tak ingat bila masak singgang sotong nie
tadi tengok gambar dalam folder
ternampak gambar nie
terus nak up jadi story blog
tak pernah pun masak jenis nie
yang selalu masak singgang ikan - alah yang kuahnya jadi kuning tu
sebab nak cuba masak singgang sotong nie
sebab terliut tengok Ain bebelong masak
terus tanya resipi
memang senang gila la nak buat
Singgang Sotong
Bahan-Bahan :
1- Sotong yang telah dibersihkan
2- bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili api - di tumbuk
3- garam secukupnya
cara masak :
campak semuanya dalam periuk
letak sedikit jea air sebab masa masak air dari sotong akan keluar
masak sehingga mendidih
taraaaa siap untuk dihidangkan atas meja
makan dengn nasi panas-panas
pasti bertambah-tambah makan
sejak ada umar nie
memang bila masak mesti wajib goreng ikan
kuat meratah lauk si kecik nie
umar akan ratah ikan sampai habis dahulu
pastu baru makan nasi
umairah plak makan nasi kosong jea
takder lauk pun takper
pelikkan
kalau makan di luar, mesti orang sebelah pandang jea kami
ialah kami semua makan lauk sedap-sedap
anak yang sorang nie hanya makan nasi kosong jea
macam anak tiri plaks
tapi tu la realitinya umairah suka makan nasi kosong jea
makan lauk ikut mood dia jea huhuhuhuhu
terima kasih Sifu Ain ajar saya masak singgang sotong nie
sedap
wah! tahniah.. buat juga singgang sotong ni ye... sesekali kalau nak masak sotong simple, boleh cuba lagi.. Iji lauk kalau dah tak larat sgt nak masak, main campak rebus je... hehhe
ReplyDelete