hujung minggu waktu pagi tak buat apa sangat
cuma waktu petang baru kami decide nak pergi chow kit
memandangkan sudah mendapat tender hospital selayang
perlu la ada bekas kuih yang ketika memasaknya
jadi chow kit adalah tempat yang sesuai untuk membeli bekas kuih
sebab ada banyak kedai pilihan dan boleh minta harga murah sebab membeli
dengan borong
letih memang letih sebenarnya
sebab bila ada anak kecil mengikut jadi macam-macam kerenah ada
umar asyik la nak berlari dalam kedai
umairah plak bila penat nak berdukung sahaja
letak dalam stroller taknak
jadi bertambah-tambah hangin aku di buatnya
panas + letih = cepat nak marah
dekat 2 jam jugak kami mencari barang
best jugak datang ke chow kit nie
macam-macam ada - sebut sahaja pasti ada
dapat semua barang baru kami bertolak balik
singgah dahulu ke kedai makan
umar dalam kereta asyik la sebut mam mam mam
tu tandanya si kecik nie sudah lapar
dalam kedai makan lagi la haru biru jadinya
taknak duduk diam
asyik la berlari-lari
main chak chak belakang pokok kelapa
umairah lagi dasyat
bukan main cha chak macam adiknya
tapi di panjatnya pokok kelapa tu
aduih pening kepala
letak umar dalam baby chair
di panjatnya kerusi tu
kerusi tu umar boleh lepaskan diri dia
keluar dan terus turun
berani betul la umar nie
apa lagi terus la babahnya jauhkan kerusi tu dari meja makan
memang pening la kalau bawak umar makan di luar
umairah dah ok skit
tapi kadang-kadang naik antu gak umairah nie
kalau makan tu memang meja kami la paling teruk
bersepah sampai ke bawah lantai
sebab tu la skang nie jarang nak makan di luar
sebab segan orang tengok family aku yang macam hulk hogan nie hahahahahaha
bila semua barang sudah keluarkan dari bonet keretadan diletakkan di ruang tamu
rasa macam dah jadi kedai bakery jea
sebab dengan bekas kuih muih yang diselerakkan oleh umairah
tapi bagus jugak
sebab umairah keluarkan bekas kuih dari dalam plastik
dan diletakkan ke dalam bakul untuk di basuh oleh aku
selesai sudah membeli bekas kuih
selepas nie kena mencari bahan-bahan kuih plak
macam tepung..telor..etc
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: