hari nie hari Jumaat
petang semalam umairah sudah serahkan surat dari pihak taska
yang hari nie taska akan cuti disebabkan Jerebu yang makin teruk
nasib baik nursery umar dibuka jugak
jadi kami hantar umairah ke tempat nusery umar
suka umar bila bila kakaknya ada sekali
bila jerebu nie memang akan sakit tekak kan
banyakkan minum air masak yea untuk elakkan masalah kesihatan kita semakin teruk
selain dari minum air...
vitamin shaklee yang sesuai di ambil semasa jerebu nie :
① Nutriferon - Nutriferon ni dikenali sebagai penggalak sistem imun di mana ianya akanmengaktifkan sistem pertahanan badan kita untuk melawan serangan / jangkitan daripada bakteria. Dengan keadaan jerebu sekarang ni, kita tak tahu apa yang kita sedut ke dalam paru-paru kita. Jadi, kita perlukan sistem pertahanan yang kuat untuk melindungi diri kita terutamanya organ-organ dalaman.② Vitamin C atau Chew Vitamin C - Seperti yang kita tahu, vitamin C juga penting untuk meningkatan sistem imunisasi kita. Dengan sifatnya yang ‘chewable’ so sangat sesuai untuk kanak-kanak consume (Orang dewasa juga boleh ambil sebab khasiatnya sama sahaja).
③ Performance Drink - Minuman penambah tenaga berperisa oren ni sangat sedap rasanya. Pengambilan Performance Drink boleh membantu mengelakkan dehidrasi atau kehilangan mineral daripada tubuh badan. Jadi sangat sesuai dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu macam sekarang ni. Bagi penggemar minuman bertenaga Redbull atau Livita, apa kata anda beralih arah pada Performance Drink? Serious, rasanya lagi sedap daripada Redbull (manis sangaattt) ataupun Livita (rasa macam ubat).
--umairah dan umar--
--with ibu laks--
Penjagaan Kesihatan semasa Jerebu:
1.Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2.Cuba sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang ramai di nasihatkan menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
3.Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok.
4.Apabila memandu, gunakan penghawa dingin.
5.Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
6.Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
- Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
- Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
- Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
- Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
- Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
- Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
- Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.
- Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
- Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
- Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
tapi nampak gayanya seperti jerebu dah berkurangan jugak sekarang ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, thanks beri tips berguna ni. sheila singgah menabung ford sini ~~~
ReplyDeletesupplemen vit C sedapnye...hehee..
ReplyDeletemujur jerebu dah reda.. hujan pun dan mula turun sekarang...
ReplyDelete