disebabkan kebosanan di rumah
sayang kerja
family aku plak pergi menghadiri majlis keduri kahwen
aku malas nak ikut, jadi tinggal di rumah aku, umar dan nasir sahaja
jadi time aku sibuk di dapur, nasir la yang kena menjaga umar hehehehehhe
jadi bermula la projek apam polka dot aku pada hujung minggu yang lalu
aku rasa ramai yang dah try buat apam comel nie kan
tu yang aku tergerak hati nak buat
ok resipi nie aku dapat dari blog mummyayu :D
cikgu, anak murid cilok resipi cikgu yea eheh
Bahan-Bahan :
- 3 biji telor - simpan dlm fridge
- 275 g tepung gandum
- 220 g gula halus
- 150 g susu segar/susu cair/susu full cram/santan (ena guna susu segar)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovellete
- filling secukupnya (ena guna perisa straberry dan orange)
- pewarna ikut suka hati
- 1 sudu teh perasa vanilla
Cara Untuk Membuatnya :
- masukkan semua bahan ke dalam bekas dan pukul bahan tersebut sehingga 6-8 minit
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa
- masukkan setiap warna ke dalam piping beg
- picitkan sedikit adunan ke dlm mangkuk kertas yang telah di susun di dlm acuan lompang
- picitkan filling secukupnya
- picitkan adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh, kemudian dot-dot dgn warna pilihan.
- kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Tips :
- gunakan api yang sederhana kecil semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.
- tutup dgn kain penutup pengukus utk mengelakkan air jatuh ke atas apam utk menghasilkan permukaan apam yg menarik.
selamat mencuba......
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam polka dot
adunan yang telah di titiskan warna - hijau, merah dan warna asal - putih
adunan setelah dimasukkan ke dalam plastik piping beg
bekas acuan telah di susun dalam bekas kukus
untuk mengelakkan terletak filling over sangat
adunan yang telah di titiskan warna - hijau, merah dan warna asal - putih
adunan setelah dimasukkan ke dalam plastik piping beg
bekas acuan telah di susun dalam bekas kukus
untuk mengelakkan terletak filling over sangat
aku guna picagari ubat umairah untuk letak filing
masa 1st step aku buat apam nieaku just guna sudu kecik untuk letak filing
sebab tu la selepas masak filing dia terkeluar
sebab over sangat aku letak eheh
tu yang aku guna picagari jadi aku boleh kawal
baper banyak aku letak filing dalam apam polkadot tu
apam polkadot aku tu berlubang-lubang sebab aku tak letak kain atas apam aku niesebab tu la apam tu jadi tak cantik
umairah suka makan apam niemodel terpaksa - taknak senyum pun bila aku minta senyum
pija pun suka - masam jugak eheh
dua-dua budak nie takder mood - penat sangat mandi sungai kot
adik aku Lini - sengal
dia punya idea la tu nak bergambar macam tu ehehehhehe
siap cakap lain kali buat lagi Along - ok jea kalau ada orang nak jaga anak-anak aku tu
umar memang melayan dengan apam nie
suka tengok dia kunyah apam tu
muka umar setelah kenyang makan apam
perut pun dah membuncit macam apam eheh
boleh ar buat bisnes ni ena.
ReplyDeleteooo..dah buat dah..best!!
ReplyDeletekids suka la makan sbb comel2..
k.atty - tak tahu la ader org nak order ker tdk eheh
ReplyDeleteayu - tu la umar, umairah dan pija mmg suka mkn, sekali msk jea dlm mulut...sbb kecil jea kan
ReplyDeletecantik,sebab warna warni kan......
ReplyDeletememang kiut!!
ReplyDeleteaku takde pengukus
ReplyDeletealya - tu la ikut suka kita nak letak warna apa..warna terang jadi ceria kuih kita
ReplyDeletemak su - cute macam tuannya hahahahhaha
ReplyDeleteayu - umah mertua ena pun takder pengukus, selalu mak mertua guna jea kuali besar sebagai pengukus
ReplyDeletecute nya laaaa apam...
ReplyDeleterajinnya :) kalo me beli ajer, dasar femalas..hehehe
ReplyDeleteain - tu yg sayang jea rasa nak mkn
ReplyDeleteeliss - rasa tak puas plak beli jea sebb tak puas la mkn skit2 nie
ReplyDelete