semalam aku kena pergi ke Avon
sebab ada meeting
selepas tu kena pergi ke PJ
pergi ke rumah bos aku untuk sign cheque
siaper yang duk kat PJ SS2
pasti tahu yang taman perumahan di situ
memang sentiasa ada roadblock [tiap-tiap hari sebenarnya]
jadi aku yang memang dah biasa lalu di situ
buat biasa ajer la
tapi semalam kena tahan
alah bagi aku
biasa jugak sebab dah selalu kena tahan pun
abg polis : cik nak pergi maner nie"
aku : " nak pergi opis jap"
abg polis : "opis kat area sini yea..boleh cik bagi lesen"
aku: "boleh jea"
terus la aku keluarkan lesen aku dari wallet seperti biasakan..muka relik jea..
terus keluarkan terus bagi pada abg polis
abg polis tu check lesen aku..pastu senyum pada aku semula..
abg polis: "lesen cik zarena mati bila yea"
emmmm dah sah sebelah seat aku ada baby carseat still nak panggil CIK..takper la aku kan nampak MUDA hehhehhehehehe
aku : "rasanya dalam bulan nie MATI..rasanya akhir bulan nie la"
bila aku cakap macam tu tetiba dari rilek n cool terus jadi cuak..takkan dah mati kot..
abg polis: "cik zarena punya lesen dah mati semalam [13hb]"
sambil abang polis tu tunjuk lesen tersebut ke muka aku
aku apa lagi terus senyap la..
aku : "saya baru nak buat hari nie"
abg polis: "ok pastikan buat hari nie, kalau tak buat jugak esok lalu sini saya akan SAMAN"
aku : "terima kasih abg polis"
hehehhehehehe pergh lega sangat bila abg polis lepaskan aku
jadi semalam jugak terus pergi Giant Kota Damansara, pergi ke Pejabat Pos dan renew lesen aku..hehhehehehehe takut aku kena saman nnti..
hah korang tu baik tengok lesen korang sama
maner la tahu dah MATI tapi tak sedar dah mati
bila dah kena tahan polis baru lah tahu
sama kes ngan aku plak
Friday 15 January 2010
Dah Kena Tahan Baru Lah Tahu
Email This
Share to Twitter
Share to Facebook
Coretan Unknown pada jam 11:19 am Labels: ...lesen kereta dan abang polis...
Coretan Unknown pada jam 11:19 am Labels: ...lesen kereta dan abang polis...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehe sib baik dia tak terus saman. sekarang boleh check tarikh tamat lesen kat website jpj.
ReplyDeleteseb baik kena tahan...
ReplyDeleteoops! aramak! dah setel lom?
ReplyDeletehehee...nasib baik abg polis tu baik
ReplyDeletehahaahha....ko mmg lawak lahna..aku dpt bygkan muka confident ko tetibe berubah..heheehhe
ReplyDeleteain baru ni, lesen mati bulan 4, bulan 6 baru perasan.. itupun sebab nak buat tag kat blog pasal kereta. Kalau tidak.. hmm.. ujung tahun ni kot baru renew.. bahaya betul kan.. kalau pape jadi, naya ...
ReplyDelete