aku memang ada apply untuk sambung amik degree di UiTM
aku apply bulan July yang lalu
selepas itu aku memang terus lupa tentang permohonan aku nie
ialah bz dengan kerja
bz dengan anak-anak
dan bulan nie bz nak membuat persiapan untuk menyambut raya
aku mendapat msg dari InEd petang khamis
hari jumaat aku buka website
dan terkejut beruk yang aku kena daftar pada hari sabtu 20/8
kena buat bayaran sebanyak RM1359.00
aku dah pening kepala nak cekau duit kat maner
ialah duit pun banyak dah keluar sebab nak raya
aku dah muka toye time tu
nak buat kerja pun takder semangat
syikin yang tolong aku cakap pada bos
yang aku nak buat loan
anna sokong jea kalau aku nak buat pinjaman
sebab aku nak sambung belajarkan bukan nak pinjam untuk
shopping @ hal-hal yang lain
tapi kalau nak buat loan pun mana boleh dapat hari jumaat tu jugak
jadi syikin yang tolong aku meminjamkan RM1K
aku memang terharu sangat-sangat
ialah aku memang dalam keadaan yang terdesak sangat time tu
mak bagi aku RM250 dan selebihnya sayang top up kan
dan pada hari pendaftaran sayang bagi lagi RM250 untuk kecemasan
aku memang bersyukur mendapat teman yang dapat menolong aku tika kesusahan
terima kasih syikin jasamu akan aku ingat sampai aku mati
hari sabtu tu sayang yang nak hantar aku pergi ke Uitm
sayang masuk kerja 1/2 day semata-mata nak support aku dari belakang
memula aku ingat nak pergi sendiri jea
tapi sayang yang berkeras nak hantar dan ambil aku nanti
Alhamdulillah aku dapat suami yang amat memahami aku
terima kasih sayang
sebab membenarkan isterimu ini menyambung belajar semula
berpusing-pusing jugak aku nak mencari Dewan Budiman nie
bila dah jumpa orang memang dah ramai
barisan yang amat panjang
aku punya kaki rasa macam nak kejang jea
ramai jugak manusia yang nak sambung study
aku ingat aku sahaja jea yang nak futher study
selesai semua urusan pendaftaran pukol 2 lebih
selepas itu kena dengar taklimat plak
time dengar taklimat mata aku memang dah jadi kuyu
penat tak ingat la beb
dalam dewan InED
tapi rasanya banyak taklimat yang diberikan amat berguna
nak plak aku nie memang zero knowledge tentang Uitm
jadi aku rasa banyak jugak membantu aku time nak study nanti
berdiri untuk mengangkat sumpah dan berikrar
saya bahawasanya......sambil angkat tangan kanan
pastu menyanyi lagu Negaraku, dan 2 lagu Uitm
emmm dengar lagu Uitm
mulut tak bergerak pun
hehehehehhe tak pernah dengar pun :p
pukol 4 lebih aku dah cabut
sebab sayang dah sampai untuk jemput aku balik
sepatutnya taklimat habis pukol 5pm
tapi aku blah jea sebab ramai yang dah blah pun
"Ya Allah permudahkan la aku menyambung semula belajar ini"
alhamdulilah...moga Allah permudahkan segala urusan Ena...dah lama x komen kat sini...sllnye silentje...
ReplyDeleteamk e-pjj ke??pe2 pn,tahniah kak long..
ReplyDeletealhamdulillah..murni niat nak sambung belajar tu....dan bila niat kita murni..insya allah, Allah permudahkan jalannya...
ReplyDeletelagu uitm..alahai..rindunya....dulu masa diploma...zana belajar kat sana...ada gark niat nak sambung belajar...tp bila difikir2kan balik, di kenang2kan balik..alahai, mampu ker?
apa2 pun..zana doakan ena k..good luck dear....
Tahniah, ena! Semoga Allah permudahkan semua urusan Ena sekeluarga! Amin
ReplyDeletetahniah dpt peluang sambung blaja...smoga dipermudahkan segalanya insyaAllah
ReplyDeletetahniah na..dpt jugak ko futher study...
ReplyDeletetahniah ena..semoga dipermudahkan segala.amin
ReplyDeletewah..tahniah.amik kos apa? belajar rajin2 erk :)
ReplyDeletetahniah yer......semoga tercapai degree itu.....
ReplyDeleteerienz - terima kasih yea :D
ReplyDeletewana - kak long amik e-pjj amik course finance
ReplyDeletezana - blh jea zana, skang nie nak belajar boleh jea keluarkan duit KWSP akaun no.2
ReplyDeleteain - terima kasih ain
ReplyDeletelina - terima kasih..doa2kan utk ena yea
ReplyDeletezura - tu la ra tercapai jugak impian aku nak smbg study semula
ReplyDeletekak atty - terima kasih sis
ReplyDeleteeliss - ena amik couse finance..terima kasih eliss
ReplyDeleteya alya - IsyaAllah ya doakan utk ena yea
ReplyDeletehehehe samelah course kite erk.....ntah² sem nie kita dpt satu kelas....coz aku de amik subjek 1st part
ReplyDelete