Monday 30 January 2012

Petua : Daun Bunga Raya Meredakan Panas Badan

korang biasanya buat apa bila badan anak korang panas
senang citer kalau kena demam
ialah selain bagi makan ubat
kena la jugak iktiar benda yang lain jugak
ialah hati seorang ibu mana la tahan tengok anak tu terbaring lesu sahaja

petua yang selalu aku gunakan
ambil beberapa helai daun bunga raya
rendam dalam bekas berisi air
ramas-ramas daun bunga raya tu
ambil air tersebut sapukan di kepala, dahi, belakang badan dan kaki
InsyaAllah badan anak akan sejuk
petua nie dari mak aku lagi
sejak aku kecil lagi mak aku memang gunakan kaedah nie
skang nie aku gunakan untuk anak-anak aku plak

dan tak sangka mak mertua aku pun
gunakan kaedah ini sekali
petua orang dulu-dulu nie baik diamalkan

muka umar yang lesu sahaja


setelah di sapukan dengan air daun bunga raya
baru kepanasan badan umar menurun sedikit
kita hanya mencuba
yang menentukan semuanya dari kuasa Allah

daun bunga raya yang telah di ramas-ramas dalam bekas

ada sesetengah orang
menggunakan air asam jawa
sejuk jugak
tapi aku lebih suka guna air bunga raya sebab baunya wangi skit
kalau guna air asam jaya
nanti kepala anak berkerak sedikit setelah air asam jaya kering

tapi apa-apa pun petua jugak
nak cuba dengan tidak sahaja



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. erm...tol tue ank demam mmg kene jaram...wlpn dh bg ubt, sbb tkt panas dlm....petua bunga raya aku pun buat na....sejuk je...

    ReplyDelete
  2. sedihnya tgk muka umar macam tu!!!!

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi