Wednesday 29 February 2012

Sebab Le Tour D'Langkawi Tak Dapat Nak Shopping

 hari nie bosan skit di ofis
sebab member nak chit chat takder
syikin cuti hari nie
jadi kebosanan melanda

dalam pukul 11 lebih ct call aku
beritahu jangan ke mana-mana
sebab jalan sg.buloh jem teruk
gara-gara bagi laluan pada orang berbasikal
ialah skang niekan tengah hot dengan d'tour d'Langkawi
jadi niat nak pergi ke The Store waktu lunch nanti hancur lebur
sebab jalan akan di buka semula selepas pukul 2pm
emmmm nak makan mc'd pun tak boleh la
sebab jalan BRP pun jem gak huhuhuhu

jadi decide makan tapau nasi kukus jea
sebab jalan ke arah matang pagar tak jem pun
keluar tadi sorang-sorang jea la
takder teman pun huhuhuhu

keluar jea dari ofis
hujan sudah mula turun
tapi lepas beli jea nasi
masuk dalam kereta
terus hujan mencurah-curah
fuhhhh selamat
kalau tidak basah lencun la baju aku

 jadi lunch tadi
makan nasi bungkus jea
tak ke mana pun
tu pun beli 2 bungkus
sabri minta tolong tapaukan sekali untuk dia
makan nasi tengah panas
dengan suasana hujan di luar
sedap jea makan..

jemput makan yea teman-teman semua
Alhamdulillah dengan rezeki hari ini
kenyang sesangat

peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tahun Lompat 2012

selamat pagi semua
hari nie kita mengirup udara dan bernafas
untuk tahun lompat
yang bermakna kita hanya sambut 29hb pada bulan february hanya sekali dalam 4 tahun
biasanya setahun hanya 365 hari
tapi bila tahun lompat ada 366 hari

dan pada yang menyabut ulangtahun pada hari nie
selamat hari jadi yea
seronokkan bila kelahiran kita jatuh pada 29hb Feb
sebab semua orang ternanti-nantikan tarikh kelahiran kita eheh

agak-agaknya kadar kelahiran baby pada hari nie
ramai tak..

korang tahu tak
kalau aku teringat hari nie tahun lompat
aku pasti teringat pada nie

KATAK
bila teringat pada katak
mesti teringat pada cerita Ali Setan
yang Ogy kena sakat dalam lecturer room
hehehehhe ialah masa birthday dia
dia dapat hadiah katak hehehehehhe
lawakkan citer tu

ok la teman-teman semua
selamat bekerja
peace


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 28 February 2012

Cukur Jambul Baby Amani

 hujung minggu yang lepas
kami pergi ke Kg.Pasir N.9
untuk menghadiri jemputan cukur jambul anak buah lini
adik ipar kepada adik aku telah lahirkan anaknya yang sulung - perempuan
majlisnya buat di N9, rumah neneknya
nie adalah 1st time aku melihat anak buah adik aku
masa lahir memang tak sempat nak lihat
sebab umar demam ketika tu
jadi tak sempat nak lihat baby amani nie

lini cakap masa dia snap gambar nie
dia memang tak syark aku sempat lagi nak sengih depan camera
cepat jea aku senyum
kalau tak pegang gunting confirm tanda peace dari aku
hahahahahha

 turn lini plak menggunting sedikit rambut amani
mak mertua adik aku lini
kini sudah mendapat 2 cucu lah

 one happy family
sayang tak ikut sebab macam biasa la - kerja

 umar yang suka mencari publisiti
takut beb
sebab rumah nie English Style
jadi banyak mini-mini punya pasu
takut beb sebab umar bukan boleh tengok benda-benda kecik nie
asyik la nak memegangnya
jadi tugas aku asyik la kena mengawasi si kecik nie pergi ke mana-mana
nakal tau

umairah yang tengah takder mood 
sebab dah lapar
tapi tak boleh nak makan lagi
majlis belum habis lagi
nasib baik la dapat goodies beg
yang dalamnya banyak jajan
jadi makan la dulu jajan yang ada

salam
peace


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 27 February 2012

Pening Kepala

emmm hari nie sudah boleh register class
tapi dari pagi tadi sehingga la petang nie
nak masuk student portal
asyik la error
mesti ramai gila yang buka portal hari nie

emmmm pastu tengok sesi jadual hanya satu jea
yang ada subjek yang aku nak apply
hish harap time aku boleh buka nanti boleh register course
Amin


