Tuesday 26 July 2011

Kena Ulser


kita yang dewasa nie bila kena ulser/tulang ikan/tompok putih dalam mulut
pun rasa tak selera
nak makan pun sakit
cuma kita masih gagahkan diri untuk telan jugak makanan sebab boleh tahan sakit
imagine kalau budak kecil yang kena


makan memang langsung taknak
umairah kena ulser
banyak dalam mulut dia
pada lidah ada ada 2 tompok di kedua-dua belah
pada tepi gusi
dan depan gusi
minum susu jea skang nie
bagi makanan memang taknak sentuh langsung
yang dia boleh terima cuma roti yang di cicah dalam air milo jea
biskut pun taknak makan
suapkan bubur pun taknak
aku dah hilang idea nak bagi makan aper pada umairah
start kena hari ahad
maknanya termasuk hari nie nak masuk 3 hari
umairah tak makan sangat
cuma bergantung pada susu dia jea
baru 2 hari aku tengok umairah dah kurus huhuhuhuuhu
sian anak aku



jadi aku search di Internet cari-cari
apa yang perlu aku lakukan untuk ubati ulser dan info tentang ulser nie


Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta) :

Latar belakang
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:

  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui

Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan:
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;

  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air


nak tahu lebih lanjut klik website di sini..


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. mmg sian la kalo bdk kecik kena..kita yg dewasa pn rs tk sedap rs kn..apa ntah lg bdk2..smoga cpt baik ye umairah

    ReplyDelete
  2. sama laaa umairah ngan achik ain.. ulser merata kat mulut ni.. kumur2 dgn ubat kumur je laaa dua hari sekali... tapi, kalau kecik umairah, macam mana kan nak kumur. silap2 dia telan mendalah tu.. hehhe

    ReplyDelete
  3. alahaiii..ciannyee Umairah.,bykkan minum air masak.

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi