Saturday, 27 July 2013

Resepi Ayam Buttermilk yang Mudah dan Sedap

rajin laks nak kongsi resepi
Idayu menanya resepi Ayam Buttermilk di FB
jadi dah alang-alang terus jea la kongsi resepi nie di blog :)
harap memberi idea untuk korang memasak untuk menu berbuka petang nie

menu nie mr.hubby yang carikan
sudah salin resepi dari Amy [Mama Tisya]
tapi tertinggal di ofis ~ my bad
tu yang minta mr.hubby carikan resepi
terus mms resepinya kepada aku hahahahahhaha
aku yang masak
mr.hubby tolong carikan resepi :)
pandai la tu

ok jom buat Ayam Buttermilk yang sangatlah mudah untuk di masak


Bahan-bahannya :
  1. ayam yang telah di potong kecil-kecil [perap sekejap dengan kari]
  2. 3 sudu besar butter [ikut kesesuaian pada ayam banyak ataupun sedikit]
  3. 2 sudu besar tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung jagung
  5. 1/2 tin susu cair
  6. 3 bijik bawang kecil - hiris
  7. 3 bijik bawang putih - hiris
  8. cili api - di potong [kalau nak pedas letak banyak kalau taknak pedas tak payah letak]
  9. beberapa tangkai daun kari [lebih kurang 3 batang tangkai daun kari]

Cara nak memasaknya :
  1. gaulkan tepung jagung dan tepung jagung ke dalam ayam yang telah di perap dengan kari
  2. goreng ayam sehingga masak [guna minyak biasa sahaja]
  3. panaskan kuali, masukkan butter.
  4. butter telah cair, masukkan hirisan bawang, cili api, daun kari.
  5. setelah bawang sudah garing sedikit, masukkan susu cair. 
  6. setelah susu cair mendidih, masukkan ayam, masak sehingga memekat.
  7. siap untuk di hidang..sedap di makan masa panas-panas.



--Ayam Buttermilk--
ada kuahnya tapi di dasar mangkuk
anak-anak suka makan sebab ada rasa susukan
memang sedap
nak masak pun senang sangat

kalau ada yang tak suka ayam
korang boleh ubah dengan menggunakan udang...

selamat mencuba korang :)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

28 comments:

  1. wah!! sedap bleh buat juadah ni..time kcih kak..=D

    ReplyDelete
  2. juadah yg sesuai utk tarik selera anak terutama masa sahur ...

    ReplyDelete
  3. Salam ena.nk dtg raya boleh je.thun ni kami ry kat meru.dh dekat dh tu.calling2 ye.nnti kami buatkn laksa johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah
      klu ena nak dtg ena akan roger ayu yea :)

      Delete
  4. rase dia manis la yer kak ena..boleh try nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasa manis..masin dan pedas
      mmg sedap lah

      Delete
  5. Assalamualaikum wbt...

    huaaaa menarik nih kak...nk try...tq for sharing resepi kak ^_^

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  6. asslmkm kak.. waa, tgk resepi simple je.. tapi nak tnya, tak rasa muak ke sebab buh susu pastu masak guna butter??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak muak pun
      sbb ada letak cili api
      akan ada rasa pedas2 skit

      Delete
  7. tak berkesempatan lagi nak buat resepi ni...

    ReplyDelete
  8. salam, akak boleh cuba masakan di buku hidangan barah yang bernilai 19.90 shj, boleh di dapati https://www.facebook.com/HidanganBarakah?ref=hldi

    ReplyDelete
  9. salam, akak boleh cuba masak masakan di dalam buku hidangan barakah yang bernilai 19.90 shj yang boleh di dapati di https://www.facebook.com/HidanganBarakah?ref=hl

    ReplyDelete
  10. salam, akak boleh cuba masakan di buku hidangan barah yang bernilai 19.90 shj, boleh di dapati https://www.facebook.com/HidanganBarakah?ref=hldi

    ReplyDelete
  11. salam... tq sebab kongsi... sgt sedap... tapi masa sy masak.. cepat tul dia kering.... sampai ayam jadi seketul2 hehehe... tapi tetap sedap.. tq... :D

    ReplyDelete
  12. Dah try..thank you..mmg sedap!

    ReplyDelete
  13. Minyk nk kne bnyk ke??cmne nk buat kuah tu nk kne ltk air ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu letak air..butter tu dah cair akan jd kuah pada lauk tu

      Delete
  14. Salam! Terima kasih byk2 for the delicious resepi. My whole famili suka masakkan nih. :D

    ReplyDelete
  15. assalam kak, kalau guna susu pekat ada effect x ?? rasanya same x kak ??

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi