Thursday, 30 January 2014

Pilihan Fesyen Terkini...muslimah gitu

lately nie mmg super duper bz
memang tak sempat nak update blog
salah satu sebab tak tahu naper 
handphone baru nie tak blh nak connect dengan pc
sebab tulah susah sangat nak update blog
tak boleh nak ambil gambar dari handphone
nak pergi kedai tak sempat2 lagi nak pergi

ok takper lupakan...
lunch tadi pergi ke the store
jem jugak nak ke sana
tapi sebab ada hal nak ke sana
tetap jugak redah arus ngeeee

di the store pun ramai orang
last minute orang cina shopping
ramai jugak bangsa lain menyopping sekali ahaks
termasuk lah aku tu hahahahaha
shopping beli baju fish tail dengan skirt labuh
skang nie mr.hubby nasihatkan pakai pakaian yang lebih sopan
ialah suami kan dia yang menanggung dosa isteri
jadi perlu ikut nasihat...
memang suka la skang nie pakai blouse dengan skirt
nampak ayu gitu
hahahahahah ayat tak boleh nak blah

--lunch cuma makan young tau fu sup jea--
sedapppp

masuk opis lambat hahahahaha
20 minute lambat 

yessss bos kerja separuh hari
apa lagi jom kita havoc kan opis hari nie
hahahahaha

selamat bercuti semua
esok nak balik Melaka
hari sabtu balik Muar
tak sabar nak makan mee bandung muar

saper orang Muar
jom jumpa =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Rawatan selsema/kahak untuk bayi secara semulajadi


Assalamualaikum wbt.. 
Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat drpd biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 23 January 2014

Rawat Pecah Kulit/selulit Di Perut dengan ESP Shaklee

Stress apabila tengok keadaan peha dan perut yang berselulit? 
Peha macam kulit oren?
Perut ada spare tyre?


Ketahui 5 tips latihan untuk buang selulit dari Saudara Kevin Zahari, Pakar Kecergasan terkenal di Malaysia.

Petikan dari www.kevinzahari.com

Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang, dan peha. Selulit ini bukan sahaja ‘menyerang’ kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan teskstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Namun harus diingat, selulit ini bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, oleh itu anda perlu melakukan aktiviti sihat dan makan makanan yang berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkan kehidupan yang sihat , itu lebih penting.

Di sini, saya ingin kongsikan 5 jenis latihan yang dapat membantu memerangi selulit.
1)BERJALAN:
Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.

2)MEMBENGKOKKAN LUTUT:
Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan.

Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.

3)MENGANGKAT KAKI SEMASA MENIARAP:
Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.

4)RENDAHKAN BADAN DAN TWIST!
Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.

5)‘SQUAT TRUST’:
Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.

Nota tambahan dari Kevin Zahri: Teknik-teknik di atas tidaklah akan menghapuskan selulit anda (secara terus). Objective senaman kardiovaskular dan pemakanan yang baik adalah untuk mengurangkan 
1) berat badan dan 
2)jumlah lemak badan. 
Gabungan kedua-dua itu akan membantu reduce appearance dan flatten selulit anda.


Adakah Shaklee mempunya vitamin yang sesuai?
Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan:-

1)Langkah pertama - DETOX
Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Pembersihan dan detox meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam badan.
Vitamin yang di cadangkan: ALFAFA / HERBALAX


2)Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK
Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN / OMEGA (lecithin dan omega bertindak sebagai pengemulsi lemak..ayat yang paling mudah adalah 'memecahkan lemak')

3)Langkah ketiga - MEMBINA OTOT
Membina semula otot adalah penting selepas badan kehilangan lemak bagi mengelakan badan menjadi geleber.
Vitamin yang di cadangkan : ENERGYZING SOY PROTEIN / CHINCH(sumber protein yang membantu membina otot badan dan mengurangkan daripada jadi menggeleber)

So, sekarang ini anda sudah tahu kan apa itu selulit??? Dan macamana nak 'kurangkan' selulit bersama SHAKLEE...

berminat??
sms/whatssap
zarena 0122449373
sid no 912844
cod area sg.buloh
kurier ke seluruh negara
email : zahriff@gmail.com


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 22 January 2014

Annual Shooting Practice GSC 2014

sabtu lepas syarikat menganjurkan Latihan Menembak
di Lapang Sasar di Rawang
nie adalah kali yang ke 4 aku join latihan menembak
memang best dan happening
yealah acara lain dari yang lain kan

memandangkan syarikat aku adalah syarikat security
setiap tahun acara latihan menembak memang aktiviti wajib yang syarikat lakukan
enjoy sangat

pukul 6.30am sudah keluar dari rumah
sebab waktu pendaftaran adalah pukul 7am
setiap staff ada tugasan masing-masing
macam aku tugas aku ialah menjaga bahagian sajian
dari sajian waktu pagi..lunch dan minum petang

permulaan acara adalah kata aluan dari GM
dan acara tembak belon untuk memulakan majlis
selesai baru acara dapat diteruskan
aktiviti bermula dengan pengawal dengan senapang
dan kemudian pistol
acara dipecahkan dengan penembak terbaik

untuk staff yang berminat untuk merasai menembak
memang tak lepaskan peluang keemasan nie
diberikan dengan 5 butir peluru untuk tembak sasaran
perghhh memang berdebar
perasaan memang tak boleh nak cakaplah
dup dap dup dap
tapi memang best

--lapang sasar rawang menjadi pilihan syarikat untuk tahun nie--
lebih suka lapang sasar pada tahun lepas
kemudahan sangat ok

--t-hirt untuk tahun nie--

--ajk bahagian sajian--
dari kiri Izah..aku..siti dan kak liza

--finance team--
tapi kami semua terpisah
eikin jaga bahagaian pendaftaran
anna bahagian belian t-shirt

--aku..hafiza..eikin--
kepala yang gila-gila

--yang warna biru di tepi t-hirt aku tu--
aku tampal penghalau nyamuk
suka baunya
bau serai wangi

--bahagian pendaftaran--


--siti..aku dan izah--
memang happening
jaga bahagian sajian asyik makan jea
sambil bekerja sambil makan hehehehe

--pengawal keselamatan tengah buat kawad sedia--

--muka kepenatan--


--aksi ketika nak menembak--
dalam debar tapi enjoy

--gambar dari belakang--

--aku dan hafiza--
setelah selesai menembak
muka puas hati

korang pernah menembak
mr.hubby jeles tau
sebab saban tahun bininya dapat pegang pistol hehehehhe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Waktu Sesuai Uji Kehamilan


Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.

Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.

Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.

Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh anda hamil.

Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.

Ketepatan Ujian
Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.

Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.

Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.

Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.

Langkah Demi Langkah
1. Baca Label Dan Arahan Dan Teliti Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin Disertakan Untuk Memastikan Anda Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan Tersebut Termasuklah :

- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.
- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.
- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.

2. Ikuti Semua Arahan
Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih berupaya untuk berfungsi dengan baik.

3. Rujuk Doktor
Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan ujian yang diperoleh.



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 20 January 2014

testing update guna handphone

Xcited rasanya bila update guna handphone
Tapi nak upload gambar sekeping punyalah lama..tak sabar dibuatnya

Nie aktiviti umairah di rumah neneknya disijangkang
Main diberanda jea
Boleh plak si kakak selitkan bunga tepi telinga adiknya..memang sabar jea aku tengok

What ever ok jgk update guna hp nie
Kalau entry pendek boleh la update
Klu nak story panjang better guna pc jgk la
Baru havoc hehehe


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 14 January 2014

Coconut Shake di Kuang

siapa di sini penggemar coconut shake
angkat keyboard hahahahaa
aku antara yang suka minum coconut shake nie
sedap tu
minum masa cuaca tengah panas...memang sedap
kalau tinggal di melaka bolehlah pekena coconut shake di klebang kan
kalau tinggal di selangor nak cari di mana kan

suka suka suka
sebab skang nie di simpang kuang nak masuk ke rumah aku tu
ada penjual coconut shake
wpun tak sesesap di klebang tu
tapi oklah dapat jugaklah lepas kerinduan nak minum coconut shake kan kan kan

--kelapa mudah yang di blend dengan isi kelapa dan ice cream--
lemak-lemak gitu rasanya

--puas hati dapat sedut coconut shakes--

--mr.hubby pun penggemar jugak--
nie lagi dasyat
pantang kita letak tepi sekejap
habis di minumnya sampai habis minuman kita
sentap tau

nyum nyum nyum sedapnya



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 13 January 2014

Buffet Durian di SS2 Petaling Jaya

sabtu lepas 
follow member kawan sekerja mr.hubby
untuk makan durian
rata-rata kawan mr.hubby adalah penggemar makan durian
makan sebakul pun still boleh makan lagi
macam aku nie..makan 2 3 ulas pun dah rasa muak
memang tak boleh nak makan banyak-banyak
tapi hari-hari boleh jea makan durian cuma tulah tak boleh
makan sekali banyak..memang nak rasa muntah

di buffet durian nie memang banyak gerainya
piilih sahaja nak masuk gerai yang mana satu
ada gerai yang charge 1 kepala start dari 
RM7.00
RM10.00
RM15.00
ikut pilihan masing-masing
dan makanlah selagi boleh makan
aku just tengok jealah member mr.hubby makan

umairah dan umar pun tak makan banyak
sekadar merasa di tekak sahaja
tapi time balik memang azab
bila masing-masing sedawa
perghhhhhhhhh dalam keta bau tempoyak
nak muntah dibuatnya
memang buka tingkap jea sepanjang perjalanan
sebab lawan sedawa dengan mr.hubby hahahahahha
amek ko

--pilihan mr.hubby dan kawan-kawannya pilih gerai yang charge rm15.00--
makan lah selagi boleh makan
memang pilihan durian yang diberikan TERBAIK
sedap tu

--pilih sahaja mana korang nak makan--
isi putih
isi kuning
durian kampung
semuanya ada di sini

--mr.hubby dan rakan-rakannya--
kuat makan durian semuanya

--makan jangan tak makan--
balik nanti tidor dalam fridge yea
=)

--minum dengan air kelapa--
bagi badan sejuk skit

--aku dan anak-anak--
umairah pun boleh tahan jugak bila makan durian

--mr.hubby pun bukan jenis penggemar durian--
makan pun skit-skit jea
cian umar sudah mengantuk
sejak sudah bersekolah nie
pukul 10pm memang waktu tidor anak-anak
jadi lepas waktu 10pm memang masing-masing sudah lemau

kalau korang nak rasa makan buffet durian
try lah makan di sini
SS2 Petaling Jaya
memang TERBAIK....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 11 January 2014

Lamb Chop Delicious

wahhhh terliur sudah
ngeeeee
dah lah nak masuk waktu lunch nie hehehehe
skang nie nak makan lamb chop
tak perlu lagi nak pergi ke restaurant
just calling dan lamb chop akan sampai di rumah
just tinggal nak masak atas pan jea
pastu makan depan tv
mudah dan simple jea kan

pastu tambah lah gravy sendiri dan side dish apa yang kita mahukan
zaman skang nie bila ada anak kecik di rumah
lebih selesa sebenarnya makan di rumah
dari nak makan di luar
betul tak??

kalau saper yang tinggal di area sg.buloh
boleh la order terus dari 
Pn.Yatie - 0146668392
En.Mizi - 0124474707

Lamb Chop Delicious : Jom pre-Order utk penghantaran 17, 18 dan 19 January 2014
===========================================================

Kami buat deliverybproduk frozen & marinate kami.. atau self pickup di 22 jalan pinggiran usj 3/1 Taman pinggiran USJ 47620 Subang Jaya selangor

SMS order anda terus ke 0124474707 
Nama/alamat penuh/no. tel/Order (qty)

penghantaran dibuat 
* 17 januari - Klang /Shah Alam 
* 18 Januari - Shah Alam/Subang Jaya/Puchong
* 19 January - Cyberjaya/Putrajaya dan kawasan berhampiran

--nie lamb chop yang kami order--
tak sempat nak letak apa-apa
letak jea dalam pinggan terus hilang
memang sedap

sesuai lah kalau korang nak buat bbq di rumah
boleh jea terus order dari Pn.Mizi dan Pn.Yatie nie
tak payah nak kotorkan tangan nak remeh-remeh buat marinated sendiri kan
1 bekas nie RM18.00
akan dapat 3-4 keping

apa yang penting di sini
call dan barang terus deliver di rumah
mudah kan...

nak order


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 10 January 2014

Belanja Mak Makan Domino's Pizza

semalam orang belanja kita kan
malam nie kita belaja mak kita laks
sama jea menunya - Pizza
kalau tanya mak...
"mak nak makan apa"aku
jawapannya mesti sama tak satay mesti dominos pizza
tak dominos pizza mesti satay
antara dua tu jealah mak aku suka makan
selain menu thailand lah..tu biasalah kan
nie kalau ajak makan selain dr nielah
tempat biasa laks nak makan dominos pizza
mestilah di sri damansara hehehehe

ajak sekali lini makan di sini
ialah belanja sekali lah adik aku yang sorang tu
jadi naik kereta bila 3 orang budak berkumpul
memang hari biru lah jadinya
naik kancil rasa macam nak terbalik jea bila 3 sepupu nie berjumpa
nasib baik kecik
kalau kereta besar agaknay berlari-lari kot dalam kereta
hangin betul aku dibuatnya

baru tahu ada kedai baru buka
ada gerai cool blog bersebelahan dengan dominos pizza
emmmm memang tak lepaskan peluang untuk membelilah ngeeee
aku suka coffee mocha nyum nyum nyum sedapnya

--umar punya peel--
bila pija ada memang umar tak bagi pija datang dekat pada wannya
sabar jea lah
tukan wan pija jugak tau
jangan kedekut wan tau tak baik hehehehee
konon dia nak manja sorang jea dengan wan dia

--3 serangkai bila berjumpa memang HAVOC jadinya--
umar..umairah dan pija
tak lama lagi akan keluar lagi sorang
ntah macam mana lah gayanya nanti

--gaya budak tengah nak naik--
macam-macam gaya dan peel ada
pening nak handle


--kanak-kanak ribena--


--me myself--
sila abaikan dagu yang berlapis tu yea
asalkan perut tak berlapis-lapis
tu yang penting hahahahhaa

--pizza pilihan mak--
memang sedap
dan yang penting tak muak bila makan
pilihan thin crust

--amboi mak berselera makan nampaknya--
cucu di sebelah pun dah tak pedulik hahahaha

--kerja dak umar--
abis bahagian atas dikerjakan oleh umar
huhuhuhuhu ibu makan roti jea
memang sabar jea lah

--lini kalau dengan umar--
memang habis digomolnya dak umar nie
geram dengan si bam bam nie


--aku dan mak--
kenyang perut suka hati

jom kita balik....
rezeki baik berkongsi bersama
nak-nak dengan family tersayang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 9 January 2014

Seronoknya Bila ada Orang Belanjer Lunch

Alhamdulillah rezeki hari nie
Fiza belanjer kami hari nie
kalau di the store
apa jea pilihan yang ada kan
jadi kami minta belanjer makan Pizza Hut jea
ok la kan..sedap jugak
belanjer sempena dapat bonus hehehehhe
thanks Fiza belanjer kakak-kakak mu yang comel-comel nie =)

kami try set Pizza Hut yang baru
rasa ok lah
suka dengan minuman dia
--ada selasih tu dalam minuman dia--
skang nie susah dah nak cari air selasih nie kan
nak dapat pun waktu bulan ramadhan jea
betul tak

--pizza yang terbaru--
rasa ok jea

--starter--
biasa-biasa jugak
kalau starter kat chili's memang best kan
gulpp

--aku dan hafiza--
erkkkk asal muka aku nampak pucat jea nie

--eikin--
muka pun nampak sedih jea
asal...

terima kasih yea fiza belanjer kakak-kakak nie
moga murah rezeki fiza dan faizul lepas nie
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 8 January 2014

Resepi Kek Orange Moist yang Sangat Mudah

kek orange kesukaan anak-anak dan suami
tiap kali hari raya confirm kena buatkan
tapi untuk suami tersayang
mestilah kita sebagai isteri akan buatkan
betul tak...
pengikat tanda sayang tu

--kek tak berapa nak cantik--
tapi rasanya confirm sedap hehehehe

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren

Cara-cara:
  1. Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
  2. Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.
Nota:
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus.
Ena bakar pada 150C selama 50 minit.

--model kek orange ibu--
umairah

keluar jea dari oven terus jea kena potong
emmmm sedap la tu
sesuai lah untuk minum petang kan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 7 January 2014

Saper Suka Main Kutu

hah kutu..saper yg suka main kutu
bukan kutu yang duduk atas kepala tu tau
tapi main kutu bulanan dengan member opis nie hah
ok main kutu dengan member opis nie sudah masuk kali ketiga
kami semua main..memang seronok
main pun tak lama pun 
main 6 orang jadi habisnya 6 bulan jugak
jadi setahun dapat main 2x 
yeayyyyy

--no yang bertuah--
jom kita lihat siapa yang terkena

--ketua kutu di opis aku nie ialah aku hehehehe-
banyak kutu di kepala nie nanti hahahahaha
takder lah

main duit kutu nie boleh jgk menyimpan
kadang-kadang tu kita selalu cakap 
nak simpan duit lah
tapi tengah bulan mesti keluarkan jugak duit simpanan tu
betul tak korang

tapi sejak aku join shaklee
Alhamdulillah
tiadalah lagi istilah sesak di tengah bulan
syukur sangat
apa yang penting jangan MALU untuk berniaga
dan jangan TAKUT untuk berniaga
berminat jadi ahli shaklee di bawah ena
sms/whatssap ena yea : 0122449373

--yeay kami berlima yang main--
lagi sorang takder dalam gambar nie ialah boss kami ngeeee
dia pun main sekali

--hah wajah aku yang terbaru--
ok tak kulit muka ena skang nie
hah nielah rahsianya ambil supplement shaklee
ena sudah buktikan shaklee adalah terbaik untuk supplement tambahan untuk diri kita...
makin gebussss dan glowing =)

untuk kutu awal tahun 2014 nie
1- Ain
2- Aku hehehehehe
3 - Kak Imah
4 - Eikin
5 - Hafiza
6 - Anna

yessss bulan Feb aku dapat duit kutu
nak simpan.....
korang main kutu tak...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi