Alhamdulillah selesai sudah majlis dengan sempurna
sabtu lepas adakan majlis jamuan raya
open house di rumah dan sekali harung dengan open road
open road nie dah masuk tahun ke 8 tahun nie
wahhhh dah lama tu majlis nie dah dilakukan
best...
kebetulan open road nie memang buat betul-betul hadapan rumah family ena
tu yang buat sekali jalan
senang hehehehee
open road nie buat bersama-bersama dengan penduduk bloc C kg melayu sri kundang
setiap rumah perlu membawa makanan untuk diletakkan di tengah khemah
bayangkan nak dekat 22 buah rumah yang join
jadi makanan tak usah cakaplah memang banyak gila
rumah kami sponsor laksa, lemang dan rendang
perghhhh memang terbaik
sampaikan tetamu yang datang siap cakap
"ena, aku tak tahulah nak makan apa..tengok pun dah kenyang"
hahahahaha dasyat betul
macam-macam aktiviti dilakukan..
majlis dimulakan dengan bacaan doa dari imam masjid
dan bacaan doa dari rumah anak-anak yatim
Alhamdulillah
ambil berkat agar majlis berlangsung dengan keberkatan dari Allah
aktiviti yang diadakan..
cabutan bertuah
hadiah duit raya untuk usia emas
duit raya untuk kanak-kanak
hamper untuk kanak-kanak kutip sampah
baju raya tercantik
hehehehhe meriahkan
yang datang beraya ke rumah ena
ada pilihan, kalau malu nak ke khemah
boleh makan di rumah jea..ada sediakan jugak di rumah
tetami yang jenis tak kesah
ambil makanan di khemah dan makan di rumah ena
sama jea...semuanya saudara seislam kan
takyah nak malu nak segan la =)
gambar pun tak sempat nak snap sangat
sibuk gila malam tu
nak melayan tetamu
nak mengejar umairah dan umar
dah top up makanan yang dah habis
perghhhh penat memang penat
tapi terbayar dengan senyuman tetamu yang hadir ke rumah kami
tetamu yang datang membawa rezekikan...
--lemang tengah di masak--
berebut kepala lemang jea kami di situ
kepala lemang yang terbaikkan
--gotong royong memasang khemah--
suka tengok anak mudah berikan kerjasama antara satu sama lain
--antara tetamu yang hadir--
ramai memang ramai
memang seronok
--hamper yang umairah menang--
tak pasti untuk apa
rasanya untuk baju cantik kot...
seyes lupa pasal apa ngeeee
terima kasih pada sahabat yang hadir ke jamuan hari raya ke rumah kami
memang meriah
in syaa Allah
jika umur masih panjang
tahun depan kami buat lagi...
salam syawal dari kami sekeluarga =)
umah family ena kat kg melayu sri kundang ke? aznor duk taman rahmat jaya..berjiran ni..hahaha
ReplyDeleteYa Allah.. meriahnyeeee.
ReplyDeletesure semua jiran tetangga kat situ ramah tamah kan~
kat taman zura nih ade gak yg wat open house.. tapi open road x de lagi setakat nih.. hehehe
seronoknya bila buat open house macam nie..mengeratkan lagi silaturahim antara jiran jugak kan..
ReplyDeletewah memang ramai dan memang meriah...
ReplyDeletewah.. siap dapat hamper.. bonus tu..
ReplyDeleteRamainya dan sgt meriah
ReplyDelete