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 25 February 2012

Hari Mengemas Store Ofis

 hari nie sabtu memang turn aku bekerja
tapi boss kami minta kami mengemas barang-barang finance
di bilik logistik
jadi member-member finance yang lain kena la datang jugak
sepatutnya dari finance 4 orang datang
tapi last minute kak viji tak dapat datang ada hal ..... emmmmm tak tahu nak cakap apa
cuma terdetik di hati jea la emmmmmm

store tu memang penuh gila dengan kotak-kotak
kena pilih memilih la
sebab mana-mana dokument bawah tahun 2005 - buang
atas tahun 2005 kena simpan
sebab dokumen kena simpan 7 thanu dari tahun yang kini
cuma dokumen finance banyak yang kena simpan
ialah sebab melibatkan audit kan
nak buang pun takut jugak in future kena cari balik
jadi dokumen finance akan diletakkan di baranch KL
sebab di sana banyak lagi bilik kosong
tapi store bawah tu yang banyak payroll dept pun
tu pun dari tahun 1999 sehingga 2006
jadi kebanyakkan memang kak liza minta buang ajer
operation dan logistik barangnya sedikit sahaja

tapi memang penat gila la beb
kotak yang di angkat semuanya berat gila mak datuk
yang buat kerja pun tak ramai
baper kerat jea - geram jea
nasib baik la ada kak nor, kak liza dan azhar
yang lain emmmmmm

store yang tengah di punggah oleh sabri
memang penuh gila dengan kotak dan dokumen
nak plak Azhar menakutkan kami
kat store nie ada ular, kala jengking 
hampeh betul la budak nie
menakutkan kami jea nak memunggah barang


 sebelum buat kerja kita posing jap
ialah sebelum make up jadi cairkan eheh
tetiba plak kak nor terselit di belakang kami hahahahahaha

penuh satu van CIT dengan dokumen yang nak di jual
nie baru 1st trip
belum habis lagi kami sumbat dalam van nie
entah baper duit dapat jual kertas-kertas nie

alahai dah mula rasa sakit-sakit badan
nie nak claim kat saper kalau beli paneplax nie huhuhuhuhu
kena urut badan la kalau macam nie

salamat berhujung minggu :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Sudah Berani

petang semalam sampai jea di rumah
mak memang menunggu aku balik
aku tak keluar dari kereta pun
sebab nak bawak umar pergi klinik
rasa jugak dahi umar
memang panas

pergi klinik keluarga di BBSG
nasib baik prang tak ramai lagi
lepas sorang patient
nama umar di sebut
masuk dan duduk di depan doc
umar steady jea lagi
tak nangis macam sebelum nie
agaknya dia ralat tengok doc handsome sangat kot hahahahaha

bila check suhu badan 39.5
memang tinggi
check tekak memang bengkak
patut la taknak minum susu sangat
makan pun skit jea
check dada umar, pernafasan lancar
tak kuat..

memndangkan suhu umar tinggi
doc bagi ubat bontot
bila bab nie memang menangis la umar
cian anak ibu

dapat ubat antibiotik, demam dan batuk & selsema
kena charge RM60.00
emmmm budak tengah membesar memang setiap bulan kena jumpa doc
takper la anak punya pasalkan
cepat-cepat sembuh yea sayang 
mmmuahhhhh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 24 February 2012

Kudapan Di Waktu Petang

CHOCOLAT ...
siapa jea yang tak suka
suami nak pikat dan pujuk hati isteri pun
choc pasti menjadi pilihan
kalau bunga bukan boleh makan kan eheh

suami aku dah tahu sangat perangai aku yang satu nie
choc apa dan choc apa yang ada di pasaran
pasti dibelikan

tapi choc di atas aku yang beli yea
Nestle wafer tu aku belikan untuk umairah, umar dan pija
anak-anak aku memang suka dengan choc nie
dan aku pun suka gak makan
nak bagi anak makan tak risau sangat comot
sebab choc nie bukan jenis cair di tangan
hanya cair di mulut hehehehhe

kali nie aku try makan choc dove
jangan ingat shampo dove dan lotion dove jea
choc pun ada jenama dove jugak eheh
makan choc nie terasa macam makan choc crispy jea
ialah sebab di dalam choc dove nie ada crispy rice
sedap jea

boleh la beli untuk makan di ofis
sambil-sambil buat kerja
sambil-sambil tu mulut mengunyah jugak

salam :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Demam

cian anak ibu
dari petang semalam lagi umar macam tak sihat
lepas balik dari merisik malam tadi
umar macam dah meregek-rengek manja dengan aku
tidor pun nak berkepit jea
langsung taknak tidor berenggang
memang manja umar nie
umairah plak manja sangat dengan babahnya

pagi tadi pukul 5am
umar merengek
aku bangun dan rasa dahi dan badannya memang panas
terus bagi makan ubat demam
dan jeram kepala dan badan umar dengan tuala basah
umar emmang tak suka aku letak tuala basah di dahinya
letak cool fever pun taknak
jadi terpaksa la aku lap lap sekejap dahi dan badan umar
dengan tuala lembap

nak amik EL hari nie
macam tak boleh sebab ada kerja yang perlu disiapkan
cakap dengan sayang sebelum pergi kerja
kalau badan umar panas lagi
sayang bawak pergi klinik dahulu sebelum pergi kerja
dan tadi sebelum sayang pergi kerja 
sayang beritahu yang keadaan umar ok
cuma tak boleh nak berenggang sangat dengan dia
jadi dia tetap pergi kerja
petang nie aku akan bawak umar pergi ke klinik
sebab ubat demam umar pun sudah tinggal sedikit
kalau sudah demam pasti akan kena batuk jugak
jadi baik ambil langkah berjaga-jaga

semoga anak ibu cepat sembuh yea
ibu nak buat kerja pun tak senang hati
asyik teringat pada umar sahaja..


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sudah Sampai Serunya Adik Lelaki - Sobri

 sampai seru siapa erk
sudah tiba saatnya
anak bujang mak aku nak memasuki alam perkahwinan
sobri la saper lagi
malam tadi selepas isyak
kami 3 buah kereta bergerak ke rumah pihak perempuan 
merisik menyempurnakan adat
ialah bercinta dan berkenalan sudah
merisik tetap merisik

dengan berbekalkan cincin belah rotan untuk merisik
dan sebekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka - emmm tahu la mak dari melaka
kuih pun pilih yang nama kuih melaka :p
aku tanyak jugak pada mak naper nak bawak kuih
mak cakap biarlah kita datang dengan kemanisan
elok untuk memulakan perhubungan
aku yang dengar hanya cakap ooooooo

sobri bersama dengan mak
pegang sedulang bekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka
senyum meleret jea

kami sekeluarga
sayang tak dapat join sebab kerja
nasir plak entah mana hilang - jumpa kawan la tu
nie adalah 1st time kami pergi merisik
sebelum nie family aku hanya menerima undangan merisik jea eheh
ialah dua-dua anak perempuan kan

 adat merisik nie bagi aku dan family
caranya sempoi jea
cuma ayat nak menyunting bunga di taman tetap di guna pakai
tak hilang dek masa tak luput dek hari - hampeh betul aku punya bahasa
confirm bahasa aku linkup kahkahkah

jadi perbincangan malam tadi
majlis pertunangan akan diadakan pada 1May
hantaran 7 berbalas 9 dulang
akan di beri kain untuk kakak dan abangnya
sebab bakal tunang sobri nie melangkah 3 orang sekali
atasnya semua belum kahwin lagi
ambik ko lompat terus ke 4 tu

jadi lepas nie sobri
mencari ko duit untuk kahwin nanti
cari jugak ilmu nak kahwin
jangan ingat sudah masuk ke alam perkahwinan nie mudah dan senang
banyak dugaan dan cobaan akan ko hadapi
kuat atau pun tidak jea korang akan bertahan

upacara berakhir dengan jamuan ringan dari tuan rumah
kami dihidangkan mee kari
sedap
nak tambah lagi malu plak

penutup cerita lihat pada wajah umairah
aku rasa aku potong rambut depan umairah macam tobek jea
tak serata pun
huhuhuhu cian anak ibu
tak cantik jadinya rambut depan
aduhai rambut cepat la panjang 

salam


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 23 February 2012

Sambutan Sederhana Hari Jadi Mak

 pagi-pagi lagi aku dah msg adik-adik aku
yang hari nie birthday mak
biasalah aku nie memang calender bergerak
antara semua orang aku satu-satunya yang hafal birthday family aku
siap tahun lagi eheh
jadi jatuhnya birtday seseorang pada bulan tersebut
aku akan reminder pada semua orang

jadi sebab tak bergaji lagi
buat ala-ala jea
plan asal nanti nak buat BBQ untuk mak
memandangkan birthday mak hari nie
kiranya nie jamuan prebirthday untuk mak la eheh

balik kerja aku terus pergi kedai kek
nak buat sendiri tak sempat
jadi mudah beli jea di kedai bakery - Azbi Bakery
pastu baru ambil umairah di nursery
umairah nampak plak kotak kek nie
siap cakap tu kek berday untuk dia laks
hish budak nie
aku terangkan elok-elok nie birtday kek untuk wan
nanti kakak boleh tiup lilin sama-sama dengan wan yea
dia cuma angguk jea bila aku cakp mcm tu
lega skit hati bila dia setuju jangan cakap apa-apa pada wan dia

tapi bila aku masuk jea parking kereta
umairah turun jea dari kereta
terus umairah menjerit kat wan dia
"wan..ada kek untuk wan..nanti kakak boleh tiup lilin dengan wan yea"umairah
aku yang belum sempat nak keluar dari kereta lagi
terus tergelak tak ingat dunia
alahai umairah dah pecah lubang laks

kek birthday for my mom
pandan layer cake
rasa ok la


di kelilingi oleh cucu cucu tersayang
bila nak tambah lagi hahahahhaha

lihat pada gambar nie
siapa birthday girl sebenarnya hahahahha
yang beriya meniup lilin sudah semestinya umairah hahahahahha

one happy family in d'house
cuma sayang jea yang takder
sayang kerja malam minggu nie
takper la hujung minggu nanti kita buat BBQ yea
menu yang sempoi
buat hee hun sup jea

hah itu dia
birthday mom dah kena calit dengan cream kek
telor pun terkena sekali
aku awal-awal lagi sudah cabut
malas nak mandi lagi

umar pun terkena sekali
muka budak tak bersalah eheh

nie kerja pakngah nya
habis muka budak berdua nie pun tercalit sekali
hehehehehhe
duk diam jea umairah dan pija dicalitkan cream kek di muka
kami yang tengok tergelak-gelak jea tengok

Allah selamatkan mak
Allah selamatkan mak 
Allah selamatkan mak
kami semua sayang mak
mmuahhhhh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 22 February 2012

Amboi..Amboi..Amboi..Buat Aper tu

ini budak memang tak boleh dibiarkan sorang-sorang
kalau kita biarkan lama tak nampak bayang si kecik nie
dan tak dengar suara si kecik nie
sah dan confirm ada la si kecik nie membuat sesuatu
diam bukan bererti aman yea
diam bererti kena cepat-cepat melihat kelibat umairah dan umar

dan malam tadi
risau jea sebab tak nampak kelibat umar di ruang tamu
cari punya cari
rupa-rupanya si kecik nie
tengah membelek-belek dan menekan-nekan hp aku
emmmm nie la kalau sunyi tanpa kata-kata umar
pasti ada jea projek mega yang senyap-senyap dia buat
hp unlock umar dah pandai buka
huhuhuhuhu takut jea aku risau
sebab dia selalu nampak umairah tengok upin & ipin dalam hp aku
tu yang dia try sedaya upaya menekan nak tengok upin & ipin

alahai anak ibu nie
ada jea 
cayang umar si bam bam
cayang jugak pada kakak umairah
mmmuahhh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kami Berdua yang Sengal

 last week lagi aku macam berminat nak beli headphone
bila aku ternampak headphone star pinky
comel betul la
opsss berminat sebab apa sebenarnya nie
sebab memang nak pakai atau terpikat dek colournya sahaja

pastu di ofis terlepas cakap pada khair
dan dia boleh tolong belikan 
ok la tu kan
pucuk di cita..ulam mendatang..
hari nie dapat headphone tu
wahhhh memang suka gila
comel jea macam tuan nya
hahahahaha yea sila la muntah darah :p
harganya pun RM10.00 jea
bagi duit lebih pada khair
tapi mamat nie taknak laks
thanks beb

macam mana..cantik tak headphone aku nie
ada gambar smiley tu
comelkan..
cakap la comel nanti i merajuk tau eheh

syikin plak ada star 
comel gak
memang la kami nie
sengal tahap apa ntah
ialah tak mampu nak bawak radio
dengar radio dari internet jea la eheh

senyum sokmo 


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Lunch Di Rimbun

seyes bila lunch hour
perkara yang selalu akan dipeikirkan atau akan di tanya
nak makan di mana..seyes malas gila nak fikir
kalau bawak bekal senang jea
tiba jea lunch hour
ambil bekal makan depan pc jea
kalau syikin bawak boleh la makan sekejap di meja belakang
almaklum la ofis kami nie takder pantry
pantry hanya ada rak meja untuk susun balang-balang gula, milo dll
dan ada RO water sahaja
meja belakang aku plak masih kekosongan lagi
entah bila boss aku nak ambik vacant baru
mungkin tak kot buat masa skang nie

jadi tadi aku terus jea drive pergi ke restaurant Rimbun
dekat jea dengan ofis aku nie
tapi kalau menapak basah jugak la ketiak
jadi baik naik kereta beraircond skit

sebab taknak makan nasi berlauk
aku order makanan bergoreng 
nasi tetap nasi
order nasi goreng seafood
ada sotong..udang..ayam..timun..telor grg..
ok la rasanya
harga RM5.50
minum air suam jea

syikin laks order bee hun tom yam
tawar betul kuahnya
agaknya tukang masak ada darah tinggi kot
tu yang dia takut nak isi garam dalam makanan
harga RM4.50
minum sirap limau 

Alhamulillah dengan rezeki hari ini
lunch korang makan apa laks
mesti best dan sedap-sedap kan

salam


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selamat Hari Jadi Mak

hari nie genap mak 53 tahun
selamat hari jadi mak
akak doakan mak akan terus
sihat walafiat
dan sentiada di lindungi oleh Allah swt
Amin

note : nanti kami nak tepek muka mak dengan cream icing kek
peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 21 February 2012

Suntikan Typhoid

 hari Jumaat yang lepas bawak mak dan Lini
pergi ke Klinik Medijay
nie panel klinik untuk ofis aku
sebelum pergi try jugak contact klinik-klinik yang lain
tapi di klinik mereka takder service untuk suntikan typhoid

try call panel klinik ofis aku
dan ada..bagus la sebab dekat jea belakang ofis aku nie jea


korang pernah dengar suntikan typhoid nie tak
bukan suntikan botox yea teman-teman heheheheh
dan bukan jugak suntikan vitamin c untuk cantikkan kulit tu yea hehehehhe
nie suntikan untuk mencegah penyakit taun dan keracunan makanan
memang wajib kena ambil bagi yang melibatkan perniagaan makanan dan minuman
memang kementerian kesihatan mewajibkan peniaga dan pekerja
mengambil suntikan nie

jadi apa kena mengena aku dan keluarga akukan
ada yea..
aku kan hantar kuih ke Hospital Selayang
jadi emmang wajib la ambil suntikan nie
tapi bila aku tanya pada doc aku tak perlu kena suntik
sebab aku menyusukan baby - fuhh lega eheh
jadi cuma mak dan lini sahaja yang kena ambil suntikan typhoid nie
lepas kena suntikan lini cakap tangan dia rasa kebas-kebas dan lenguh
pelalian nie bertahan untuk 3 tahun
aku boleh ambil suntikan typhoid nie selepas umar berhenti menyusu badan la

di sini suntikan nie di charge RM50.00 sekali cucuk
mahalkan..
tapi nak buat macam mana klinik yang lain takder
nak taknak kena la ambil jugak di sini
tiada pilihan

1st mak yang terima suntikan dahulu
hehehehhe takut jugak mak nak kena suntikan


lini pun sama takut jugak
pija nak nangis jea bila tengok Ibu dia kena suntik

aku..hanya melihat dan snap gambar sahaja la
lalalalalala selamat aku tak kena
peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

cer teka cer teka eheh

 skang nie
ada dua budak kecik yang akan berebut remote tv
sebelum nie selalu berebut dengan umairah jea
tapi skang nie umar pun termasuk senarai jugak
adeih pening kepala
bila dapat pegang remote tv jea
cannel kartun jea la jadi pilihan
macam umar yang masih lagi tidak pandai nak pilih cannel tv
tapi once dapat pegang remote
confirm siaran akan berubah-rubah
mengikut apa sahaja jari kecik si bam bam tu picit
geram betul tau

jari-jari umar yang bam bam tengah leka memicit-micit butang cannel
entah apa- apa siaran akan muncul

hah tengok la gaya seorang yang berlagak macho
menekan punat cannel tv
siap angkat kaki sebelah lagi
perghhhh gaya memang tak boleh blah la

kalau kakak dia geram
memang bising la suara budak berdua nie terjerit-jerit
yang selalu kalah pasti lah umairah
cian anak ibu
sebab umar kalau dah cepuk dengan tangannnya
memang la sakit

jadi tajuk cer teka..cer teka
sajer jea hehehehehhe
tak tahu nak letak tajuk apa hahahahha


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Zoo Negara

zoo negara
siapa sahaja yang ada anak tengah membesar
pasti tak lengkap tak membawa anak pergi ke zoo negara
ialah mengajar anak hanya melihat di buku bergambar
jadi dapat menunjukkan binatang yang sebenar di hadapan mata
pasti terpancar wajah kegembiraan dan ketakutan di wajah anak-anak
ialah melihat di buku nampak hanya kecil dan boleh picit-picit guna tangan
tapi bila melihat realitinya
masing-masing terlopong mulut dibuatnya

jadi pemergian aku ke zoo negara adalah kali ke dua
kali pertama ketika umairah 6 bulan
pada ketika itu umairah masih lagi tidak mengenal apa-apa
pada ketika ini umairah berumur 4 tahun
banyak benda yang dia kenal
dan mulut tak henti-henti menanya soalan
umar tika ini berumur 1 tahun lebih
hanya melopong mulut melihat binatang yang bersize besar

tak lengkap rasanya kalau tak bergambar di hadapan pintu masuk zoo negara
kami datang ke sini pada cuti Thaipussam yang lalu
tak ramai sangat orang
mungkin kami datang pada sebelah petang
itu yang menyebabkan orang ramai yang sudah nak balik
tika kami plak memasuku pintu gerbang masuk

sebelum masuk lebih jauh
ada photografer yang minta kami bergambar di hadapan banner zoo negara
kalau berminat boleh membeli sebelum melangkah keluar dari zoo
emmmm harganya RM35.00
takper la baik minta mamat tu tangkapkan gambar sekeluarga kami nie

ketika menunggu giliran untuk membayar tiket masuk
sudah mahal tiket masuk skang nie kan
dewasa - RM20.00
kanak - kanak - RM6.00 
seratus lebih habis untuk membayar tiket sahaja

belajar dari kesilapan lalu
sebelum nie kami round zoo hanya dengan berjalan kaki sahaja
mampos tak hengat la bila sampai rumah
kaki penat gila
nak-nak plak masa tu mendukung umairah
serik beb
sebab tu la kami terus beratur di bahagian menaiki bas tanpa dinding
untuk melihat binatang-binatang yang ada di dalam zoo nie
tak penat nak berjalan sangat

kena bayar jugak tau
bukan free yea
Dewasa - RM2.00
kanak-kanak - alamak tak ingat plak kena charge baper

nie la rupa bas yang akan membawa pelawat mengelilingi zoo negara
tak penat kaki untuk berjalan

memula naik train nie
umar menangis
takut nampak terus di luar kot hehehhehe

binatang-binatang yang sempat aku snap dalam perjalanan mengelilingi zoo negara
umairah xcited tengaok zirafah dan gajah

berhenti sebentar di hentian seterusnya
di sini aku pusing-pusing sebentar
melihat singa, harimau dll

melepak sebentar di tepi tasik
banyak betul bangau
angsa hitam dan putih
aku ralat tengok bangau menangkap ikan menggunakan paruhnya yang panjang tu

beli air tin minuman di mesin
memang cekik darah
1 tin air - RM2.50
beli nugget 4 ketul - RM4.00
perghhhh kalau masuk takder duit lebih jangan la nak bawak anak-anak masuk
serba serbi mahal di dalam nie
boleh botak kepala dibuatnya

kami masuk ke bahagian yang ada pelbagai jenis ular
sayang berani plak nak memegang ular sawa tu
aku dah geli geleman nak pegang
umar pun menangis tengok ular tu berbelit di leher babahnya
nasib baik la umar malam tak mengigau
cian anak ibu

pastu ada tasik yang bahagian yang lain
ada flaminggo
memang cantik la jenis burung nie
kaki kalah model eheh

memandangkan ada showtime di zoo nie
kalau pagi pukul 11am
dan petang pukul 3pm
kami melihat show pukul 3pm
sebelum start tu kami melihat kawasan sekeliling

umairah memang suka tengok monyet
bila dapat tengok pelbagai jenis monyet
memang suka si kecik nie
siap buat gaya monyet berhayut lagi
bila nampak pengguin
terus cakap pingui - kerektur kartun yang dia suka

sebelum show start
mesti la bergambar-gambar di tempat showtime
sambil-sambil tu makan kudapan yang mahal gila harganya

showtime bermula
ada beberapa jenis binatang yang buat show
umar paling melopong mulutnya bila singa laut buat pelbagai aksi

habis jea show
terus bergerak balik
ialah emmang dah habis tawaf
bila kami melihat show tersebut

ketika menunggu sayang membayar duit parking
umairah dan pija berlari-lari di hadapan pintu zoo negara
tak semena-semena umairah jatuh tersungkur
sempat lagi Lini snap gambat umairah jatuh berdebuk
cian anak ibu
menangis tak ingat dunia

habis sudah story aku di zoo negara
pengajarannya bila datang ke zoo
bawak kudapan sendiri nak masuk
sumbat dalam beg sandang jea
ialah bila ada anak nie
apa sahaja yang nampak di depan mata
pasti hendak jugak
cakap la apa-apa pun tetap nak jugak

tapi apa-apa pun sejak balik dari zoo
umar suka tengok channel yang ada rancangan binatang
dan pasti akan membuat bunyi-bunyi binatang
comel jea
peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi