Monday, 22 July 2013

Sedihnya Baca Berita : Budak 3 Tahun Lemas Dalam Kereta

Sedihkan
baca surat khabar hari sabtu yang lalu
budak 3 tahun mati lemas di dalam kereta
aku baca berita tu teringat pada umar
sebab mereka sebaya, sambil baca sambil menitis air mata
pasti ramai yang terdetik
"kenapalah ibu dia boleh lupa anak di dalam kereta"
emmmmm tapi skang nie nak blame sesiapa pun
dah tiada gunanya..sebab anak tersayang sudah tiada di sisi

aku pelik dengan sikap ibu bapa yang pandang ringan 
mengenai meninggalkan anak di dalam kereta
memang lah hati hanya bercakap keluar sekejap
tapi dalam sekejap tu macam-macam hal boleh terjadi
setakat nie aku dan mr.hubby tak pernah lagi meninggalkan anak di dalam kereta
sebab pernah terjadi di depan mata
seorang ayam meninggalkan anaknya di dalam kereta
ayah dia sekejap jea masuk dalam rumah nak ambil barang
si anak laks terus tekan lock kereta
hah memang terkunci terus si anak dalam kereta
si ayah yang baru perasan dah kelam kabut di luar
menjerit-jerit pada si anak untuk tarik lock
tapi si anak tergelak-gelak di dalam kereta ingat ayah dia main-main
rasanya 1/2 jam jugak kejadian tu jadi
kunci pendua takder laks
peluang terakhir pecahkan tingakap kecik
baru dapat selamatkan anak dia
memang lega sangat lepas tu
tapi tu kejadian yang kita orang tua perasan
macam mana dengan kes yang berlaku jumaat lepas
yang orang memang tak perasan
kesian sangat adik Nawal tu kan

aku harap sangat kita sebagai ibu dan bapa
mempunyai sikap prihatin terhadap anak-anak

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. – Bernama

Al-fatihah
semoga ibu dan keluarga adik Nawal bersabar dengan dugaan ini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

12 comments:

  1. dulu pun ada kes cam ni kan budak tertido dlm van sekolah ... moga2 di jauhkan dr berlaku pada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk dah kes mcm nie..sbb terlalai
      tu la semoga kita dijauhkan kejadian mcm nie

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    ohh kes ni..sedih..simpati pd parents tu..sofia tak mampu nak ckp lebih sbb xde anak..tp harapnya semua blh ambil iktibar terutama yg melibatkan keluarga ni..

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil pengajaran
      perlu lebih berhati-hati selepas ini

      Delete
  3. mmg sedey..salam takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  4. depa kurang peka..dok ingat donia ja emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejar2 sbb lambat msk meeting..sedih betul la

      Delete
  5. sayu hati... sebak bile ingat kes ni.. bertambah sedih bile ingat keadaan ibu die.. bende nak jadi.. fifi taknak blame mak die.. ade sebab knape Allah jadikan macam tu.. jom ramai2 support ibu tu.. atleast kurang rase sedih die..

    ReplyDelete
  6. sedih btol mcm tu kan. teringat kes omputeh pernah tinggal anak dia jugak dlm kereta cikgu jugak tak silap sebab rutin tu dia tak biasa buat sebelum ni iaitu hantar anak gi nursery sbb sebelum ni hubby dia yang htr. sama kes la ni sebab dia pergi airport sebelum tu. mungkin dia tak ingat langsung anak dia kat dalam kereta tu sebab biasa tak pergi airport kan. wallahualam. semoga kita lebih hati2.

    ReplyDelete
  7. sapa2 yang ada anak kena sentiasa beringat..Ya Allah..takutnya.. kita ni tak sempurna mana.. sikap pelupa tu memang ada..

    ReplyDelete
  8. teman paling takut jadi camni.. ya AllaH..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi