lepas makan di Texas Chicken
jalan-jalan sekejap dalam mines
memang banyak gila perubahannya
perghhhh memang lainlah tempat dating ena nie hahahahaa
tengah jalan-jalan tu..umairah nampak ada bot lalu
beriya-iya nak naik
umar pun naik sebulu jugak nak naik
jadi dah alang-alang datang ke sini..tak kesah la kan
pergi ke kaunter tanya baper harga untuk naik boat nie...
PriceWaWa Splash
- Departure @ Mines Square (lead by WaWa Tour Guide)
- Splash to North Lake,
- Drop‐off @ Mines Square
- ±30 minutes per trip
MYR 28/Adult
MYR 20/Child
dari tempat menunggu kena berjalan skit ke tempat bas yg kami akan naik
nie versi bas dua alam..katak gitu
sebab boleh berjalan di darat dan di air
teringat laks Running Man pasal bas nie..
Jong Kok kena naik bas nie untuk ambil gambar singa duduk atas batu hehehehe
korang layan Running Man tak?
ena dan mr.hubby memang layan Running Man nie..terbaik =)
--sebelum naik bas/bot kita berposing dahulu--
--with my kids--
super duper aktif tak larat nak melayan peel memasing nie
--emmm bergoyang laks gambar nie--
umairah kidal gegar gambar dibuatnya
--hah nielah bas dua alam tu--
menarik tak =)
--sebelum naik bergambar dulu dengan bas nie--
umairah tak sabar dah nak naik
--bila tengok gambar nie yang paling xcited nampak macam mr.hubby--
betul tak =)
--eh eh eh asal dalam gambar nie nampak ena macam chubby laks--
huhuhuhu tak suka
nie pun gambar pemandu pelancong yang tolong snap kan
nak minta ambil lebih-lebih karang
kena makan penampar jugak ena nanti hahahaha
--kami di bawak pusing keliling tasik--
kebetulan nampak biawak
umairah teruja tengok
tapi umar dah duduk diam-diam jea taknak bergerak
* Kedalaman Tasik Mines adalah sedalam 200mtr BESAMAAN Separuh Ketinggian KLCC... Pehhh dalam gilerrr kan... nampak mcm tak dalam jer...Dont Play2 ok! kalau tak reti berenang jgn suka suki main kat tasik nie...hehehe
* Dr tengah tasik kita boleh melihat rumah Tun Dr Mahathir & Anak nyer Marina Mahathir y berada di dalam kawasan Mines Golf Club
* Yuran Tahunan untuk menjadi Ahli Mines Golf Club adalah sebanyak RM 1.5 Juta. (gilerrrrrr kaya saper yg jd member kat club goft mines nie... baik bagi pinjam duit tue kat saya... leh buat modal bukak Bisness....) ngeeehhhhh
* suatu ketika dahulu Ada beberapa org penduduk,kaki pancing & Pekerja yg memberi tahu pernah berjumpa dengan seekor di dalam Tasik itu... tp sehingga kini ianya masih belum dapat dibuktikan...
* Ada seorg warga negara dr Britain yg datang untuk menyelam ke dalam Tasik tersebut telah berjaya mengambil gambar beberapa Imej "ANEH" sewaktu berada didalam tasik itu. Niat beliau untuk sampai ke kedalaman yg paling bawah tidak kesampaian kerana Tekanan air yg sangat tinggi & keadaan yg sgt Gelap di di dalam tasik tersebut. just dpt menyelam separuh jer.
* beberapa tahun lepas.... ade beberapa org saksi yg menjumpai seekor ikan sepanjang 8 meter (panjang jugak..kita yg manusia nie pun baru 1.6meter jer ) berenang di sekitar tasik tue..... Pehhh takutnyer lah kalau ikan tue telan org....
*Asalnyer tasik nie adalah Sebuah lombong kosong...(lombong tak berair)... masa dulu dorang korek lombong nie untuk keluarkan pasir. pas tue bila dah lama2 ... lombong nie jadi sgt2 dalam... sampaikan 1 masa.... tgh dorang dok buat kerja2 menggorek pasir... "Terpancut" (Eeee mcm Lucah jer perkataan nie) lah air mata air dr bwah tanah. sehingga menyebabkan pekerja2 yg ada masa tue tak dapat nak selamatkan diri cuma ada beberapa org pekerja yg kebetulan ada kat bahagian atas lombng shj yg terselama... termasuklah semua jentera, lori, kapal korek & apa sahaja alat yg digunakan untuk menggorek lombong tue "Tenggelam" kat dalam lombong tue sehingga hari nie benda2 tue ada katdasar tasik. Paras air semakin hari semakin naik sehingga memenuhi seluruh Lombong sehingga usaha untuk mengeluarkan kalapl Korek dan jentera kat dalam Tasik tue tak dapat nk diteruskan. sele[as berpuluh2 tahun terbiar, lombong nie telah dibangunkan dan dijadikan sebuah tasik.
* Harga sebuah Wawa Spalsh nie berjumlah RM 2 Juta (makk aiiii....bak kata hubby leh dapat 2 bijik Farreri )... nampak cm bodoh jer benda nie.... klu 20 ribu leh gak beli buat bizness kat lombong buaya puchong....heehehe
Kalau nak tahu byk lagik cerita2 menarik.... boleh lah try naik Wawa splash nie... sgt berbaloi2....
kredit
--kemudian pilot bot berhentikan bot di tepi tasik--
beri peluang kepada penumpang bot untuk beri makanan kepada ikan
umar yang dah rasa cuak..balik sekeping roti dari tempat duduk dia
umairah jea yang xcited berdiri dan baling roti kepada ikan
ikan-ikan yang timbul memang bapak besar
perghhhh gerun tengok
--tengoklah umairah yang super duper happy--
si umar duduk diam-diam jea di seat dia
--besar gila kan ikan keli nie--
kalau tangkap nie confirm tak lalu nak makan kot
--umar dah mula nak nangis sebab nak balik--
alahai memula kami ingat umar takut naik bot jea
tapi bila turun dari boat jea
terus umar nak muntah
alahai rupanya umar mabuk naik bot
kesian anak ibu
--terus kena dukung dengan babahnya--
ibu nak dukung umar memang tak larat lah adik dah berat
baru kini kami tahu umar mabuk naik bot
lepas nie takder lagi istilah nak naik bot yea...
korang yang ada anak tu
jangan lepaskan peluang untuk naik wawa splash tour nie tau
tak rugi pun naik
memang best...
bawak anak-anak masa cuti sekolah lagi best rasanya
ramai skit orang dalam bot tu...
Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
seronok dapat join tour nie..kesian umar mabuk naik bot ye..
ReplyDeletewahhhh..bestnya!
ReplyDeleteerm lepas ni umar tak dpt nak naik bot dah laa.. kesian dya..
ReplyDelete