Friday 21 January 2011

AquaRia KLCC

sempena cuti Thaipussam harikhamis minggu lepas
sayang memang dah plan nak bawak umairah pergi jalan-jalan
ialah kesian pada si kecik tu cuma duduk di rumah shj
dah lama tak bawak berjalan dan bercuti
ialah keadaan aku yang tak mengizinkn
takkan la bawak anak jea
ibu duduk di rumh jaga adik jea kan
tak aci la macam tu


jadi pagi khamis tu
pagi-pagi la kami dah bangun
umairah la palaing xcited sebab
babah dia bagitahu nak bawak pergi taman
skang nie modal nak pujuk umairah
ialah dengan mengatakan akan bawak pergi ke taman
memang akan diam menangis bila sebut taman
magic word - memang berkesan


kami empat beranak jea yang pergi ke sana
ajak mak, mak taknak ikut plak
sebab penat
pukol 10 lebih kami dah keluar dari rumah
sampai di KLCC dalam kol 11 lebih
parking pun senang
walaupun cuti tapi macam tak ramai yang datang ke KLCC nie
sampai jea terus tuju ke Aquaria ialah takut ramaii orang
sebelum nie pernah pergi tapi tiket dah habis
dan yang pasti kena beratur panjang untuk beli tiket
tapi 2nd time kami datang nie orang takder plak
memang rezeki kami kot
beli tiket terus masuk
mungkin ramai yangd ah datang kot
cuma kami jea baru nak datang sini


umairah memang suka tengok ikan
cuma dia taknak berjalan nak berdukung jea
umar pun taknak baring dlam stroller dia
nak berdukung jugak
penat betul dukung anak sambil jalan2 nie
bila stoller kosong sayang yang dah letih dukung umairah
terus sumbat si kecik tu dalam stoller
emmmm nasib baik la nak jugak umairah duduk dalam stroller tu
jadi umar aku terus pas pada sayang plak
memang kejang tangan aku menatang umar nie


cuma 1 jea aku tak puas hati kat Aquaria nie
kalau boleh sediakan la tempat untuk BF baby
sebab macam aku nie yang baru berjinak2 nak BF anak
masih lagi malu nak BF baby kat tempat awam
umar nie kalau dah menyusu susu botol tetap nak menyusu badan jugak
sebab tu la kami tak lama sangat dalam Aquaria sebab umar dah mengamuk2 nak menyusu badan
bila keluar jea terus pergi ke surau untuk menyusukan umar
baru la si kecik nie diam lepas dapat menyusu badan


sempat jugak la bawak umairah pergi ke taman KLCC di luar
puas umairah dapat main permainan yang ada di taman
cuma kami tak bagi mandi jea di kolam
malas nak menunggu
umairah kalau dah dapat mandi memang tak ingat nak naik
lagi plak kami sudah kepenatan sangat
kaki pun dah minta berehat
next time mungkin nak bawak umairah ke Petrosains plak
bagi membina perkembangan umairah




dalam terowong ikan dan hidupan laut
memang menakjubkan
ikan semuanya besar-besar



terlopong mulut umairah tengok ikan besar



ikut turn dengan sayang dukung umar
semangat jugak nak dukung umar nie
lenguh tangan



ikan piranha yang makan orang hehehehehe
aku yang makin gemuk
kuat makaan skang nie
tak berhenti-henti nak mengunyah



umar yang baring sekejap jea dalam stroller
selebihnya nak kena dukung



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. semangatnya umar ye. hehehe.. patot la lenguh tangan. best la kak long umairah dapat jalan2. sesekali melayan kehendak anak2 ye. dgn ibunya sekali dpt berjalan. hehehe...

    ReplyDelete
  2. lebat rambut umar nihh.tajam2.ensem hehe

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi