takut lupa di kemudian hari. sejarah terukir tika detik-detik kelahiran umar zariff. agar si hero ini dapat membacanya ketika sudah besar nanti.
detik permulaan bayi yang bakal keluar dari uterus ibunya.
sepatutnya bayi lelaki aku nie lahir pada 22hb Nov [Isnin] tapi ketika tarikh dan masanya, bayi dalam perut aku nie
masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar. masih lagi ingin duduk dalam perut ibunya yang selesa ini. aku yang pada ketika itu sangat-sangat ternanti bila akan lahirnya putera kami ini. sayang plak dalam kerisauan untuk pergi ke tempat kerja takut aku bersalin tika dia tiada di rumah.
pagi 22hb Nov, sayang bawak aku ke hospital untuk membuat rutin pemeriksaan dan memeriksa keadaan bayi kami. risau sudah pasti kerna due date sudah tiba tapi bayi tetap taknak keluar. sudah berjumpa doctor dan membuat pemeriksaan segalanya dalam keadaan baik..tidak perlu risau seperti kata docktor yang merawat aku.
doktor memberi 7 hari kepada aku untuk melihat proses gesaan bayi dalam kandungan aku ini. dalam tempoh 7 hari aku masih lagi tiada tanda-tanda untuk bersalin aku akan di paksa untuk melahirkan anak. aku berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.
hari berganti hari. setelah 5 hari tiada tanda-tanda aku nak bersalin. terdetik rasa takut, takut terjadi apa-apa kepada anak dalam kandungan aku nie. sentiasa mengira pergerakan bayi, jika lambat pergerakan atau rasa kurang pergerakan akan bertambah kerisauan aku. siang kurang bergerak tapi di kala malam menjelma, aktif bukan main. senak untuk melenakan mata. tapi dalam hati walaupun rasa senak tapi aku tetap gembira kerna aku pasti bayi dalam kandungan sihat sahaja.
tiba hari ke 6 [Sabtu - 27hb Nov] pukol 2am, mula terasa sakit di perut. tapi masih lagi boleh menahan sakit. resangan sakit masih jauh lagi. selang 1 jam, pada ketika itu aku masih berpikir yang aku sakit perut untuk buang air besar. malam tersebut aku hanya tidor di bilik sebelah [bilik lini], umairah tidor dengan sayang di bilik kami. senak di perut makin terasa ketika pukol 4am. masih lagi boleh bertahan dan cuba untuk tidor semula. tapi yang pasti tidor tidak lena kerana perasaan aku ketika itu memang lain.
ketika jam menunjukkan pukol 5am, terasa ada benda yang mengalir di bawah. bila buka lampu tengok di tilam sudah ada tompokan darah. aku memang sudah terkejut dan di tambah dengan rasa sakit yang amat sakit di perut. bila berdiri terasa darah sudah mengalir di kaki. berjalan pergi ke bilik sebelah. aku berdiri tercegat di depan sayang sambil menggoncang-goncangkan kaki sayang untuk mengejutkan sayang. bila terjaga dan melihat aku di depan mata dia, terus dia terpaku. pada ketika itu, sayang ingat aku kejutkan dia untuk bangun pergi ke tempat kerja. dan bila aku diam dan tunjukkan tangan ke bawah, baru dia perasan yang darah sudah ada di atas lantai. "hah nak bersalin dah ker" sayang dah terkejut lihat keadaan aku.
"jom-jom siap kita pergi hospital" sayang
"jap ena nak mandi dulu" aku
"hah nak mandi dulu ker..boleh ker mandi dulu" sayang
"ialah takkan la nak pergi hospital dengan serabai macam nie" aku
"tak sakit ker mandi nnti" sayang
aku nak tergelak pun ada bila sayang cakap macam tu..ialah tapi buat derk jea ialah tengah tahan sakit kan. jadi aku buat tak tahu jea la.sayang siap-siap, amik barang yang perlu masukkan ke dalam kereta. sayang ketuk bilik mak. mak bangun terpisat-pisat dan sudah mengagak yang aku nak bersalin. minta mak jagakan umairah. sayang siap cakap yang aku nie nak keluar berjalan-jalan bukan nak pergi ke hospital..hehehhehe ialah aku siap melaram dulu. siap pakai bedak skit, siap pakai lip gloce lg..aku ckap pada sayang, "takkan la nak biar muka nampak pucat di hospital nanti" aku. sayang hanya geleng kepala jea tengok aku ;p
rasa sakit di ari-ari makin ketara. tapi perut pula rasa lapar. dalam pukol 6 lebih tu, aku ajak sayang makan roti canai dulu. sayang pandang muka aku semacam..biar betul
tapi aku tetap nak makan jugak ialah perut tengah laparkan..kontraksi ketika itu sudah setiap 1/2 jam. memang rasa sakit. singgah makan roti canai di kedai p.cik Sarip..roti canai di kedai nie memang sedap. aku minta roti canai telor dengan air milo panas. sambil suap roti canai aku tahan sakit sekali..sayang yang ngeri tengok keadaan aku..aku cuma senyum pandang sayang..rilek la sayang :D
makan sesuap aku akan stop lama sebab menahan rasa sakit. berjalan ke arah kereta pun aku sakit memijak tanah. dalam kereta aku hanya diam mendengar bebelan sayang.
sampai di hospital pukol 7am. terus aku menuju ke tempat pendaftaran. sayang hanya berdiri di sebelah aku sambil mengusap-ngusap kepala dan bahu aku agar aku dapat menenagkan diri. tapi yang pasti aku tak tenang pun, sakit yang dirasai rasa macam nak sepak orang jea hahahahahhaha
setelah daftar, aku ditempatkan di tempat menunggu bersama-sama dengan ibu yang tunggu giliran untuk di periksa oleh doktor. memang masing-masing tak bertegur sapa. masing-masing melayan kesakitan masing-masing. memang tiada niat pun nak bercakap. rasanya ketika tu, cakap pun boleh menambahkan rasa sakit.
minum sedikit demi sedikit air selusuh yang mak mertua buatkan untuk aku. minumk sampai habis la tapi rasa sakit tetap ada. uwaaaa seksa gila bila rasa kontraksi datang..seksa gila
bila nama aku di panggil oleh doktor, nasib baik la doktor yang chek aku nie doktor perempuan. tak la rasa malu. doktor seluk di bawah dan bukaan baru 2cm, bila sahaja aku mendengar baru buka 2cm, laaaaa punya la dad rasa berzaman aku rasa sakit tapi baru buka 2cm, memang rasa sedih sebab akan rasa lebih sakit selepas ini dan masa mungkin akan panjang untuk aku menunggu 10cm terbuka..alahai
setelah berjumpa dengan doktor, aku diarahkan untuk masuk ke bilik untuk dan baring, agar alat CTG boleh diletakkan di atas perut aku. untuk melihat kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi sekali. selama 1 jam aku dipasang dengan alatan tersebut. dup dup dup bunyi jantung anak aku.sambil aku leka melihat jam di hadapan aku. terasa 1 jam lambat bergerak..bosan menanti sambil aku menahan rasa sakit yang hanya terbuka 2cm ketika itu..alahai
setelah siap semuanya, nurse menasihatkan aku untuk berjalan-jalan disekeliling wad agar bukaan aku cepat terbuka. pukol 2pm aku di panggil semula untuk lihat bukaan aku semula, bila sudah di seluk, bukaan sudah ke bukaan 4cm, Alhamdulillah. dan yang pasti gesaan rasa sakit makin ketara. nak berjalan pun aku rasa sudah tidak larat. doktor nasihatkan aku berjalan lagi untuk mempercepatkan bukaan di bawah. tapi aku hanya lepak di bilik rehat, bersama-sama dengan ibu yang tunggu masa untuk bersalin. masing-masing dengan keluh kesah menahan sakit. kalau tengok muka para ibu nie lagi la buat aku kecut perut. berdebar-debar nak melahirkan bayi yang selama ini di tunggu-tunggu.
sayang pplak berdebar-debar menunggu aku di luar..berlegar-legar di ruang menunggu. pukol 9pm, sayang datang semula bersama dengan mak dan umairah. umairah terus memeluk aku bila ternampak kelibat aku, rindu kat ibu la tu..mak nasihatkan aku supaya jangan terlalu takut. untuk kelahiran ke dua nie, aku mungkin nampak ok lagi mungkin pengalaman yang lalu dah mengajar aku supaya lebihkan istifar dan selawat banyak-banyak.
setelah minta maaf pada sayang dan mak aku..aku masuk semula ke dalam wad. peluk cium pada umairah. kesian malam tu umairah tidor tanpa aku di sisi..kesian anak ibu..jangan nakal-nakal tau..mmuahhh
tapi tak nampak pun riak sedih di muka umairah ialah lebih sibuk bermain dengan mesin air dan mesin choc. duit sayang banyak dah terlabur di mesin tu, semua benda nak di minta. sayang hantar semula mak ke rumah dan datang semula ke hospital.
di dalam ruang menunggu, kontraksi telah selang 5 minute. aku memanggil nurse untuk melihat keadaana ku. setelah doktor melihat bukaan aku sudah 6cm, aku diletakkan di labour room. saat nie aku rasa memang terseksa sungguh.dengan rasa sakit di perut..sakit di belakang, rasa macam nak tercabut kakinya..semuanya serba tak kena..5 jam menahan rasa sakit setelah air ketuban pecah, tapi bukaan di bawah tetap tidak terbuka lagi..tetap 6cm sejak pukol 10pm..rasa tak tahan sangat aku minta pada nurse untuk dapatkan epidural tapi nurse beritahu yang doktor untuk menyuntik epidural takder..time tu aku rasa dah menagis tak ingat..sakit hanya Allah yang tahu dan mereka-mereka yang pernah melahirkan anak sahaja yang tahu keperitan untuk melahirkan anak nie macam mana. sakit tak ingat.
pukol 2am, tiada tanda-tanda akan terbuka lagi.doktor mengamil keputusan untuk membedah aku. sayang di panggil untuk di beritahu..semua procedure di beritahu..aku lihat sayang dengan wajah yang keletihan, sayang sempat mengucup dahi aku untuk memberi semangat..ea semangat aku telah hilang dalam kepenatan untuk melahirkan anak ke dunia nie. tenaga habis ketika kesakitan di rasai.
masuk ke labour room, aku dipersiapkan sepenugnya oleh nurse-nurse yang terlatih. aku di bius separuh badan. dengan muzik yang slow aku bi buai perasaan tidak sabar untuk menatap wajah bayi dalam kandungan aku yang selama ini aku kandungkan. dalam rasa perut aku di gobek-gobek, tetiba aku dengar suara tangisan bayi, terasa hilang rasa sakit aku alami sebelum nie..aku dapat lihat bayi aku di bawak ke satu tempat untuk dibersihkan.
doktor datang ke arah aku
"pn zarena dapat bayi apa yea"
"bayi lelaki" aku
"tahniah yea pn.zarena"
setelah itu aku sudah mamai-mamai untuk ingat apa yang telah terjadi.
pukol 10am, baru aku terjaga semula, dan lihat sudah ada di atas katil di dalam wad.
kepala masih lagi berpinar-pinar, dan tekak rasa mual untuk muntah.
nurse minta aku berehat dan bayi akan diberikan pada aku setelah aku berupaya untuk bangun.
pukol 12.30pm, waktu melawat, sayang datang bersama dengan mak. siap bawakkan lauk ikan haruan..dan sayang mendukung anak kami..dan ini la pertama kali aku menatap sepenuhnya wajah anak lelaki kami..lihat sahaja wajah anak lelaki kami terus aku jatuh sayang..memang sebijik ikut muka sayang..
nie la kronologi catatan kelahiran umar zariff dalam hidup keluarga aku..memang membosankan untuk membacanya. tapi ini adalah untuk peringatan aku sendiri..
TAMAT SUDAH
dalam sakit sempat lagi makan roti canai..memang kenangan
gambar pertama umar yang sayang rakamkan
macam anak cino jea
detik pertama umar dalam pelukan aku
gembira sangat
comey sgt2,
ReplyDeleteof cours cm cine,
ikot muke ibu dia..hehe
kty suka baca pengalaman org bersalin..
ReplyDeletelain orang lain ragamnya
apapun alhamdulillah umar pun dah selamat ..comey lah tu geram nya lah tgk baby nie
mana ada bosan...touching lagi ada...suka sgt baca pengalana org bersalin sbb setiap org..lain kisahnya...teringat plak time lahirkan Ian dulu..kena bedah gak...
ReplyDeleteapa pun syukr..semuanya dahs elamay..
wah..header dah tukar..cun!!
mesti umairah sayang sgt kat adik dia nie..
tahniah ena..ouh c-zer la yek..hmm mcm kt jgk dulu..dh 8cm buka tp xleh gk normal trpksa belah..haih..lama menahan ssakit..kt paham cmne rasa ..
ReplyDeletetahniah yek..comel baby umar:)
tp na aku xleh lupe insiden anak ko tergolek...
ReplyDeletehahahaha tol tue ra, time anak dia tergolek tue mcm per jer....hahahahah
ReplyDeleteee gerun je baca..
ReplyDeletesempat lagi ek bersiap..hehehe tori canai tak tahan tu.. hehe
wah dh tukar header dah :)
comey la cam anak cina , kakak nya plak cam anak jepun...wah makin teringin nak baby la...
ReplyDeletecomey la cam anak cina , kakak nya plak cam anak jepun...wah makin teringin nak baby la...
ReplyDeletecomey la cam anak cina , kakak nya plak cam anak jepun...wah makin teringin nak baby la...
ReplyDeletesy dulu pon bersalinkan mya kt hsptl sg.buloh..nk ilangkan boring dok tunggu lama sebok menyembang ngan semua ibu mengandung kt situ haha.tp sy serik lah xnak bersalin kt situ lg.teruk ar servis nurse kt sana
ReplyDelete