Wednesday 20 February 2013

Dua (2) Hari MC ~ Merana Diri

hari nie baru masuk ofis
2 hari mc sebab sakit gigi
rasanya nie rentetan dari operasi menembak masa hari sabtu yang lepas
story tembak menembak nanti aku upload

malam ahad sudah mula terasa sakit gigi
tapi buat bodoh jea
sebab rasa sakitnya on/off
tapi pagi isnin sakitnya memang takder off-off lagi
terus sakit sampai ke otak
msg member ofis tak dapat datang - mc

lepas hantar umairah dan umar ke nursery
minta sayang temankan aku ke klinik gigi sharifah di BBSB
nasib baik la orang tak ramai sangat
jadi bila nama aku di panggil

doc check gigi aku
dan tunjukkan gigi aku yang sakit
memang ketara bengkaknya
dan ada nanah disekeliling gusi
aku sendiri pun takut menengoknya

aku request untuk cabut gigi bongsu tu
tapi doc cakap tak boleh buat masa skang nie
kena surutkan bengkak dan tidak rasa sakit lagi baru boleh cabut gigi tersebut
untuk kes aku nie kena buat monir operate
kos untuk operate ialah RM500.00 (maximum)
terkedu gak bila dengarnya
mahalnya
doc bg next appointment untuk operate ialah 26.03.2013
huhuhuhuhu

dapat ubat dan bayar RM40.00
hehehehhe boleh claim kat ofis nanti 

4 jenis ubat yang kena telan
tapi aku makan 2 ubat jea
tahan sakit dan sakit bengkak
makan ubat nie pun buat aku ngantuk jea

lepas pergi ke klinik sharifah
aku ajak sayang temankan aku pergi ke klinik kesihatan Sg.Buloh
untuk dapatkan pandangan doc yang lain
dalam hati masih rasa was-was tentang apa yang doc di klinik sharifah beritahu
sebenarnya tak puas hati pasal harganya
mahal sangat

jumpa doc di situ
doc pun cakap benda yang sama
perlu tunggu gusi surut bengkaknya dan sakit hilang
baru boleh buat minor operate
tapi bukan buat di situ
doc akan berikan surat untuk refer ke hosp. sg.buloh
untuk buat operate tersebut
perlu jumpa doc pakar sebab gigi bongsu melibatkan urat saraf
taknak ambil risiko
huhuhuhuhu

jadi betul la tu apa yang doc sharifah beritahu
cuma harga untuk buat minor operate untuk di hosp ialah RM65.00 sahaja
murah kan...

hari Selasa
ajak sayang pergi ke Klinik Pergigian Cahaya Suria
berhadapan dengan Stesyen Pudu
pergi ke tingkat 2
daftar..ambil no..dan tunggu nama di panggil
memang cepat service di sini

bila dapat jumpa doc
perkara yang sama doc di klinik sg.buloh beritahu
kena hilangkan bengkak
than doc akan refer kan aku ke hosp GH
laaaaa yea ker

emmmm ingatkan boleh terus cabut
dah tak tahan menanggung sakit

pendaftaran di Cahaya Suria
1st time datang ke sini
next time boleh la datang ke sini lagi
memang bagis servicenya

harap awal bulan march dapat cabut gigi nie
harap sangat huhuhuhuhu

sakit tau bila gigi sakit nie
tak tertahan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi