Thursday 8 November 2012

Fenomena Durian Crepe

1st time aku makan Durian Crepe nie ketika pregnant kan umairah
memang mengidam sangat nak makan durian crepe nie
gara-gara selepas tengok rancangan di tv
terus terliur
berusaha keras la sayang mencari durian crepe nie di midvalley
semua ceruk la kami mencari
finally jumpa di bagunan baru - kios dia kecik jea
makan seketul jea 
pastu mengidam benda lain laks hahahahaha
itu tahun 2008 - lamakan
hampir 4 tahun

dan tak sangka baru skang nie fenomena Durian Crepe bermula
fuhhhh lama gila baru jadi femes
memandangkan blog dan FB asyik letak gambar Durian Crepe
aku pun terpengaruh jugak untuk testing buat sendiri
ialah nak beli macam mahal jea
4bijik - RM10.00
memandangkan seisi rumah aku ramai
mana mungkin cukup beli RM10.00 jea
fikir punya fikir
baik buat sendiri jea - boleh buat banyak dan jimat kos
eheh

gagah mencari durian malam tadi
beli durian D24 - sekilo RM12.00
beli 2 bijik terus charge RM36.00 (3kilo)
perghhhhh mahal gila siot
tapi disebabkan tekak nak makan
bayar jea la
tak beli tak merasa laks nak buat durian crepe plak :p

Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan :
1) 50grm tepung gamdum
2) 1 sudu tepung ubi kayu
3) 1 bijik telor
4) 3 sudu butter - dicairkan
5) 1 sudu kecil esen vanilla
6) 160ml air
7) 40ml susu cair
7) 2 sudu gula halus

Cara membuatnya :
1) masukkan semua bahan dalam blender..blende sehingga sebati
2) Tapis adunan yang telah sebati
3) panaskan kuali non-stick..oles kuali dengan sedikit minyak
3) ambil sesenduk adunan, masak sehingga menjadi crepe - garing
jangan terbalikkan adunan..masak sehingga adunan menjadi kering
4) buat sehingga habis dan sejukkan

Bahan Inti :
1) isi durian yang telah diceraikan dari bijik durian
2) whipping cream yang telah di mixer sehingga kembang

letak isi durian di bahagian tengah crepe
atasnya letakkan whipping cream
lipat crepe
dan masukkan sekejap ke dalam fridge 


sedap di makan ketika dingin
rasa macam makan ice cream durian

sedappppp

nak buat lagi tapi nak guna resepi yang lain
tungguuuu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi