kek orange kesukaan anak-anak dan suami
tiap kali hari raya confirm kena buatkan
tapi untuk suami tersayang
mestilah kita sebagai isteri akan buatkan
betul tak...
pengikat tanda sayang tu
--kek tak berapa nak cantik--
tapi rasanya confirm sedap hehehehe
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren
Cara-cara:
- Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
- Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus.
Ena bakar pada 150C selama 50 minit.
--model kek orange ibu--
umairah
keluar jea dari oven terus jea kena potong
emmmm sedap la tu
sesuai lah untuk minum petang kan
best ena ni, rajin masak.. sedap lak tu.. teman jeless
ReplyDeleterajinnye buat minum petang kn kek.. kalau Fiza tak la.. huhu..
ReplyDeletesedapnye.. siap ade limau.. boleh la cube lepas ni..
ReplyDeletefamily saya suka ngan kek oren.. nti ada masa blh la cuba..
ReplyDelete