Wednesday 24 April 2013

1st Time Menggunakan Water Colour

aktiviti mewarna bagi anak-anak aku
adalah aktiviti yang sangat fun
selalunya warna gambar-gambar lukisan hanya menggunkan pensil warna sahaja

cuma terdetik nak berikan keseronokkan pada anak-anak menggunakan
water colour laks
selalu tengok mummy ayu berikan anak-anaknya explore menggunakan water colour
jadi last week belikan jugak water colour untuk umairah dan umar

bila umairah nampak ada plastik tepi seat aku
dia boleh agak pasti ada something untuk dia dan adik
"wah..ibu belikan apa untuk kakak hari nie"umairah 
sambil tangan belek-belek barang dalam plastik
bila isi dalam plastik sudah dikeluarkan
terus cakap
"ibu, kakak memang nak macam nie..kat sekolah ada pakai warna nie tau"umairah
"terima kasih ibu"sambil cium pipi
rasa terharu bila anak-anak sudah pandai menuturkan perkataan penghargaan untuk orang sekelilingnya

sampai rumah masing-masing tak sabar nak mewarna
umar hanya ikut sahaja apa yang kakak dia buat
eheh

--umairah--

--umar--

sampai di rumah
terus masing-masing ambil buku warna
aku bentangkan kertas surat khabar dan isi air dalam bekas kecil
aku beli water colour jenis ~ tak tahu nak sebut macam mana
warna dia macam eye shadow 
just letak berus warna dalam air
pastu sapu pada warna yang kita mahukan
jadi warnanya memang tak berkecah
kering sentiasa

--umairah yang kidal--
tengah mewarna menggunakan water colour
sudah pandai mewarna skang nie
mewarna dengan tidak terkeluar dari garisan
cuma akan bertanya gambar nie nak colour apa
yang nie nak colour apa

--umar mewarna dalam buku Ben10 nya--
semua disapu dengan warna hijau


--wajah ceria anak-anak--
mewarna sampai terkangkang-kangkang anak-anak aku nie hahahahahah
takder kesopanan langsung
emmmm asalkan depa nie gembira kan

aku rasa parents di luar sana
pasti ada rasa timbul was-was nak berikan anak-anak menggunakan water colour
sama jugak macam aku
kalau korang rasa was-was
korang boleh beli water colour yang jenis dry
pastikan korang awasi anak-anak masa mereka mewarna
takut laks anak-anak masuk ke dalam mulut kan

kalau korang nak guna eco friendly 
korang gunakan Yogurt original
pastu titiskan beberapa titis pewarna makanan - kek
gaul bersama dengan yogurt
jadi boleh la anak-anak mewarna dengan warna yang selamat
kalau termakan pun di jamin selamat
betul tak..

selamat mencuba
jangan halang anak-anak untuk lebih terbuka dengan persekitaran
cha yok cha yok



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi