sebenarnya masa di Ikea
ada kejadian yang sangat-sangat membuatkan nafas aku terhenti
semasa nak buat bayaran di kaunter
kami sudah Q di kaunter yang Qnya panjang
mr.hubby minta tukar barisan
kami pergi ke kaunter yang pertama sekali
sebab orang tak ramai
dalam kami nampak umairah nak datang ke arah kami
tiba-tiba terus tak nampak lagi kelibat umairah
sudah...memang panic sangat-sangat
mr.hubby sudah puas mencari keliling tak jumpa jugak
terus keluar dari kaunter dan cari di bahagian luar
mak laks terus mencari di bahagian dalam..
aku stay di situ sebab menjaga umar
dalam hati tak putus-putus berdoa
agar umairah dipertemukan semula
dalam kepala otak dah macam-macam perkara buruk tergambar
Ya Allah sudah bergenang air mata aku time nie....
mak dan mr.hubby dengan gelengan air mata..
bertambah serious nie..sebab sudah 15 minute tak berjumpa
aku dah nak mula cari bila tiba-tiba aku dengar mak menjerit
memang kuat gilalah aku dengan mak menjerit
rupa-rupanya mak cakap
umairah sudah menangis duduk di sudut tepi mainan
bila nampak kelibat wannya terus umairah berlari pergi ke wannya
Ya Allah masa aku jumpa umairah tu
bukan terus peluk
tapi terus kena marah..memang aku marah betul-betul masa tu
bila dah lega baru aku peluk umairah...
Ya Allah kalau jadi apa-apa pada umairah tadi..
tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku masa tu....
takutnya...
lepas nie kalau umairah tak serik lagi tak tahulah aku nak cakap apa
umairah memang berani sangat-sangat dan bukan jenis penakut pada orang asing
jenis peramah sangat-sangat
dan sangat independent...
lepas bayar semua barang..
singgah sekejap di kaunter jual karipap
panjang jugak Q nya tapi bergerak laju
jadi memang tak risau nak kena Q lama sangat
lagi plak karipap memang memang kesukaan mr.hubby
--jumpa dengan Syuhada untuk bagi barang shaklee yang di order--
memang banyak barang yang dibelinya
set vitamin untuk anaknya
--karipap telor yang memang menjadi kawajipan kami bila datang ke ikea--
mesti beli
kali nie kami beli 2 set terus - 10bjk keripap
makan masa panas memang sedap
--sosej pun sedap--
rotinya lembut sebab kena stim kan
umairah dan umar memang suka makan
letak mustard..letak sos..letak bawang
memang sedap makan waktu panas-panas
--umairah dan babahnya--
--aku..mak dan umar--
makan sambil berdiri
--licin kami makan--
memang terbaik
kadang-kadang tu datang ke Ikea hanya semata-mata nak makan karipap dan meatball jea
--aku dan mr.hubby--
masing-masing dalam proses menurunkan berat badan
chayok chayok untuk kami berdua
korang yang ada anak kecil
lebih berhati-hati yea
kalau anak yg hyper aktif kena lebih mengawasi anak-anak
perasaan bersalah akan sampai kita mati jika terjadi apa-apa
pada anak tersayang kita...
nasib baikk tak ada apa2. huhu. cian umairah kena marah. tp xpe pastu kena peluk. marah tanda syg yeaa umairah. jgn nakal taw! :)
ReplyDeletemujur umairah tak apa2.. semalam pun Fiza ke sogo.. india hilang anak.. memang terjerit2 mak bapak dia.. mujur anak tu jumpa semula...
ReplyDeleteakk saya yang baca ni pun naik neves dibuatnya.. aduhai umairah.. memang buat jntung ibu dia terhnti je.. sabar je la kak.. cuma lepas ni kena awasi dia betul2 kan..
ReplyDeletesaya tak pernah mkan di sana.. bila tgk orang post2 gmbar mkann, mcm nak jeeee cari..hehehe
ya Allah.. takunye ena.. umairah berani jalan sorang2 ke.. lepas ni kene pesan selalu.. berdebar bace..
ReplyDeletehohoho.. baru hari Ahad hari tu gi IKEA.. bestt!!
ReplyDelete