyang
kalau aku buat
aku akan lapikkan loyang dengan plastik
sebab mudah untuk potong bila sudah sejuk


selamat mencuba :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 27 January 2011

New Look - Umairah

potong taknak potong
potong nak potong
potong taknak potong
potong nak potong


berhari-hari jugak la kami berdua decide
sama ada nak potong atau tidak rambut umairah
rambut umairah memang tak pernah di potong sejak lahir
cum rambut bahagian depan sahaja di potong
sebab nak elakkan rambut masuk ke dalam mata
kami pikir kalau potong rambut belakang umairah
sayang plak sebab rambut ikal [keringting ikal] akan hilang
tak pasti plak selepas potong rambut ikal nie akan jadi semula atau pun tidak
tu yang sayang tu


jadi kami decide pagi tadi
potong jea la
ialah umairah pun selalu demam jea kan
kalau dah potong ringan skit kepala umairah nie
pada pandangan aku la
lagi satu memang patut pun potong
umairah nie bukannya suka sikat rambut
nak ikat rambut lagi la susah
kadang-kadang tu dah jadi anak sakai pun ada
rambut tu mengerbang jea
bila nak jalan jea baru la boleh ikat rambut tu kemas-kemas
jadi memang elok la di potong kan
setuju tak korang
[sajer nak sejukkan hati selepas potong rambut umairah]



tugas memotong rambut umairah ialah

V
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v

babah umairah la




sayang sarungkan badan umairah guna plakstik
yang telah di tebuk tengah-tengahnya
gud idea
aku ingat nak guna towel jea untuk cover badan dia
sayang cakap tak payah
guna plastik jea
kalau guna towel nanti rambut melekat pada towel
susah nanti nak basuh untuk hilangkan rambut yang melekat pada towel
ok aku ikut jea


sayang sikit dahulu rambut umairah
bagi sama kan semua rambut



gengamkan semua rambut ke belakang
rambut yang telah di gemgam
terus di potong



bahagian yang tak sama
di potong semula
nasib baik la umairah diam jea ketika rambut di potong
aku la yang jadi mak nenek
ajak borak dengan umairah
supaya diam berdiri



muka masam sebab rambut dah kena potong
muncung jea mulut tu
sayang cakap muncung tu ikut muncung aku ketika aku tengah merajuk
hehehehehhee



rambut belakang dah sama rata
dah takder rambut kerinting ikal di belakang



selepas potong rambut
umairah taknak senyum pun
bila aku dah tunjukkan cermin depan umairah
baru lah....




terus jea buat muka comel
ehehehhehehe comel la anak ibu nie




bergambar dengan abg hakim
nie la kawan sepermainan umairah
umaiah memang rapat dengan hakim nie
abg hakim baru balik dari sekolah tadika




bersama dengan adk abg hakim - nazufa
kalau main tiga orang nie
pasti bergaduh
kalau main dua orang jea
elok jea mainnya
memang tak ngam kalau bertiga
sebab tu serasi berdua jea




jom lihat rambut umairah yang lama


tak nampak muka umairah yang bulat bila rambut panjang mengurai
bila dah potong nampak comel jea [puji anak sendiri heheheheh]
jadi keputusan kami berdua nak potong rambut umairah
memang sesuai sangat
kami tak menyesal


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 26 January 2011

Gaya Tidor Umar

setiap anak mempunyai ragam dan gaya yang berbeza
umairah lain
dan umar pun lain


semasa tidor umairah boleh terus diletakkan terus di atas tilam
tapi umar nak tidor kena tido dalam pelukan - memang manja
sampai ke pagi la kena peluk
kalau lepaskan umar akan terjaga
dan pasti suka sangat tidor atas dada



hari pertama umar di rumah setelah keluar dari hospital
umairah dan pija xcited sangat bila tengok umar
langsung taknak berenggng
semua anggota umar mahu di sentuh vs
asyik la nak di cium pipi umar
kesian tengok umar time tu
sampai merah la muka si kecik tu hehehehe
baring pun sebelah umar jugak




kalau boleh serba serbi nak dengan umar la
tidor pun sebelah umar jugak
nak jugak tidor dalam playpan
skang nie playpan umar dah di simpan semula dalam store
untuk langkah keselamatan
ialah umar tidor jea dalam playpan tu
mula la umairah nak masuk jugak dalam tu
kadang-kadang tu bergayut tepi panghadang untuk lihat umar
memang pening kepala aku time berpantang dulu



tidor atas tilam jea
tu pun tangan umairah nak jugak pegang tangan adik
bila aku cakap tak payah la pegang tangan adik
umairah cakap "nanti adik bangun jalan"
hehehehehe tergelak aku mendengarnya



umar memang suka baring atas dada
empuk kot hehehehehehe
kalau dah terlena tu
baru la aku ubah kendudukan tidor umar
ke atas lengan aku



macam nie la gaya umar tidor dalam pelukan
kalau pagi tu memang kebas lengan aku di buatnya
kalau letakkan atas bantal
memang asyik terjaga la


nie baru jea gaya tidor
yang lai lain-lain akan aku story kan kemudian
macam-macam ada :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 25 January 2011

Demam



umairah demam semula
baru jea 2 minggu yang lalu umairah demam
hari nie demam semula


bangun pagi tadi
umairah ada mengadu yang perut dia sakit
aku ingat mungkin dia lapar
jadi buatkan susu dan bagi makan roti canai sedikit
dia pergi kedai mak, aku bagi mkn buah tembikai
pastu dia ok jea, jadi aku takder la risau sangat


seperti biasa
kalau sayang kerja petang
sebelum pergi kerja
pasti sayang akan bawak umairah naik kereta pergi kedai sekejap
untuk beli jajan @ bawak jalan-jalan sekejap
selagi tak bawak
jangan harap la umairah akan lepaskan babah dia pergi kerja


terkejut aku bila sauyang dukung umairah masuk ke dalam rumah
sayang cakap umairah muntah dalam kereta
terus aku dukung umairah
sementara sayang bersihkan diri untuk pergi ke tempat kerja
aku baringkan umairah atas sofa
masa nie keadaan umairah ok lagi
terus cakap nak tidor
selimutkam umairah
dalam pukol 3 lebih
aku rasa dahi umairah sebab tidor dah lama sangat
terasa panas
alahai anak ibu demam rupanya




badan panas
tapi kaki dan tangan sejuk
aku sapu badan umairah dengan air zikir yang mak mertua bagi pada kami



bila petang
keadaan umairah makin lemah
ialah tak makan dan minum sangat kan
susu pun taknak minum
paksa minum pun
sedikit jea umairah teguk air dari cawan
makin kurus anak ibu nie



umar plak
nasib baik la tak meragam sangat
cuma tidor sahaja dalam buaian
bangun untuk menyusu sahaja


ibu doaakan umairah cepat sembuh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kek Kukus Choc


malam tadi dengan semangat rajinnya
sempat la buat kek kukus choc
teringin plak nak makan
dapat resipi nie dari kak su
thanks kak su sebab bagi resipi kek kukus yang simple nie
orang yang tak tahu nak buat pun boleh buat kek kukus nie
soooo simple



aku cuma masukkan semua bahan
umairah yang tolong kacaukan dalam bekas
aku cuma tengok dan kawal apa yang umairah buat
teringat plak citer dalam astro
master chef junior
umairah nie bakal jadi chef pastri kot hehehehehehe
sambil kacau bahan kek
puting tetap tak tanggal



sudah siap di kacau hingga sebati
masukkan dalam loyang kuih



tutup dengan aluminium foil
supaya bila kukus nanti wap air tak masuk dalam adunan kek
kukus sehingga 45 minute @ sehingga kek masak



sudah sejuk keluarkan dari bekas loyang
sudah siap ini la hasilnya




terus menambat hati umairah untuk makan
nyummmm memang sedap


kalau sesiapa nak try buat
nie bahan-bahannya :

1] 2 cawan tepung naik ssendiri
2] 1 cawan gula
3] 1 cawan susu pekat
4] 1 cawan koko
5] 1 cawan milo
6] 1 cawan minyak masak
7] 1 cawan air panas
8] 4 biji telor


masukkan semua bahan dalam bekas
kacau sehingga sebati
masukkan dalam loyang
kukus sehingga 45 minit @ sehingga masak


cha yok cha yok :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 21 January 2011

AquaRia KLCC

sempena cuti Thaipussam harikhamis minggu lepas
sayang memang dah plan nak bawak umairah pergi jalan-jalan
ialah kesian pada si kecik tu cuma duduk di rumah shj
dah lama tak bawak berjalan dan bercuti
ialah keadaan aku yang tak mengizinkn
takkan la bawak anak jea
ibu duduk di rumh jaga adik jea kan
tak aci la macam tu


jadi pagi khamis tu
pagi-pagi la kami dah bangun
umairah la palaing xcited sebab
babah dia bagitahu nak bawak pergi taman
skang nie modal nak pujuk umairah
ialah dengan mengatakan akan bawak pergi ke taman
memang akan diam menangis bila sebut taman
magic word - memang berkesan


kami empat beranak jea yang pergi ke sana
ajak mak, mak taknak ikut plak
sebab penat
pukol 10 lebih kami dah keluar dari rumah
sampai di KLCC dalam kol 11 lebih
parking pun senang
walaupun cuti tapi macam tak ramai yang datang ke KLCC nie
sampai jea terus tuju ke Aquaria ialah takut ramaii orang
sebelum nie pernah pergi tapi tiket dah habis
dan yang pasti kena beratur panjang untuk beli tiket
tapi 2nd time kami datang nie orang takder plak
memang rezeki kami kot
beli tiket terus masuk
mungkin ramai yangd ah datang kot
cuma kami jea baru nak datang sini


umairah memang suka tengok ikan
cuma dia taknak berjalan nak berdukung jea
umar pun taknak baring dlam stroller dia
nak berdukung jugak
penat betul dukung anak sambil jalan2 nie
bila stoller kosong sayang yang dah letih dukung umairah
terus sumbat si kecik tu dalam stoller
emmmm nasib baik la nak jugak umairah duduk dalam stroller tu
jadi umar aku terus pas pada sayang plak
memang kejang tangan aku menatang umar nie


cuma 1 jea aku tak puas hati kat Aquaria nie
kalau boleh sediakan la tempat untuk BF baby
sebab macam aku nie yang baru berjinak2 nak BF anak
masih lagi malu nak BF baby kat tempat awam
umar nie kalau dah menyusu susu botol tetap nak menyusu badan jugak
sebab tu la kami tak lama sangat dalam Aquaria sebab umar dah mengamuk2 nak menyusu badan
bila keluar jea terus pergi ke surau untuk menyusukan umar
baru la si kecik nie diam lepas dapat menyusu badan


sempat jugak la bawak umairah pergi ke taman KLCC di luar
puas umairah dapat main permainan yang ada di taman
cuma kami tak bagi mandi jea di kolam
malas nak menunggu
umairah kalau dah dapat mandi memang tak ingat nak naik
lagi plak kami sudah kepenatan sangat
kaki pun dah minta berehat
next time mungkin nak bawak umairah ke Petrosains plak
bagi membina perkembangan umairah




dalam terowong ikan dan hidupan laut
memang menakjubkan
ikan semuanya besar-besar



terlopong mulut umairah tengok ikan besar



ikut turn dengan sayang dukung umar
semangat jugak nak dukung umar nie
lenguh tangan



ikan piranha yang makan orang hehehehehe
aku yang makin gemuk
kuat makaan skang nie
tak berhenti-henti nak mengunyah



umar yang baring sekejap jea dalam stroller
selebihnya nak kena dukung



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi