Monday 17 August 2015

Melayan Permintaan Anak-anak

sabtu lepas
pagi-pagi pukul 7 lebih anak-anak sudah kena gegar
hehehehehe masa untuk pergi tuition
nasib baik pagi tu mood anak-anak ok
mudah jea kejut
mudah jea bangun
mudah jea bersiap
Alhamdulillah

pukul 8 lebih gerak dari rumah
tuition start pukul 9am
bawak sekali sofea
kebetulan mak sofea minta mak yang jagakan
jadi bawak sekali sofea antar kakak dan abangnya..

seriau jugak sebebarnya nak bawak sofea nie
sebab dulu pernah bawak sofea keluar beli barang
baru separuh jalan sofea dah menangis
tapi tu masa bawak waktu malam..
dayah bgtahu sofea kalau berjalan waktu malam akan menangis kalau keluar bukan dengan maknya
sejak tu memang seriklah nak bawak hehehehe

nie try lagi sekali bawak waktu siang
syukur sepanjang perjalanan tak menangis sangat
cuma ada skit-skit erk dia
bila cakap elok-elok dan tunjuk pokok ker..lori ker..
sofea akan jadi leka
tak jadi nak menangis hehehehehe

pukul 10 lebih keluar semula
sebab nak ambik umairah dan umar dari pusat tuition
lagi sekali bawak sofea
memandangkan waktu pagi ok jea tak menagis
kali nie bawak lagi sekali
dan syukur ok jugak
wahhhh lepas nie mak long boleh bawak sofea jalan-jalan lagilah
good girl =)

muka happy sebab ada sofea follow sekali
mulut masing-masing chot chet chot chet jea
nasib baik ada kakak umairah
memang pandai jaga budak kecik

bila balik..
sofea sorang jea dalam kereta
nak menangis jugak
ajak-ajak borak baru ok skit
bagi misum susu..
nak baringkan kerusi taknak..
nak jugak berdiri 
sambil minum susu sambil tengok pemandangan di luar

singgah kedai sekejap
beli barang skit
dan tanya sofea nak apa
wahhhhh tahu jea nak air kotak
tunjuk air kotak dalam peti sejuk
hehehehehe bijak anak buah mak long nie =)


lepas ambik dari pusat tuition
tanya umairah dan umar
lapar tak?
lapar ibu..
nak makan apa?
makan dominos pizza..
amboi serentak kakak dan adik menjawab
hehehehhe

tahu jea dominos dah dekat
terus nak makan pizza...
ok jom kita makan sini..
suka la masing-masing
beli pun set single dan tambah soup
baru rm16+-
murah kan...
pastu tambah lagi beli ayam
umar skang nie suka sangat makan ayam
skit skit ayam
skit skit ayam
mesti nak ayam skang nie
tak kesah lah ayam goreng ker..masak merah ker..kurma ker
asalkan ayam

peace yooo dari sofea
suka bila dapat makan
banyak jugak makan soup kat sini

umar rilex makan ayamnya
kakak umairah yang banyak layan sofea
manja kan =)

sofea..umairah..umar
bergabung memang meletop hehehehhee
sudah kenyang perut
jom kita balik

sebelum balik singgah kedai NTShop
kononya nak beli bekas air basuh tangan
sebab kat rumah tu penutup bekas airnya dah hilang ntah kat mana
puas cari tak jumpa jugak
tu yang nak membeli
malu bila orang datang rumah
tak terhidang lengkap dengan tempat air basuh tangan
tak lengkap dengan hidangan yang kita bawak tu

puas cari dalam kedai tapi tak jumpa
tanya pekerja kat kedai tu
pekerja situ bgtahu bekas tu dah habis jual
laaaaaa
musim raya nie memang laku kan bekas air basuh tangan nie
emmmm takperlah beli kat kedai lain jea lah

tapi sebelum nak keluar dari kedai
tengok tangan masing-masing dah berpegang barang
amboiiiiii

umairah sibuk memilih
cari pensil warna

sofea dah berlari dengan anak patungnya
hehehehehhe dah pandai shopping jugak si kecik nie


umar ambik patung askar
jadi masing-masing dapat sorang satulah
pandai yea mengepau ibu....
ok sebab harga baru rm2.12 sahaja
ibu proceed bayar...

kata kedai RM2 
jadi semua barang dalam kedai nie memang rm2 jea
tambah gst tu yang jadi RM2.12...

takperlah
anak-anak happy
ibu pun jadi happy jugak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi