Monday 31 August 2015

Happy Anniversary 9 Years

hari nie genap usia perkhawinan kami yang ke 9 tahun
31.08.2006 - 31.08.2015


Alhamdulillah
masih baru lagi usia perkahwinan kami
semoga perkahwinan kami kekal hingga ke Jannah
ke syurga Allah
Amin


doakan kami terus bahagia yea sahabat semua =)



terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam hidup ena
terima kasih sayang sebab sudi terima ena sebagai isteri
tahu diri banyak kekurangan
terima kasih sayang sebab sabar dengan perangai dan peel ena yang keanak-anakkan
terima kasih sayang sebab sudi dengar segala masalah ena
terima kasih sayang sebab terus berada di sisi ena waktu susah dan senang..sedih dan gembira
terima kasih sayang sebab menjadi tulang belakang ena untuk buat business 
terima kasih sayang untuk segalanya
tak terucap dengan kata-kata


hanya dengan KISS sahaja ena mampu berikan
hanya dengan DOA selepas solat ena mampu berikan
hanya dengan SENYUMAN mampu ena berikan untuk hari bahagia kita


terima kasih sayang
sayang snagat-sangat bermaksa dalam hidup ena


dengar la umairah dan umar
ibu sangat-sangat menyanyangi babahmu


sayang skit
cium skit
my teady bear =)
........


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 28 August 2015

Pasaraya Hari-Hari Tempat Berjimat

mana tempat korang shopping baju
mesti tempat-tempat grand kan
ena di sini jea
pasaraya hari-hari =)

malam tadi lepas ambik anak-anak dari pusat tuition
terus bawak umairah dan umar ke sini
niat di hati nak beli baju baru untuk dorang
ialah esok nak berjalan ke pantai timur
nak lah anak-anak berpakaian baru
eh eh eh baru jea shopping raya bulan lepas
tu pun ada yang belum di pakai lagi ;p

puas jugak berpusing mencari
susah jugak hati ena nak berkenan
last-last belikan tudung frozen untuk umairah..
konon nak balik lah kalau takder apa nak beli
sekali pusing belakang
mr.hubby sibuk memilih untuk anak-anak dia
siap suruh umairah dan umar pilih warna t-shirt
dan beli sweather yang baru

wahhhhhh sayang babah kat korang lagi lebih nie
kat ibu babah tak offer pun huhuhuhu

amboi t-shirt pilihan masing-masing
umairah pilih warna merah
umar pilih warna choc

masih lagi memilih apa yang nak
emmmmm offer la kat ibu sekali


ok pilih sweater laks


ena suka warna pink
tapi umairah nak jugak warna purple
ialah minah purple kan

tengoklah umairah
tetap jugak nak warna purple
cakap la warna pink cantik
dan puji macam-macam kat umairah
tetap purple menjadi pujaan hati ku =)
jadi babahnya tetap lah ikut apa yang anak gadisnya mahukan...
ok la ambik lah purple tu
bayar bil tak sampai rm70.00 pun
hah jimat kan =)


pagi tadi
rasa kesian laks kat umairah
bagi jugak lah umairah duit untuk beli buku yang dia mahukan
kesian laks
huhuhuhu
macam manalah hati ibu nie nak berkeras dengan anak-anak...

teringat pada mak
ialah mak ena pun macam nie
lebih dulukan anak-anak dari keinginan sendiri

whatever ena sayang mak ketat-ketat =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Makin Tua Makin Kuat Pelupanya

Tak tahulah nak sedih ker..nak nangis ker atau nak gelak 
cerita petang semalam nak balik ke rumah
dah lahhh balik kerja pukul 6pm..banyak keja kena settlekan
nangis buat audit nie..takper belajar tambah ilmu di dada..

time nak balik tu
macam biasa lah..akan keluarkan siap-siap kunci dari dalam beg dan boleh angkat kaki
tapi ....
Puas punggah beg..buka semua laci..selongkar satu opis semata-mata nak cari kunci keta..
Penat dah cari tapi tak jumpa-jumpa jugak
Tetiba terpikir nak tengok di kereta
Bila sampai di kereta
wahhhhh elok baik jea kunci kereta tergantung kat cucuk kunci
Erkkkkkk
Dah satu hal nak buka kereta macam mana?????
Dah lah nie satu-satunya kunci keta yang ada..
yang asal dah hilang masa shopping kat the store tahun lepas....
hehehehehhe semua hilang kan
kalau citer kat mak nie confirm mendapat =)
ayat klise
kalau ko punya tu boleh cabut pasang..memang selalu hilang jea lah
hahahahhahaha
suka dengar mak bebel hehehehhehe
comei kan


masuk dalam ofis semula dan cakap kat bos
bos..betullah kunci ena tertinggal dalam kereta..
macam mana nie bos..ena takder kunci spare dah..
Terus mr.gavin dan mr.eric tolong
Dengan sujan pun join sekaki..
Semua kaedah dicuba..
ena siap google macam mana nak buka keta terkunci kihkihkih
Hah diumpil..digodok..dicucuk..ditarik
Semua dah try buatlah
Sekali sujan bawak hammer keluar
Woooooo takkan nak pecahkan tingkap kot hehehehee sajer nak bg ena cuak lah tu
Mr.eric lg lah...suruh tebuk tingkap laa..tebuk bumbung la
Hishhhh sabor jea lah

Sekali ternampak idea kat google guna pembaris kunci
Masuk dalam opis nak ambik pembaris besi
Bila keluar semula
Tengok pintu kereta dah terbuka
Wahhhhh gila teror bos aku nie buka kereta terkunci...
Bagus la mr.gavin..
Tq bos

ena nak belanjer bos esok
Bos dah cuti laks esok
tak dapat la nak belanjer
takper maaaaa, hari selasa pun boleh
emmmm nak jugak tu makan free
yea la yea la
Hehehehehehe

Selamat sudah..
Baru boleh balik...
sampai rumah dekat pukul 7 lebih jugaklah...
kenangan sungguh
makin tua makin nyanyuk
makin pelupa..

bertuah sungguh la ko wahai kunci kereta
macam mana lah ko boleh tertinggal dalam kereta nie


mr.eric cuba cucuk kenci dengan kunci yang lain
memang tak boleh lah
lain-lain bangsa kan


nak tahu cara buka kereta yang terkunci
senang jea
buka pelapik getah tepi tingkap tu
dan guna benda yang keras dan panjang
try cucuk lock pintu dari bawah
hehehheeh dan tadaaaaa pintu sudah boleh di buka

TQ bos
tolong ena semalam
hahahahaha
kalau tidak tidor di ofis jea lah semalam =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 27 August 2015

Naik Bot Keliling Tasik Shah Alam

tak abis lagi story hari ahad lepas
lepas kami tengok ikan
main gian bubbles
lepas makan-makan
dah nak balik sudah
tapi tetiba umar merengek nak naik bot itik
mr.hubby cakap ok kita survey harga dulu
kalau harha berpatutan kita naik
lepas letak semua barang dalam kereta
kami berlenggang kankung jea pergi ke tempat sewa boat

ala dekat jea...
jalan kaki jea pun
bagilah keluar peluh skit kan...
bila tengok harga 
emmmmm kena pkir semula nie hehehehe
naik boat itik untuk 4 orang kena charge rm50.00
emmmmmm mahal tu hehehehe
nak-nak nanti saper yang kena kayuh itik tu
sah-sah mr.hubby akan kayuh ahhahaha
confirm akan penat kan
budak berdua nie rilex jea di belakang kami

ok pujuk umar naik boat jea
boat itik dah habis semua orang naik
memang masa tu boat itik takder..kena tunggu
bila umar angguk jea
terus kami beli tiket untuk naik boat ronda tasik
jimat skit
dewasa RM8.00
kanak-kanak RM5.00
kata jalan-jalan yang jimat
kenalah berjimat semuanya =)
yea dak

jadi puas lah hati umar dapat naik boat
keliling tasik shah alam
sambil tengok pemandangan sekita tasik
seronok jugak

service boat yang ada
pilih jea mana satu pilihan korang ikut bajet korang yang ada


kami berempat
happy family


suka dan senyum lebar anak-anak hehehehhe
dapat naik boat


belakang anak-anak nie ada nampak masjid shah alam
tapi tak baper nak clear sangat


lalu bawah jambatan
memang ramai orang joging waktu nie
dan ramai couple keluar dating hehehehehhe

cantikkan pemandangan


ena dan mr.hubby



xcited umairah dan umar bila nampak burung hitam (burung gagak)


alahai gambar kami berdua
umairah snap gegar jadinya
ok la dari takder kan..

habis cerita hujung minggu kami...
meluangkan masa bersama family
adalah waktu yang paling bahagia...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selamat Pagi...senyum selalu

Alhamdulillah
Masih diberi ruang oleh Allah swt utk terus bersyukur dengan kehidupan kita semalam hari nie dan in syaa Allah esok

Pagi nie mood ke laut skit
Kesian umairah
Bagi duit belanjer sen sen jea
Sebab ena lupa langsung nak keluarkan duit dr bank petang semalam
Hujan petang semalan jadi memang tak ambik pot langsung nak telek duit dalam wallet...
Malam tadi pun lupa nak minta duit kat mr.hubby

Pagi nie umairah nak minta duit untuk beli buku cerita
Bukan taknak belikan
Tapi rasanya pihak sekolah nie selalu sangat berikan pemplet untuk anak2 beli something...
Tiap2 minggu ada jea umairah bawak balik pemplet..tak bg duit merajuk
Dan pagi utk 1st time memang tak bagi duit utk beli buku cerita
Duit belanjer sekolah pun...ena kira2 syiling dalam wallet cuma ada rm1.20 jea
Alahai menangis umairah
Tapi nak buat macam mana....
Memang dalam wallet dah kering
Kedegilan diri sendiri taknak cucuk duit petang semalam...
Cari duit selit2 pun tak jumpa dalam bilik
Emmmm cari dalam keadaan marah dan kelam kabut memang la tak jumpa
Memang rasa geram la jugak pagi nie

Sebelum pegi kerja tadi baru dapat cucuk duit
Tapi takkan nak balik ke rumah semula kot nak bg umairah duit..memang lambat la masuk opis nanti
Takper lah bagi dia belajar sekali sekala
Bukan semua permintaan dapat ditunaikan
Perlu ada rasa belajar untuk cuba memahami apa perasaan ibu dan babahnya...

Ok la pagi nie sempat singgah beli kfc
Perut lapar sangat...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 26 August 2015

Sedondon Kita

5.30pm tepat sharp mesti balik
Dah tak larat sangat2 dah skang nie
Pagi tadi masuk opis punyalah hati berdebar2...
Semua zikir disebut dan dikumat kamitkan
Huhuhuhu

Hari nie ada present pasal audit sekali dengan Dato razak
Tu yang hati berdebar2
Dan seram sejuk jea dari pagi tadi...
Takut huhuhuhu
Sebelum nie tak pernah pun terlibat secara langsung utk audit
Cuma indirect jea..
Skang tempat kerja baru..smuanya kena handle sendiri
Tu yang tension skit
Tapi bagus jugak sebenarnya
Belajar benda baru dan good untuk letak dalam resume :)

Meeting dari pukul 12 lebih sehingga pukul 3 lebih
Dalam hati duk risau
Sempat ker nak keluar solat
Dup dap dup dap
Finally 3 lebih siap semuanya
Tinggal nak kena edit dan pas journal jea...lega mak jemah

Siap solat siapkan ledger
Tak makan2 pun
Angin dah keluar masuk sudah
Nasib tak keluar angin kat bawah jea hahahahahaaaaa
Kalau keluar pun tak bau tau hikssss

Ok la panjang laks penutup cerita petang nie
Nak tunjuk gambar kami bertiga sedondon warna jea
Tapi terbebel lebih2 laks
Opsss sorry yea

Warna peach kami bertiga
Suka laks tengok riz (HRM)
memang kena dengan dia
Segak bergaya gitu...
Ena dan syikin berdress...
Comel kan...

Ok la nak balik kerja
Nak buka tudung saji bila sampai rumah nanti
Berhati2 yea korang bila balik nnti...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Cara Buat Homemade Giant Bubbles yang Mudah dan Jimat

ada yang bertanya macam mana nak buat sabun giant burble nie
mudah jea
ena lah cakap mudah
yang buat mr.hubby
ena tukang tengok jea ;p

ialah kalau pergi taman atau padang
mesti ada jual benda nie kan
1 bekas rm5.00
kalau ada ada sorang oklah lagi
kalau anak ada 3 4 orang
fengsannnnnn kan

jadi kalau ada yang nak berjimat macam kami tu
boleh la try buat sendiri
dan boleh main sendiri di rumah
ataupun bawak jea ke taman mainan
alahhhh tak payah risau kata-kata orang di tepi-tepi tu
buat derkkkkk jea
macam kami main nie siap orang tanya lagi buat macam mana
wahhhhhh...jadi kongsi jea lah resepi buat bubbles nie
tak baik kedekut ilmu kan


ok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat bubbles :
1. Sabun basuh pinggan mangkuk Joy
2. 4 sudu tepung ubi
3. 1.5ltr air
4. tali kasut / tali cotton twine
5. penyangkut baju/chopstick

campur semua bahan...
tali kasut ikat pada penyangkut baju
celupkan tali tersebut ke dalam sabun
hayunkan tali ke udara
siap giant bubbles untuk bermain...

mudah jea kan =)

siap untuk bermain
mudah jea nak buat kan
orang lelaki boleh buat
korang perempuan mestilah lagi boleh buat


mr.hubby pun xcited nak bermain


umairah dan umar
puas bermain tanpa sekatan
buah banyakkan
jadi main lah sehingga puas
penat bermain kita rilex minum air


hahahahaha bukan mr.hubby dan anak-anak jea bermain
ena pun sekali bermain
kihkihkihkih
release tension tu
main sambil gelak ketawa dengan anak-anak
masa berharga bersama dengan anak-anak
tak dapat di beli dengan wang ringgit..
masa anak-anak keciklah dorang akan bersama dengan kita
dah besar skit confirm taknak ikut sudah dengan mak bapak...

ok selamat mencuba
semoga sahabat semua dapat luangkan masa dengan anak-anak
quality time with our kids =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Picnic di Tepi Tasik Shah Alam

cerita ahad lepas...
memandangkan hari sabtunya mr.hubby kerja shift malam
pagi ahad baru sampai rumah
nak keluar pergi memana pun dah rasa malas
ialah faham mr.huuby yang penat dan perlukan cukup rehat

anak-anak laks sibuk ajak berjalan
faham jea budak skang nie kan
hari cuti jea mesti taknak duduk di rumah
mesti nak ajak keluar
alahai anak-anak
hujung-hujung bulan belum gaji nie
kita lepak di rumah jea la yea

umairah dan umar angguk macam faham
tapi dalam hati rasa kesian jugak
alahaiiiiii

dalam pukul 3 lebih mr.hubby dah bangun dari tidor
nak solat zohor
terus buka mulut tanya mr.hubby
petang nanti kita lepak mana-mana padang nak
bagi anak-anak happy skit..lepas bebas
memula nak pergi ke padang setia city mall
sebab situ macam meriah skit kan...

sebab nak berpicnic
terus jea lah ena siap-siap di dapur
buat menu simple untuk kami makan
menu simple tu just sandwish tuna dan lempeng cicah dengan sambal ikan bilis
bawak air teh dan kerepek pisang skit hehehehhe

mr.hubby laks sibuk buat sabun untuk main giant burble
buat sendiri jea air sabunnya
kata nak jimatkan ;p

kami keluar dari rumah lepas solat asar
lebih kurang pukul 5pm
rasa macam akan sampai lewat laks kalau pergi ke setia city mall
jadi kami terus ke tasik shah alam
dekat skit
berpusing-pusing jugak kami nak cari parking
ramai jugak orang beriadah di sini...

kami lepak betul-betul depan tasik
layan anak-anak main burble
penat bermain
kami isi perut dengan bekal yang ena dan mr.hubby masak

menu ringkas yang kami bawak untuk kami makan di tepi tasik
masak bersama dengan mr.hubby
nak kejar masa punya pasal
kena lah team work bersama 
yeaaa dakkkk
kalau tak memang lambat lah kami keluar dari rumah

sabun burble yang mr.hubby buat sendiri
jimat tak perlu nak beli hehehhehe
kata jalan-jalan jimat di hujung bulan
hahahahahha
semuanya kena berjimat lah jugak


1st cuba
mestilah babah dulu
nak test berjaya ataupun tidak
wahhhhh suka mr.hubby bila percubaan pertama buat sabun burble berjaya


ajar umar macam mana nak buat
yang tangkai untuk burble pun DIY sendiri
hanger baju dan tali kasut
patahkan hanger baju gunakan yang lurus punya
tali kasut ikat pada batang hanger
dah boleh digunakan


DIY batang burble dan DIY sabun burble
oklah buat
super duper jimat sudah

hah berjaya keluarkan burble dari tali kasut yang kami buat
wahhhhhh teruja gitu

adik beradik
tenang tengok gambar nie
leka tengok ikan yang timbul untuk makan
orang lain bagi ikan makan guna roti
tapi anak-anak kami bagi ikan makan lempeng
hehehehe sebab tu jea yang kami bawak


ena dan mr.hubby
selera makan di tepi tasik =)


umairah dan umar pun banyak makan
duduk tepi tasik
bertambah-tambah jugak makannya
suka tengok


sebelum balik
kami habiskan dahulu buih sabun yang tinggal sedikit
sayang laks nak terus buang
membazir tak baikkan...

ada yang nak tahu cara buat buh sabun
nanti ena up kat 1 entry jea yea
mudah nanti nak rujuk semula =)







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 25 August 2015

Bila Mr.Hubby Kaki Bola

nak tahu
mr.hubby ena memang kaki bola
main bola takderlah
main futsal ok hehehehe

nie story mr.hubby tengok games Liverpool lawan Harimau Malaya
rasanya games nie berlangsung seminggu selepas raya
rasanyalah
hahahahha
yang pergi tengok games nie
mr.hubby , adik ipar apis dan adik lelaki ena nasir
lepas solat jumaat masing-masing gerak pergi ke stadium bukit jalil
masing-masing berdesup tepek gambar dalam family whatssap
sabor jea lah
kami yang isteri nie tak ikut lah
1 tiket jea dah rm170.00
bapak mahaiiiii
mr.hubby punya xcited sanggup beli baju dan selendang liverpool original dari website liverpool
ennnnn memang mahai tu
sangguppppppppp

saper menang dalam games nie
mestilah Liverpool
cuma tak ingat baper gol Liverpool dapat sumbat dalam gawang harimau malaya
hehehehhe

layankan jea lah pic super duper keseronokkan
mr.hubby dengan adik-adik iparnya
hhehehehhe









last mestilah tepek gambar mr.hubby kan..
suka la tu dapat tengok games depan mata
selalu kat tv jea..

hah saper penyokong Liverpool boleh la segeng dengan mr.hubby ena yea =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

BBQ di Tepi Pantai Pengkalan Balak, Melaka

raya pertama kami lepak di chalet hajah mahawa
kami dah plan nak buat bbq
tapi takderlah ayam daging semua
juat apa yang ada jea gambar bakar

ialah mana ada orang berniaga pada raya pertama 
yea darkkkk
kami nie jea yang beriya-iya nak buat bbq
hahahahha sebenarnya masing-masing dah kebulor lapar
ialah masa raya manalah ada tuan rumah nak menajmu nasi
semuanya ketupat dan rendang
jadi memang sebu perut sudah
kebetulan masa kami balik ke chalet
ada p.cik nelayan nie baru naik ke pantai
hah kebetulan sangat
terus la kami beli ikan cencaru
borong terus dari p.cik tu
dekat 20 ekor jugak kami beli
siap bagi xtra duit raya pada p.cik tu
yea lah petang raya kan...
rezeki yang ada jangan berkira sangat

barang-barang yang diperlukan untuk buat bbq
kami beli jea di 7E
semuanya ada hehehehehe
lepas magrib baru kami siap-siap untuk hidupkan api
ikan smua dah siap bersihkan
fresh gitu

pastu adik ena..sobri pergi beli satay yang belum di masak
tinggal untuk dipanggang jea =)
sedap jugak
sofea awal-awal lagi dah tidor
kepenatan beraya
umairah, umar dan pija jangan haraplah nak tidor awal
tak reti penat bagi budak bertiga nie...


jom kita bakar-bakar


ops lupa laks
bila tengok gambar nie
baru teringat ada sotong =)

kami menunggu ikan..sotong dan satay siap di bakar
dah lapar sangat


wahhhh muka ada siok
jom kita makan
umar jadi kucing
meratah ikan

yea sila abaikan muka kepenatan ena tu yea
ialah seharian pergi beraya
mana tak capiknya

nasir nie bersiap-siap nak pergi memancing
pau semua abang kakak untuk beli batang pancing
sabor jea lah
kelakar punya cerita
pergi mancing
tak bawak lampu suluh
gunalah lampu handphone untuk masukkan umpan
sekali handphone terjatuh dalam laut
hahahahaha amik ko ubat
ikan tak dapat
handphone jatuh dalam laut


ratah laut
memang sedap
cicah dengan kicap pun dah nikmat sesangat
yea dakkkkk


muka ada senyum lepas perut dah kenyang
lepak-lepak di luar
borak-borak santai dengan family =)


ikan cencaru panggang
sedap tu
manis rasanya sebab fresh lagi kan
ada tinggal skit
esok paginya mak buat nasi goreng sempoi
masukkan sekali dengan ikan cencaru yang di cerai2kan
sedap tu
mak masak apa pun confirm sedap kan


main bunga api
raya jea bunga api
bunga api jea raya
hehehehehhe
memang tak boleh nak dipisahkan...

keseronkkan bersama family memang tak dapat digambarkan
seronok =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi