umairah dimasukkan ward di Hospital Sg.Buloh
pada hari khamis yang lepas [19.09.2013 - 14.09.2013]
selang sehari sahaja dari mr.hubby masuk hospital SJMC
memang dugaan kecil untuk aku sekeluarga
belum hilang penat menjaga mr.hubby di hospital
kini perlu lagi bermalam di hosp untuk menjaga umairah
tapi aku redha dengan ujian Allah kepada aku
perlu tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah
itu tandanya Allah menyayangi diri aku..syukur
umairah demam dari hari jumaat 6hb sehingga ke hari kami bawak ke hosp
umairah sudah demam 7 hari
kami sudah bawak umairah pergi ke klinik sebanyak 3x
tapi keadaan umairah tetap begitu
demamnya kejap ada kejap tiada
sehinggakan ubat antibiotik sudah habis di makan tapi umairah tetap begitu
petang khamis, mr.hubby datang ambil aku di tempat kerja
bawak sekali anak-anak
bila aku lihat keadaan umairah yang sangat tidak bermaya
dan panas badannya sangat tinggi
terus ajak mr.hubby ke hospital untuk check dengan details
kami sampai di hosp pukul 6 ptg
masuk di emergency
buat pendaftaran dan kami di rujuk ke bahagian matahari
di sana menunggu giliran..mungkin rezeki kami
nama umairah di panggil dahulu
doc check tekanan darah, check suhu
doc terus minta ambil darah
tunggu 1/2jam baru result darah keluar
kepekatan darah merah umairah 50
dan plate late darah umairah 90
jadi doc terus suspect umairah denggi
umairah dimasukkan ke ward pemerhatian sebelum di transfer ke ward yang sebenar
di sini umairah di cucuk jarum di tangan kanan untuk dimasukkan air
di sini pelbagai soalan doc tanya
demam sudah baper hari
di rumah ada orang demam ker
kawasan ada denggi ker
ada pergi ke mana-mana tak
berak..kencing..muntah..cirit birit ada tak
adik ada demam jugak tak
ur husband demam apa
masuk di mana
kenapa lambat hantar ke hosp
emmmmm banyakkan kan soalan
aku jawab sahaja dengan jujur
time nie umairah memang dah meraung tak ingat dunia
aku dan mr.hubby tunggu di luar sementara doc dan nurse memasukkan jarum untuk air
time nie aku memang nak rasa menangis..tapi tahan
umar sudah peluk erat dengan babahnya mungkin takut
selepas 1/2 botol air dimasukkan umairah di transfer ke ward
untuk pemeriksaan lebih teliti
untuk mengesahkan sama ada umairah ada demam denggi ataupun tidak
mr.hubby balik ke rumah bersama umar untuk ambil barang keperluan aku dan umairah
kami masuk ward pada pukul 9 malam
pukul 10 malam doc datang semula untuk check demam umairah
dan untuk jujuk jarum di tangan kiri umairah - nie untuk ambil sample darah umairah
time nie umairah sudah melalak lagi sebab sudah tahu doc nak ambil darahnya lagi
doc terpaksa buat ikatan bedung untuk memasukkan jaru ke tangan kiri umairah
kaedah bedung nie untuk mengelakkan umairah bergerak ketika nurse memasukkan jarum di tangan
keadaan umairah memang lemah
kesian aku tengok
dalam diam aku nangis sekejap
sebab tahu macam mana rasanya bila tangan di cucuk
umairah tidor dengan keadaan tangan kanan dan kiri di jujuk
tangan kanan dimasukkan air
dan tangan kiri di cucuk untuk ambil darah
pukul 4pagi 20hb doc datang semula untuk ambil darah umairah lagi
kiranya sample darah umairah di ambil sebanyak 3x
untuk betul-betul pengesahan
aku berdoa sangat-sangat bukan kes denggi
paginya pukul 8pagi pemeriksaan doc
doc mengesahkan umairah bukan denggi
dari pemeriksaan doc setelah masukkan 2 botol air
kepekatan darah merah umairah sudah 39
plate late sudah 220
Alhamdulillah bukan denggi
tapi drip air tetap diteruskan sehingga ke malamnya - hari jumaat
waktu lunch rakan-rakan datang melawat
terima kasih pada Sabri..Idah..Imah..Anith..Suzy..dan keluarga aku
yang sudi datang melawat umairah
dan jugak teman-teman di FB yang tak putus-putus doakan kesihatan umairah
terima kasih sahabat semuan :)
kesian pada umar
sebab dua hari tak dapat nak tengok kakaknya
rindu sangat pada kakaknya
untuk hilangkan rasa rindu..mr.hubby buat rakaman vidoe untuk umairah dan umar bercakap
kesian kakak dan adik
selera makan umairah pada hari Jumaat still tak berselera
makan dan minum bila kita paksa
siap tanya umairah nak makan apa
umairah request nak makan donut dan air ribena
mr.hubby belikan walaupun umairah makan sedikit sahaja
takper asalkan ada makanan yang masuk
hari Sabtu 21hb
wayar drip air di buka..lega sangat
umairah lagi lega sebab dia sudah boleh bergerak bebas
hari ke tiga di hospital umairah sudah bergerak bebas
sudah aktif dan ceria seperti biasa
doc check umairah pada pukul 8am sudah membenarkan umairah pulang ke rumah
Alhamdulillah gembira sangat
umairah disyaki hanya kena virus demam..lega aku dengar
dari pagi sehingga sebelum discharge
umairah memang bergerak aktif dalam ward
siap ada geng lagi..ialah ward kanak-kanak pastilah ramai kanak-kanak kan
ada geng yang boleh melayan umairah
ke mana-mana berdua jea..nama adik tu Ayu kes demam jugak
lagi kamceng sebab Ayu ada tab lagilah melekat jea umairah dengan teman barunya tu :)
sarapan dan lunch umairah makan memang berselera
mulut becok sudah seperti biasa
siap bertegur sapa lagi dengan nurse hehehehehehe
macam-macam soalan umairah tanya pada kakak nurse
pukul 2 lebih baru kami discharge
setelah kos rawatan mr.hubby bayarkan
kena charge RM19.00 dari total bil RM580.00
sampai di rumah aku memang terus masuk bilik
letak kepala atas bantal terus tak sedarkan diri
kepenatan yang amat sangat...
tapi kini lega sebab mr.hubby dan umairah sihat walafiat
terima kasih pada sahabat semua yang mendoakan mesihatan umairah
aku tak mampu nak membalasnya
hanya Allah yang dapat membalas jasa sahabat semua..
hugs semuanya...
Symptoms Demam Denggi
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamukAedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda dan Gejala Deman Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
1-Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2-Bintik merah pada kulit
3-Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4-Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5-Hilang selera makan
6-Muntah-muntah
7-Sakit perut
8-rasa pahit pada lidah
9-lemah dan tidak bermaya
Rawatan untuk Demam Denggi
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan danhemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Jom layan gambar bercerita :
--nama umairah yang tergantung di kepala katil--
--semasa menunggu nama di panggil di bahagian Matahari--
--aku 1st time masuk ke sini--
macam pelik laks department nie
keadaan macam tak siap jea..
