Friday, 30 November 2012

Inai dari Mekah

member ofis Ain bagi ole-ole dari Mekah
ibunya baru balik dari menunaikan haji hari rabu yang lepas
dapat la sedikit air zamzam, inai dan sedikit kurma dan kismis
TQ

simpan dalam handbeg
umairah memang suka godek-godek handbeg aku
nak tengok apa yang ibunya belikan untuk dia
sekali ternampak inai daaa dalam handbeg
"wah ibu boleh kakak pakai inai nie" umairah
"ok malam nanti ibu pakaikan"aku

umairah memang suka bangat pakai inai
kalau balik ke rumah neneknya pasti akan pakai inai
lebihan dari kak ipar masa kenduri kahwinnya
malam tadi sambil tengok berita
umairah sudah tuntut janji nak pakai inai
jadi aku pakaikan inai hanya di kuku sahaja
sekali dengan umar pakai inai sekali
emmmmm sama jea perangai suka pakai inai
ingatkan stop di situ sahaja

tapi masa aku tengah sibuk buat crepe durian
umairah datang tunjuk pada aku tangan dia
MasyaAllah apa sudah jadi nie umairah

"pak lang buat"umairah
aku tengok macam dah jadi apa ntah
korang tengok sendiri la
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
hasilnya
hasil kretif pak lang dia akan si Sobri
siap letak nama lagi
hishhhh
apa kes daaaaa
nampak berserabut jadinya
bunga kat tangan tu dah ok dah
bila di lengan tu yang nampak jadi buruk plak aku tengok
huhuhuhuhu

umairah senyum suka jea la
nasib baik la cepat hilang inai nie kalau lukis di kulit

hah nie la pak langnya
sobri pun pakai inai gak di ibu jari
sabar la sobri dah tak sabar nak kawen erk
lagi 6 bulan jea ko nak kahwin eheh
tak sabar nak pakai inai di jari erk

umar pun sibuk nak gergambar jugak
hehehehehhe

aku pun turut terbabit pakai sekali inai malam tadi
tapi pakai di kuku jari kiri jea eheh

sejuk jea pakai inai mekah nie kan...
siapa kena cengkam kuku memang elok pakai inai cepat baik



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Resepi Durian Crepe yang Gebu

fuh memang Tsunami Crepe Durian skang nie
mana-mana BW pasti akan story pasal Crepe Durian
tak kira la sama ada buat sendiri ataupun membelinya dari orang lain
asalkan dapat makan dan rasa 
bila sudah rasa nak rasa berkali-kali lagi - bahaya tu hehehehhe

kali nie buat guna resepi Crepe Durian no.2
resepi versi no.1 boleh klik di sini
cuma bagi pendapat aku resepi versi no.1 nie bila nak lipat cepat pecah

bila dapat resepi versi no.2 nie, sudah buat
dan hasilnya memang cantik dan gebu jea crepenya
serta berbau wangi sebab menggunakan santan :)

jom intai Resepi Crepe Durian :
Bahan-Bahan 
1) 500g tepung gamdum
2) 1 sudu besar tepung ubi
3) 400g santan
4) 3 biji telor
5) sedikit garam
6) 1 sudu kecil esen vanilla
7) beberapa titik pewarna - ikut suka hati nak guna pewarna apa-kuning/jihau/merah

masukkan semua bahan ke dalam blender
blend sehingga kesemuanya sebati
tapis bahan tersebut untuk mendapatkan adunan sekata

setelah adunan sebati
masukkan pewarna 
aku guna pewarna kuning

panaskan non stick pan
ambil1 senduk adunan dan loyangkan ke dalam pan
buat macam kita buat lempeng
buat sehingga habis

hasil goyangan adunan dalam pan
kulit crepe gebu dan mulus

Bahan untuk buat Whipping Creme :
200 ml non dairy whipping creme
isi durian yang telah dicarik-carik


untuk membuatnya 
kulit crepe yang buruk di bahagian dalam
yang cantik di bahagian luar

letakkan whipping cream
dan letak sedikit atasnya isi durian
kalau korang suka manis letak lagi whipping cream di atas durian
than balut macam kita balut nasi lemak
senang kan...


dan hasilnya
Crepe Durian yang gebu dan mulusnya
bila makan cair di dalam mulut hehehehhehe

kalau korang malas nak buat
order jea dari aku
hehehehehhe

sms/call : 012-244 9373 [Ena]
Crepe Durian / Mangga / Kiwi - 4pcs = RM10.00 

selamat mencuba 





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Non-Stick Pan Yang Baru


yeay dapat non-stick yang baru
bukan dapat FREE tau
beli sendiri huhuhuhu

lepas magrib malam tadi
singgah ke kedai serbaneka 
tapi pan yang di jual besar laks
terus menuju ke Econsave

dari jauh sudah nampak pan yang berkenan di hati
size 20mm ok la tu kecik dari yang ada di rumah
warna putih bersih berseri
memang berkenan di hati

harga RM26.90 
mahal tak korang
aku dah lama tak beli kuali periuk belanga nie hehehehehe
jadi tak tahu baper harga market skang nie

ok la nie boleh buat crepe banyak-banyak 
beli nie pun sebab dapat order dari member kilang sayang
dah alang-alang banyak dapat tempahan baik beli yang baru
alasan hehehehehheee

apa-apa pun kalau korang nak order Crepe boleh jea order dari aku
ada Crepe Durian, Crepe Kiwi, Crepe Mangga dan Crepe Strawberry
nyum nyum so yummmyyyy

nak order
call/sms : 012-244 9373 [Ena]
jangan segan-segan nak order



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Salah Dapat

malam tadi lepas balik dari Econsave
singgah sebentar ke stall satay mahadi kuang
suka makan satay di sini
memang kena selera kami sekeluarga
ayam dan dagingnya memang lembut
dan kuah kacangnya sangatlah berlemak dan pedas

Ayam - secucuk 70sen
Daging - secucuk 80sen

memandangkan di rumah tak ramai orang
jadi order satay ayam 30 cucuk sahaja
sambil menunggu dalam kereta
borak-borak dengan umairah dan umar
banyak soalan m.cik kecik nie
naper tak tunggu di luar
naper orang tu kipas satay
naper kita tak makan sini jea
naper kita tak ajak wan 
naper naper naper
pening aku nak jawab hehehehehhe

semuanya KENAPA???

tapikan sampai di rumah
keluarkan satay dari plastik
aku dapat....
SATAY DAGING huhuhuhuhu
di rumah penggemar satay ialah satay ayam
tapi sebab dan dapat makan jea la
kalau makan di gerai confirm minta tukar semula
nie makan di rumah..makan ajer la
nasib baik sedap dan lembut jea dagingnya

umar memang suka makan daging
jadi bila makan satay daging memang no hal bagi umar
banyak jugak si bam bam nie makan

umairah jea tak makan
cuma makan nasi himpit jea
sibuk suruh snap gambar dengan buku mewarna barunya
beli di econsave

skang nie kalau beli mesti kena beli 2
kalau beli 1 confirm berebut
takut tengok kalau budak berdua nie bergaduh
selalu kalah mesti umairah
kesian kakak hehehehhe

korang suka makan satay tak :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tutti Fruitti Frozen Yoguart

lunch semalam sempat lagi kami menerjah ke Tutti Frutti
tiba-tiba tekak teringin nak terasa nyaman
the best thing mesti la kita bagi rasa Tutti Fruitti untuk kesegaran berpanjangan :D
ceh bagi promosi laks hehehehehe
kami pergi ke restaurant Tutti Frutti di TSB Sg.Buloh

tapi aku memang suka la Tutti Frutti nie
sedap sangat
suka makan bila sudah cair sedikit
rasa combine semua ice cream yang kita pilih
perghhhh memang syorga eheh

Aku dan Eikin
model of the day ~ Tutti Frutti

aku pilih 3 flavour
Choc..Vanilla dan Rasberry
Topping pilih M&M dan Nuts
suka kacang
bila makan rasa crunchy jea

tapikan flavour yang ada di sini terhad sangat
kalau tengok flavour yang Tutti Frutti ada
memang meleleh air liur la
jom tengok Flavour yang ada
teringin nak rasa flavour Red Velvet
mesti sedap kan...

harga yang aku perlu bayar
sila tengok price di dalam gambar
mahal kan
tak boleh ker Tutti Frutti bagi harga special skit huhuhuhu
tak boleh nak makan selalu
boleh kering wallet eheh

Eikin laks kena RM12.46
topping lebih ke arah choc chips

sambil drive balik ke ofis
sambil mulut makan ice cream yogurt
di luar panas
tapi di dalam sejuk nyaman
perghhhh sedap tokkkk


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 29 November 2012

Mimik Muka

umar skang nie bila ambil gambar
pasti akan membuat pelbagai aksi memek muka
kadang-kadang aku suka jea tengok
sebab nampak comel dan cute
macam mak dia
ok sila muntah yea :p

gambar nie snap pada pagi semalam
wajah fresh umar berusia 2 tahun


suka dengan gambar nie
CUTE jea


sayang umar
mmuahhhh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Birthday Party Umairah & Umar

malam tadi selamat niat di hati untuk mengadakan jamuan hari jadi untuk anak tersayang 
siapa lagi kalau bukan Umairah Zahrah dan Umar Zariff
kedua-duanya telah genap berusia 4 tahun dan 2 tahun
Alhamdulillah

sanggup mengambil cuti semalam untuk adakan jamuan nie
pagi hantar dahulu umairah ke nursery
senang nak buat kerja 
pergi ke NSK beli kelengkapan untuk jamuan
habis di sini sahaja nak dekat RM300
perghhhh kesat dahi time nak bayar :p

sampai di rumah terus singsing lengan baju
kelam kabut start memasak
dapat pertolongan dari super mom - TQ mak sebab sudi menolong mmmuahhhh
memang tak cukup masa
ada beberapa menu nak buat
tak sempat nak buat
bahan sudah beli cuma tak berkesempatan sahaja nak buat huhuhuhu
Pavlova..Cheest Tart..next time akan di buat InsyaAllah dalam masa terdekat kot :)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
berkat pertolongan dari sayang dan family
goodies beg part yang terakhir sekali
itu pun sayang yang beli barang dan mengpacking
aku memang tak sempat nak tengok pun apa yang sayang beli
yang aku tahu budak-budak terima dengan muka yang ceria :)

bila buat birthday part
benda yang paling penting sekali
sudah semestinya CAKE BIRTHDAY
jom tengok kek umairah dan umar

special request dari Umairah
nak kek Barbie
emmmmm ikut kan jea la
3kg - RM100.00 - pandan layer
memang sedap

kek Umar
berbentuk no.2 
apa yang penting ada edible image BoboyBoy
kartun kesuakaan umar
3kg - RM84.00

one happy family

mak buatkan kek pulut kuning untuk cucunya

potong kek bersama kawan-kawan 

antara hadiah yang umairah dan umar terima
terima kasih autie and uncle semua
tak dapat hadiah ada yang bagi duit
Alhamdulillah rezeki budak berdua nie

jom cuci mata dan tekak
menu yang disediakan
buah-buah dicurahkan choc
agar-agar blackcurrent - "wah class ko maria" hehehehhe
sheperd pie
nugget
sandwish

rendang ayam
pulut kuning
bee hun sup

pencuci mulut DURIAN

TQ sayang sebab mengambil masa dalam mempacking goodies beg untuk kanak-kanak


kak izan - colleague ofis


kak izan dan kak liza

mak dan bakal besan

hidayah dan sobri

apa-apa pun Alhadulillah majlis malam tadi berakhir dengan selamat
kecerian anak-anak amat bermakna dalam hidup kami
jadi berhabis sedikit untuk anak-anak
berbaloi dengan melihat senyuman terukir di bibir umairah dan umar

tahun depan InsyaAllah 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.4969441150727.2197003.1140158030&type=3



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 28 November 2012

Hari Nie Saya Cuti


salam semua
hari nie aku cuti
korang yang keja..keja baik-baik yea :p

sebab ambil cuti hari nie
sebab nak sibukkan diri di dapur
malam nie aku ada buat Jamuan Birthday untuk 
Umairah Zahrah dan Umar Zahriff
senang buat jamuan combined nie

dan paling happy sekali
hari nie Pay Day
gaji masyukkkk tu hehehehehe
baguskan buat jamuan sambil gaji dah masyukk :)

pada yang sudi nak datang ke rumah aku malam nie
jemput-jemput la datang
makan free jea

di alamat :
C,120 Kampung Melayu Sri Kundang
Jalan C2,
48050 Rawang
Selangor.

datang la kehadiran anda membawa seribu kebahagaian untuk family aku

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Umar
selamat hari jadi
 mmmuahhh 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Zahriff ~ 2 Tahun

 Selamat Hari Jadi Umar Zahriff
hari nie genap usia Umar 2 tahun

sekejap masa berlalu
kini anak ibu dan babah semakin membesar dengan cerdik
membesar dengan pelbagai kenakalan
membesar dengan seribu pertanyaan
membesar dengan memberi seribu kegembiraan dalam hidup ibu dan babah
membesar dengan suka membuli kakak umairah hehehehhe

ibu dan babah doakan semoga :
* menjadi anak yang soleh
* senantiasa dilindungi oleh Allah swt
* menjadi anak yang bijak dan mudah memahami apa yang diajar dan dipelajari
* menjadi anak yang sentiasa mendengar kata dan hormatkan orang tua

Amin


Umar Zahriff ketika baru dilahirkan

Umar Zahriff 1 tahun


Umar Zahriff 2 tahun
bergaya dengan rambut pacaknya

Umar yang suka berlenggeng sahaja
main di luar rumah dengan berpampers sahaja
geram tengok
macam-macam pe'el si bam bam nie

Selamat Hari Jadi Sayang
mmmuahhhh
malam nie kita potong kek yea :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 27 November 2012

Memborong Durian

cerita hari ahad yang lepas
gara-gara nak membuat crepe durian lagi
sanggup ajak sayang mencari durian
singgah ke Esonsave di Paya Jaras
untuk beli whipping cream

ternampak di tepi jalan orang tengah membeli durian
terus minta sayang stop
tanya berapa harganya
taukey cakap 1 plastik kuning hanya RM10.00
bila dengar harga RM10 jea terus kami beli hehehehhe
murah tu
isi la baper banyak pun dalam beg plastik tu
asalkan tak terkoyak bayar sahaja RM10 
tapi kena pandai guna strategi
sebab tak isi dengan elok plastik confirm akan terkoyak

beli 10 biji dengan harga RM10 jea
perghhhhh memang seronok la
isi pun memang elok
kuning dan putih lemak
pilih jangan tak pilih durian depan mata
durian dari Pahang

ramai yang memilih

cara sayang pilih durian
cari durinya yang berbentul lebar
goncang-goncang sedikit nak bagi dengar
ada bungi ataupun tidak
kalau ada bunyi itu tandanya durian itu sedap

umar masam mencuka
sebab sudah mengantuk tapi masih lagi di ajak membeli barang 

umairah berdiri di tepi sahaja
sibuk makan pau strawbery nya
sedap la tu sampai berdiri tegak jea melayan paunya

balik simpan separuh buat crepe durian dan buat serawa durian cicah dengan roti jala
perghhhh menjilat jari
apa lagi menu dari durian eheh
memang Tsunami durian skang nie kan
mana-mana pergi semuanya ada jual durian




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi