sejak berpuasa nie belum lagi menjejakkan kaki ke PARAM
rasanya usia memang memainkan peranan yang penting
kalau dulu usia dalam 20an
hati tu resah jea kalau petang tak dapat jejakkan kaki ke PARAM
selagi tak penuh tangan kiri dan kanan dengan beg plastik
selagi tu lah tak balik rumah
memacam nak beli..ikut tekak semuanya nak beli
tapi bila berbuka cuit-cuit jea
ada tu sampai ke sahur tak terusik pun last-last buang macam tu
skang nie bila usia sudah menginjak 3series nie
tiada lagi resah gelisah untuk ke PARAM
tak terkinja-kinja pun ajak mr.hubby ke PARAM
dan yang pasti sehingga ke hari ini masih lagi kekal di carta dengan tidak ke PARAM
cayalah hehehehhehe
betul memang tak kesah pun pergi ataupun tidak
sebab tekak skang nie dapat makan nasi pun sudah cukup
dapat minum air teh o panas sudah mencukupi
kalau dulu kuih dan 3 4 jenis
air confirm-confirm 3 jenis
dasyat betul la
lepas berbuka terbaring depan tv tak larat naj bawak perut
skang nie Alhamdulillah makan hanya untuk mengisi perut sahaja
tidak sehingga mengeluarkan burppppppppppp
betul tu faktor usia mematangkan kita :)
berbuka petang semalam menu memang simple
tapi anak-anak makan sehingga bertambah-tambah
suka tengok :)
--bakar ikan cencaru--
--penjaga ikan hehehehhehe--
umar memang suka sangat makan ikan
suka bila nampak wannya bakar ikan
sementara mak bakar ikan di luar
aku di dapur bersilat gayung hehehehhe
--menu berbuka petang semalam--
ikan bakar
cicah kuah asam
sambal udang
bayam masak bening
menu yang simple
menu yang membuka selera
Alhamdulillah
--sahur pagi tadi--
mak masak mee goreng
sedapnya...
sahur biasanya suka makan yang simple-simple jugak
suka jugak makan nasi goreng waktu bersahur
korang bersahur apa pagi tadi :)
kita pun kalau masak yg simple2 satu lauk satu sayur dah kuih kalau rajin beli kalau malas xde kuih pun hehe
ReplyDeletetu la kuih tak penting pun sgt
Deletetapi klu tekak nak rasa beli jea ataupun klu rajin buat jugak la
Pg td bersahur nasi ngn sup daging :)
ReplyDeletedah lama tak buat sup daging...
Deleteikan bakar tu buat fifi terliur ena..
ReplyDeletep/s=fm ena da sampai.. lupe nak bgtau..
Sedapnya..ikan bakar..akak pun skrg masak simple2 je
ReplyDeletebetul tu ena..faktor usia..ya pun sekarang buka pose tak selera nak makan,,,bila adik2 berkumpul semua,dorang je yg g beli kt PARAM...
ReplyDeleteIKAN BAKAR ! FAV TUUUUUU :D
ReplyDelete