tengok lah keadaan sekeliling..sedih kan
--nie dept tangkat muat kot--
rasa macam di garaj kereta laks
dengan panasnya memang kesabaran menunggu giliran di sini
kalau anak meragam mak bapak pun boleh angin
--darah di ambil di lengan umairah--
memang sudah trauma umairah dengan jarum
--umar yang sudah kebosanan--
sudah mula meragam banyak hal
aku yang penat di tambah lagi umairah yang lemah
umar memang aku tak layan sangat
bila aku tunjuk lebih perhatian pada kakak
umar jadi jeles tetap jugak nak pada aku
memang hilang sabar jugak aku di situ
siap baling selipar lagi hahahahahha
--umairah ketika drip air--
memang lemah sangat
nak senyum pun tak larat
monyok jea
sian anak ibu
--di cucuk jarum di tangan kiri utk ambil sample darah--
di bedung supaya umairah tidak bergerak
melalak satu hospital boleh dengar
--tangan kanan drip air--
tangan kiri di ambil darah
doc ambil darah umairah 3x
--di hari Jumaat--
hari ke dua di hospital
masih lagi tiada selera utk makan
makan dan minum di paksa
siap aku ugut lagi
"kalau tak makan dgn minum nanti doc cucuk jarum kat tangan kakak"aku
barulah umairah nak makan dan minum
--peace yooo dari ibu--
--rakan-rakan yang datang melawat--
terima kasih korang
sahabat datang baru aku boleh gelak sekejap
rasa beban hilang sekejap bila dapat gelak bersama
--disebabkan ward kanak-kanak tak boleh masuk--
sementara mr.hubby datang berjumpa dengan umairah
aku turun sekejap di lobby untuk menjaga umar
kesian umar sebab nak sangat tengok kakaknya
--umairah bila dapat makanan dan minuman yang di pesan pada babahnya--
baru ada nafsu nak makan skit
mr.hubby buat video untuk umar lihat kakaknya
sedih tengok sebab masing-masing rindu antara satu sama lain
--selepas pemeriksaan doc pada waktu tgh--
umairah tidor sekejap
--waktu lawatan petang pada hari Jumaat--
pagi pau ibunya dengan beli belon
petang pau ibunya belikan set lori
emmmmm umar umar ada jea mainan nak dibelinya
memang kopak wallet ibu duduk lama-lama di lobby hospital nie
--hari ketiga 20hb hari sabtu--
umairah sudah sihat danboleh discharge
paginya doc sudah tanggalkan jarum di tangan kiri dan kanan
barulah umairah ceria dan happy
mulut kembali becoks eperti biasa
--masa dihabiskan dengan mewarna--
untuk hilangkan rasa bosan
--lunch umairah makan banyak--
Alhamdulillah tak memilih makanan
makan sahaja apa yang dihadapan mata
sudah senyum bila di ambil gambar
boleh nampak ketaranya keadaan umairah pada hari khamis dan hari sabtu
--ada geng bermain bersama--
nak-nak gengnya Ayu ada tab
lagilah rapat bersama-sama
semua katil umairah datang melawat
gaya sudah jadi macam doc hehehehehhe
--yeay kakak sudah boleh balik--
lega sangat
Alhamdulillah hari nie umairah sudah pulih seperti biasa
korang kalau anak demam lebih dari 3 hari
tak payahlah pergi ke klinik lagi
terus dapatkan pemeriksaan ke hospital untuk ambil darah
jangan tunggu lama-lama
takut kita akan menyesal di kemudian hari
sebab demam skang nie lain dari yang dulu...
jaga kesihatan baik-baik yea...
untuk mr.hubby dan aku
kami makan Nutriferon Shaklee
sebab dapat menguatkan antibodi...
nanti aku share pasal Nutriferon Shaklee dengan korang yea :)
Alhamdulillah kakak dah sihat...memang risau kalau anak2 tak baik2 demam..nak2 demam denggi berleluasa skrg ni..takutkan..nasib baik just virus fever je..Nutriferon tu wajib ada untuk setiap rumah...satu lagi..belikan 100 plus kalau anak2 demam..:)
ReplyDeletetu la doc pun suruh bykkan minum air 100+
Deletemmg elokkan Nutriferon siapa yg pernah try pasti tahu akan keberkesanannya
sibuk betul ena.. di uji dan di duge.. alhamdulillah.. semuenye da ok kan sekarang.. fifi pulak sayu bile bace adik beradik saling berindu2an ni.. sweet..
ReplyDeletetu la sedih tgk bila umar dan umairah terpisah sekejap
Deletekesian umairah...
ReplyDeletenasib baik dah sembuhkan...
Alhamdulillah
Deleterisau kan.. demam skrg nie x boleh buat main2..
ReplyDeletebetul tu demam lebih jea dr 3 hari mmg sepatutnya check darah
DeletePernah gak ank sy msa umur stahun lbih cucuk utk masukkn air tu... Huhu... Terkenang hgga kini... X snggup lagi rasa nya...
ReplyDeletetu la umairah pun dah trauma klu sebut bab amik darah nie
Deletememang dia takut sgt
kita yg sbg ibu pun tak sggp nak tgk dan dgr ank menjerit menangis sebab kena cucuk
siannya umairah kak.. nampak kurus la dia..
ReplyDeleteharap2 lepas ni jgn la dia dmam macam tu..
sian budak2 bila demam mcm tu.. kena ambik darah lagi..
sy yng dh besar pnjng ni pun tkut jgk ngn jarum..