Wednesday 5 June 2013

Berjalan-jalan di Bandar Melaka - Part 3

lepas jejak kasih di hadapan toilet 
terus umairah request nak naik beca
sebenarnya dari kami sampai lagi umairah sudah meroyan nak naik beca
cuma kami jea cakap nantilah nantilah
bila malam sudah menjelma lagi la umairah tak sabar-sabar nak naik

jadi wan dia tunaikan permintaan umairah untuk naik beca
Melaka memang terkenal dengan Beca berhias dan Bermuzik
macam-macam hiasan boleh kita lihat pada beca
suka tengok hiasan Hello Kitty..comey jea
tapi kebanyakkan yang aku nampak menggunakan hiasan macam rama-rama dan layang-layang
memang cantik
tapi kesiaan aku nak bagi mr.hubby naik hahahahahha
pasti tak terlarat p.cik tu nak mengayuh beca dia nanti eheh

untuk naik beca nie bayaran dikenakan sebanyak RM20.00
perjalanan adalah sekitar kawasan terdekat
perjalanan mungkin mengambil masa 15minit ke 20minit
ok la tu berbaloi-baloikan

jadi yang naik beca malam tu ialah mak,lini, umairah, umar dan pija
kami yang lain hanya berjalan kaki di sekitar kapal samudera
--umairah dan pija--
yang pertama kali dapat menaiki beca
sangat la suka

--yeay kami berjaya menaiki beca--
kesian laks tengok p.cik tu mengayuh
tapi tu la rezeki p.cik tu untuk menyara keluargakan

p.cik tu beritahu pada cuti sekolah memang akan dapat duit lebih skit
tapi penat skit untuk dapat duit lebih
skang nie ramai sudah anak muda mengayuh beca
untuk dapat duit lebih ketika cuti sekolah

--bye bye korang--
beca hiasan dari belakang
memang cantik dan menarikkan

sementara yang lain naik Beca Berhias
aku, mr.hubby, apis dan nasir berjalan-jalan disekeliling
dapat la aku dan mr.hubby dating sekejap tanpa anak di sisi hahahahahha
macam bercinta laks sambil jalan berpimpin tangan ahakssss
takper halal sudah :p

kami jeguk-jeguk sekejap di Muzium Samudera
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial PortugisBelandaInggerisdan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00

Info mengenai kapal nie
boleh klik di sini

--kapal Flor de La Mar --
cantik dan besar
tak berkesempatan nak naik
sebab sudah tutup masa kami nak masuk tu huhuhuhu

--mr.hubby..nasir dan apis dihapan kapal--
tak dapat masuk bergambar jea la di hadapan kapal

Menara Taming Sari
memang tak naik la
sebab barisan memang panjang ~ cuti sekolah kan

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak diBandar HilirMelaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Info mengenai Taming Sari
boleh klik di sini

--Taming Sari ketika waktu malam--
emmmm bila jugak la dapat naik nie
selalu datang mesti beratur panjang gila huhuhuhuhu

kalau pergi ke Bandar Melaka
tak cuba naik beca, masuk muzium samudera dan taming sari
rasa macam tak lengkap jea kunjungan ke Melaka kan...

korang dah naik ker...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. teringin nk g Melaka lg n mkn asam pedasnya...

    ReplyDelete
  2. tak pernah pon jejak kaki ke melaka selama hidup ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Pyka pnah pergi sana jugak dulu . Tapi lama dah . Trngin nak pergi lg .

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi