ialah perut sudah kekenyangan apa lagi
rehat-rehatkan diri, nasir bantai tidor semula
yang cucu m.cik melah tiga orang nie
sibuk berlari-lari dalam rumah
pukol 12tgh kami semua bersiap untuk pergi kenduri kawen di Kg. Tengah
sampai sana memang orang tengah ramai gila
lauk pauk yang dihangkan, memang sedap gila
lauk kari masak kerbau, masak lemak perut di tambah rebung, ayam goreng, payeri terung dan sayur ulam ulam
aku cuma makan kerbau masak kari - perghhhh terbaik
aku rasa lauk kerbau nie boleh hanya di dapati di Melaka sahaja la
di selangor tak pernah lagi aku pergi kenduri di jamud engan lauk kerbau
korang pernah makan tak?
selepas makan lepak-lepak di beranda rumah pak long
sebab kenduri kawen nie bersebelah rumah pak long sahaja
sambil landing landing tu umar dah membuka bajunya
sebab kepanasan, umar nie macam putera lilin skit
tak boleh nak panas-panas sangat, bila panas mula la akan buka baju, stoking semua
dah tak boleh nak melawa-lawa budak kecil nie
tunggu pengantin berarak
aku tengok muka siti nie bila dah make up macam tu
macam muka penyanyi Ella plak
dah ambil gambar pengantin kami terus melepak tepi pantai
ialah pantai tak jauh pun dari rumah pak long nie
sayang yang melayan umairah dan pija main di tepi pantai
aku takder la duduk sahaja di pondok - panas tak tahan aku dibuatnya
dapat la jumpa ketam kecil, siap tunjuk pada aku lagi
bagi umar pegang terus nak masukkan ke dalam mulut hehehehehhe
mak yang melayan umar main di pasir pantai
umar merangkak kelakar sebab dia taknak lutut dia kena pasir
jadi merangkak dia stail ala-alan menonggeng..memang lawak
aksi sayang melayan anak dan anak buahnya
lagi plak time air laut tengah surut jadi tak la risau sangat biarkan umairah dan pija bermain air laut
puas hati dapat berendam di air laut
tumpang mandi di rumah wan enon, mak uda yang melayan karenah umar
si bam bam nie dengan siapa jea dia layan jea
memandangkan kehausan lepak di tepi pondok nie
kami minta nasir dan syafik pergi petik buah kelapa di rumah wan
ambik ko sekali datang semula, 2 tandan di ogahnya bujang 2 orang nie
dapat minum air kelapa gading nie memang nikmat
sejuk sampai ke usus
manis tak terkata
sampai ke petang la kami melepak di pondok tepi pantai
sampai tertidor di buai angin pantai ... nyaman terasa
umairah memang tidor lena ...
sebelum pulang ambil gambar umairah dan pija di pintu gerbang pengantin
seronok balik kampung kali nie ....
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: