Showing posts with label anak kucing. Show all posts
Showing posts with label anak kucing. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Nak Bulus Kena Rajin

sampai jea rumah petang tadi
cakap dengan umairah dan umar
nak anak kucing tak
laju jea umairah dan umar nak

boleh nak ada anak kucing
tapi kena kemas rumah dulu
masukkan baju dalam bakul
kakak kemas bilik
lepas jea cakap cepat jea memasing buat kerja yang ena minta dorang buat
amboi laju jea kalau dapat sesuatu
cuba memang kita suruh buat tanpa ada upah..
sampai urat leher kita menengang pun buat dekkk jea budak berdua nie
istighfar banyak-banyak bila jadi ibu nie


--umar masukkan baju ke dalam bakul--
laju kea buat kerja
kalah lrt hehehehee

siap semuanya baru ena gerak pergi ke rumah kak ida
kak ida nie downline ena buat shaklee
kak ida lah offer ena nak anak kucing tak
mana la boleh menolak..anak kucing bulu lebat nie
baru 4 bulan usia anak kucing nie
ok jea..terima dengan tangan terbuka =)

--kenalkan family baru kami--
oyen dan comel
oyen --- jantan
comel --- betina

masa sampai jea di rumah..ank2 kucing nie masih takut lagi
menyorok bawah kerusi jea...
jadi kami tak pegang sangat anak kucing nie
biarkan ank kucing teroka sendiri dalam rumah kami hehehee
dah biasa nanti ok la tu...

welcome to our family oyen dan comel
kami semua sayang sangat pda oyen dan comel...
nanti ena ceritakan lepas oyen dan comel dah serasi dengan kami yea...
stayy tune =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 23 August 2013

Sayang Kittys

rumah kami memang ada kitty
skang nie sudah masuk 2 bulan kitty nie ada di rumah
sebenarnya ibu kucing nie bukan kami bela pun
cuma masa nak beranak tu
tetiba rumah kami menjadi pilihan ibu kucing nie nak beranak
lagi 2 hari nak puasa..

mak yang tak suka kucing pun
jatuh sayang pada ibu kucing nie
sebabnya rajin sangat tangkap tikus di rumah
skang nie di rumah memang dah takder tikus berkeliaran
Alhamdulillah

mungkin kami berikan tempat berteduh kepada dia dan anak-anaknya
jadi membalas budi dengan menangkap tikus :)
anak-anak kucing nie semuanya comel-comel belaka
semuanya ada 5 ekor
umairah dan umar memang sayang sangat pada kitty nie
siap sudah diberikan nama lagi
ibu kucing ~ Miko
Lub Lub
Gwiyomi
Oyen
Lola
Lanun
hahahahhaha unik tak nama kucing yang umairah bagi nie
cute jea kan

--umairah with kitty--
tengok la manja betul dengan umairah
siap baring sebelah menyebelah lagi

--masing-masing layan tengok tv--
sambil anak-anak kucingn hisap nenen

--5 ekor anak kucing--

--closed up skit--
comel kan :)

--nie masa anak kucing baru 2 hari--
kecik jea lagi
skang nie anak kucing semuanya dah pandai main

umairah balik jea dari nursery terus mencari anak kucingnya dulu
sambil tengok kartun sambil peluk anak kucingnya
umar laks lagi dasyat
sambil naik motor bike dia sambil gendong anak kucing dia
emmmm masing-masing ada kesukaan masing-masing

umairah suka dengan gwiyomi dengan oyen
umar suka dengan lanun
hahahahhahaha

nanti aku snap setiap satu
dengan nama yang umairah berikan...

bela binatang memupuk sifat kasih sayang dalam diri anak-anak :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 24 July 2013

New Baby in D'House

siapa suka meow
dalam family aku semuanya suka kucing
cuma mak jea yang tak berapa nak gemar dengan kucing
jadi di rumah memang takder bela kucing pun
tapi tu lah orang selalu buang kucing depan rumah kami nie
pastu ayah la yang kena buang balik kucing tu
selalunya ayah akan buang kucing tu di area kedai makan dan pasar borong
sebab ada tempat kemudahan untuk mencari makanan

hari ahad yang lepas
kami memang perasan ada ibu meow tengah sarat mengandung
asyik masuk dalam rumah jea
dalam hati mesti nak cari tempat beranak la tu
tapi kami shhhhhhhh jea la bagi keluar semula dari rumah [tak sampai hati nak type word halau]
ingat meow tu tak masuk rumah dah

tapi mana tahu masa hari Isnin yang lepas
masa nak berbuka terdengar suara baby meow
tercari-cari jugak
rupanya ibu meow tu beranak dalam laci yang aku simpan stoking mr.hubby
hehehehehhehe selamat sudah aku buang stocking tu dalam tong sampah
masa tengok tu ibu meow memang tengah beranakkan anak dia
nampak ada 3 ekor baby kucing
berdarah-darah lagi tu..ingatkan hanya 3 ekor jea

cuma malam tadi tengok semula
rupa-rupanya ada 5 ekor baby kucing rupanya
nampak sudah bersih bulu baby kucing
comey-comey laks tu

 --duduk berhimpit-himpit untuk memansakan badan--


 --closed up skit--
yang warna orange tu memang comey kan
geram jea aku tengok
tak pegang pun lagi baby kucing nie
harap selamat la baby kucing nie

umairah dan umar asyik tengok jea
nasib baiklah tak tergerak hati lagi nak memegang baby kucing nie lagi
gebu dan montok jea :)


--asam pedas daging--
menu berbuka semalam
mak yang masak
perghhhhh memang sedap la
terbaik dari Melaka hehehehehhee

hari nie tak tahu nak berbuka apa laks
cuma tekak teringin sangat nak makan kuih badak berendam

korang berbuka hari nie nak masak apa
pening kan kepala memikirkan menu berbuka setiap petang...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 24 December 2012

Baby Meow

pagi tadi sambil aku memasak telor goreng
umairah request nak bawak roti telor ke sekolah
aku asyim terdengar suara anak kucing
puas mencari dalam store
bawah almari
last-last tergerak hati nak check dalam bilik nasir

habis la aku klebet dalam bilik nasir
finally jumpa dalam almari baju
aku ingatkan hanya sekor
terus angkat anak kucing tu tunjuk pada umairah
suka sangat umairah bila tengok bby kucing
berani jugak umairah usap anak kucing tu
umar jea yang kegelian nak pegang

bila aku masuk semula ke dalam bilik nasir
masih lagi terdengar suara anak kucing
laaaa bila aku buka luas-luas pintu almari
baru perasan ada 3 lagi anak kucing
semuanya ada empat ekor
comel-comel semuanya

muka umar yang kegelian
umairah maintain jea
suka sangat umairah dengan binatang nie

4 ekor anak kucing yang ibunya sorokkan ke dalam bilik nasir
emmmm bilik nasir nie memang menjadi kesuakaan kucing beranak kot
selalu sangat ibu kucing beranak dalam bilik dia

ayah masukkan bby kucing nie dalam besen
tapi sekejap jea
ibu kucing datang terus ngongong kucing tu bersembunyi tempat lain
umairah menangis sebab dia ingat ibu kucing tu nak makan
puas jugak la nak xplain pada umairah
yang ibu dia dukung anak kucing macam tu
pastu baru senyap

tak tahu mana ibu kucing tu sembunyikan anaknya lagi
harap selamat la...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi