Tuesday 20 November 2012

Jalan Berlubang

Jalan Berlubang
siapa yang tinggal di Kg.Setia, Kuang, Sri Kundang dan Sg.Plong
pasti akan melalui jalan Bukit Rahman Putra dan melalui jalan shortcut - Pinggiran Rahman Putra
sejak sebulan yang lepas, kami pengguna jalan di sini
mengalami masa yang sukar ketika melalui jalan tersebut
kerana infrastrutur jalanya yang berlubang sana dan sini

semalam aku nyaris mengalami kemalangan
kereta dari sebelah kanan aku dengan tiba-tiba
memasuki jalan aku hanya kerana hendak menggelakkan lubang dihadapannya
tapi terlupa dengan pemandu si sebelah krinya
Alhamdulillah nasib baik aku sempat brek
dan tiada kereta di belakang aku
kalau tidak..pasti tepi sebelah kanan dan belakang WMN pasti berdentum
syukur sangat tiada apa-apa yang berlaku

lubang yang besar dan dalam
jika tidak hujan pasti kita sebagai pemandu akan cuba
untuk mengelakkan diri melanggar masuk ke dalam lubang
tapi jika bayangkan hujan turun dengan lebatnya
dan lubang tersebut dipenuhi dengan air
pasti kita akan memandu kenderaan seperti biasa tanpa dapat mengagak di mana lubang tersebut
ini memang berbahaya, yang kita menggelarnya sebagai LUBANG MAUT
kita yang menaiki kenderaan beroda empat pasti selamat
tapi bagaimana pulak pada mereka yang menaiki kenderaan beroda dua - motosikal
pasti akan berlakunya kemalangan

banyak sudah kemalangan jiwa berlaku
disebabkan jalan tak yang tidak rata dan berlubang besar
disebabkan jalan berlubang ini bukan hanya memberi sebab kemalangan sahaja
tapi memberi sumbangan kesesakan jalan yang teruk
jika pemandu mengikut jalan pinggiran rahman putra
pasti setiap petang ketika untuk pulang ke rumah
menhadapi hari-hari yang tension kerana terpaksa menunggu lama untuk sampai ke rumah
hanya kerana jalan yang berlubang teruk dan tidak rata
membuatkan pemandu memandu kenderaan mereka dengan amat perlahan
ketika melalui jalan yang teruk

emmmmm di sini siapa sepatutnya melakukan tanggungjawabnya
Adun mana yang perlu memikul tanggungjawab ini
apa yang pasti bila dekat pilihanraya baru jalan ini akan diperbaharui
ataupun nak tunggu kemalangan jiwa baru pihak yang bertanggungjawab akan membuat kerjanya
jangan hanya pandai menuding jari

harap ada pihak yang mengambil berat akan permasalahan ini..
emmmm nak panggil TV3 untuk buat aduan rakyat ker..baru pihak bertanggungjawab buka mata..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi