Thursday 22 November 2012

100% Free Breastfeeding (BF) dan Pampers

Alhamdulillah anak-anak aku kini telah 100% stop BF dan stop pakai pampers
kelegaan sangat

jom aku story pasal kisah anak aku berdua nie
Umairah Zahrah - 4 Tahun
Stop Pakai Pampers

genap usia umairah 4 tahun
baru lah 100% umairah tak pakai lagi pampers
syukur sangat sebab parents dia boleh spend duit pampers ke arah benda lain
budget untuk kelengkapan anak telah berkurang skit :D

sebenarnya dari awal tahun lagi
kami telah mengurangkan kadar pemakaian pampers pada umairah
cuma langkahnya step by step
memula kami nak kurangkan kadar pemakaian pampers
ialah dengan hanya memaikan pampers pada umairah ketika nak keluar jalan dan waktu tidor
duduk di rumah kami tak pakaikan
cuma kena kerap pantau umairah
setiap jam kena bertanya pada umairah..nak kencing atau tidak
kena sentiasa bertanya dan kena ajar cara mencuci selepas buang air kecil

dan ketika berjalan kena pakai pampers
sebab masih di awal pembelajaran
masa memula tak pakai pampers ketika berjalan
kami hanya pusing-pusing area rumah
pernah sekali tiba-tiba umairah terkencing dalam kereta
lepas tu kami jadi serik terus pakaikan semula umairah pampers ketika berjalan-jalan
bila tengok di rumah umairah semakin ok
baru kami tak pakaikan pampers ketika berjalan
cuma umairah nie satu jea geram, bila di rumah taknak plaks pergi toilet
tapi bila naik jea kereta mula la "ibu nak kencing..tak tahan dah" umairah
apa lagi kelam kabut la babahnya mencari stesyen petronas nak masuk toilet
bila dah ok ketika tak pakai pampers di rumah dan ketika berjalan-jalan

slowly kami tak pakaikan pampers waktu tidor 
memang susah gila bab yang satu nie
ambil masa yang lama jugak nak handle bab yang satu nie
dekat 3 minggu jugak nak ajar umairah untuk tidak kencing atas tilam
memula dahulu..tau2 jea basah jea tilam
banjir terus :p

bab yang ini sayang yang handle
setiap malam sayang akan kejutkan anaknya untuk bangun buang air kecil di toilet
selama 2 minggu kerja babahnya mengejut umairah setiap masa
bab aku laks akan tidak memberikan umairah minum susu selepas pukul 8pm
memang susah jugak, ialah selama 3tahun lebih umairah sudah biasa
minum susu sebelum tidor kan
jadi untuk mengelakkan terkencing atas tilam aku akan pastikan umairah minum susu sebelum pukul 8pm
dan akan pastikan sebelum tidor buang air kecil dulu
walaupun umairah cakap taknak membuang tetap aku ajak jugak masuk ke toilet
Alhamdulillah berjaya kini dengan kaedah yang kami gunakan..

Tips Untuk Stop Anak Pakai Pampers :

1) mulakan langkah dengan tidak pakaikan pampers ketika di rumah
2) setelah berjaya teruskan langkah untuk tidak memaikan pampers ketika bersiar-siar
3) setelah berjaya teruskan untuk waktu malam : 
-stopkan bagi anak minum susu selepas pukul 8 malam
-sebelum tidor pastikan anak buang air kecil dahulu
-ketika tidor kejutkan anak setiap 4 jam untuk buang air kecil
-apabila sudah biasa anak akan kejutkan ibu bapa untuk buang air
setelah perkara ini terjadi..anda telah BERJAYA mendidik anak anda untuk tidak pakai pampers
Good Luck Dear :D


Umar Zariff - 1 Tahun 11 Bulan
Stop Breast Feeding (BF)

Berjaya menyusukan badan kepada anak bujang aku sehingga umurnya 1tahun 9bulan
memang niat di hati nak BF umar sehingga 2 tahun 
tapi semasa bulan puasa yang lepas (Aug12)
ketika umar BF dengan tiba-tiba sahaja
umar menggigit nipple aku
memang sakit gila waktu
sebelum-sebelum nie pun umar memang suka jea gigit nipple aku
tapi kali nie gigitan umar memang lain macam sangat-sangat
bila aku belek-belek ada darah skit
lepas 2 hari aku tengok nipple aku bengkak dan 3 lubang
time nie aku memang sudah menggelabah
nak jumpa doc, malu laks
bagi BF sebelah kiri kepada umar, umar memang taknak
umar suka sangat BF sebelah kanan tapi yang digigitnya sebelah kanan
jadi aku memang tak bagi BF pada umar sejak kena gigit
tak bagi BF tu umar memang memberontak
asyik meregek jea 
tapi pujuk baik-baik dan layan jea segala kerenah si bam bam nie
finally memag skang nie 100% stop BF
hanya minum susu botol jea skang nie

tapi satu jea tak tahu macam mana nak stopkan umar
habib yang satu nie..
bila aku balik jea dari kerja
confirm umar akan datang ke arah aku..peluk2 dan kiss2
pastu mula la tangan dia akan meraba breast aku
uwaaaaaaaa bab nie tak tahu nak handle macam mana
babah dia selalu tegur jangan buat macam tu
kadang-kadang aku sakat umar
aku akan pakai korset jadi tak dapat la umar meraba hahahahahha
lepas tu muncung la sedepa mulut si kecik nie
hehehehhehehe
mak cakap umar nak lepaskan gian dia tak dapat menyusu
jadi lepaskna gian dia dengan meraba breast aku
dapat pegang sekejap lepas tu umar akan buat hal dia

hehehehheheee kalah babah dia :p

story korang macam mana plak...




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. Alhamdulillah..
    Zakwan free diapers umo 4 thn jgk..
    Rase lagi senang keje dr belajar free duapers umo 2-3 thn..masa tu asek bocor je
    Kali ni sbb zakwan dh besar, cm senang nk paham
    Takde lagi tragedi bocor atas tilam atau kt mane2

    Bf plak, zakwan stop umo 3 thn 2 bln
    Tu pun takde peristiwa letak halia,asam jawa@sirap kat breast
    Zakwan stop sendri sbb atok die ugut nk bwk baby blk kg klu die masih bf..trus stop sendri

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi